Anda di halaman 1dari 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat

2 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu

3 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan
sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta

4 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.


A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

5 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.


A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

6 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

7 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

8 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

9 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.


A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

10 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh
12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara

14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan
orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.


A comot-momot C simpang-siur
B kumat-kamit D kusut-masai

17 Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B mundar-mandir D lalu-lalang

18 Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
A rempah-ratus C sayur-mayur
B tanah-tanih D kuih-muih

19 Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.
A gotong-royong C riuh-rendah
B lintang-pukang D hiruk-pikuk

20 Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D hiruk-pikuk

21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau C berdekah-dekah
B berdozen-dozen D menderu-deru

22 Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.


A tersengguk-sengguk C teresak-esak
B tersekat-sekat D terjerit-jerit
23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B menggeleng-geleng D menggapai-gapai

24 Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.


A berhenti-henti C bersiul-siul
B berjalan-jalan D berlari-lari

25 Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.


A bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B berbalam-balam D berlapis-lapis

26 Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan corak yang menarik.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada sampan hendak berenang
B adat juara kalah menang
C ada rupa ada harga
D ada gula ada semut

27 Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara menunggu keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
B belakang parang kalau diasah akan tajam jua
C cacing hendak menjadi naga
D didengar ada dipakai tidak

28 Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga
B yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
C genggam bara api biar sampai jadi arang
D biar putih tulang jangan putih mata

29 Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya seorang suri
rumah.
Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jauhari yang mengenal manikam
B cacing hendak menjadi naga
C alah sabung menang sorak
D air digenggam tiada tiris

30 Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah membeli kasut yang
baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.
A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
B berani kerana benar, takut kerana salah
C kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D kalau tiada rotan akar pun berguna

31 Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.


Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
B malas menggerit, perut perit
C hari tidak selamanya panas
D indah khabar daripada rupa

32 Ban Seng memang panas baran. Sikapnya itu tidak ubah seperti sikap bapanya.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A jerata tidak lupa akan penduduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat
B baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D kalah jadi abu menang jadi arang

33 Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah
syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
B harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
C kais pagi makan pagi kais petang makan petang
D carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga

34 Walapun wanita Inggeris itu baru sahaja tinggal di Malaysia, dia sudah pandai makan sambal belacan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
C di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung
D di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

35 Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang
apa-apa pula yang mendapat nama.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu, sapi dapat nama
C rambut sama hitam, hati lain-lain
D ringan tulang berat perut

36 Banyak anak dan duri yang terpaksa kita tempuh sebelum mencapai kejayaan.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
B kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
C naik seperti semut, turun seperti ribut
D ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
37 Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
A yang dikejar tidak dapaat, yang dikendong berciciran
B sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam
D tegak sama tinggi, duduk sama rendah

38 Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan
jam tangan Devi.
A siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
B terapung sama hanyut, terendam sama basah
C berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
D sekali air bah sekali pantai berubah

39 Penat lelah Mak Kiah membersarkan anaknya selama ini berbayar kerana semua anaknya telah
berjawatan tinggi.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
B kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
C diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

40 Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai mengahargai pertolongan kami.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa
B lembu punya susu sapi dapat nama
C pahit dahulu manis kemudian
D ringan tulang berat perut
Jawapan
1C
2B
3A
4D
5C
6D
7A
8B
9C
10B
11B
12C
13B
14B
15A
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22B
23C
24C
25B
26C
27A
28A
29B
30D
31A
32C
33B
34C
35B
36A
37B
38A
39A
40A

Anda mungkin juga menyukai