Anda di halaman 1dari 1

DISEDIAKAN OLEH: SEGARAN SINATHAMBY

PERSEMBAHAN MURID

TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN


TARIKH: 12-2-2018
MASA: 7.45 PAGI
MURID YANG TERLIBAT: SITI, JENNIFFER (TAHUN 4)

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang


Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Cina.
Kalendar Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan dibersihkan. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi
mengabaikan nasib malang.

Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol


murah rezeki, bunga dan pokok limau.Golongan muda
pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang
pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara yang
diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong
Kong, Indonesia, Macau, Malaysia dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai