Pengenalan
Kesukarelaan adalah satu aktiviti yang murni dalam setiap masyarakat di seluruh dunia.
Kesukarelawanana dalam kalangan masyarakat setempat melepasi sempadan perbezaan budaya,
agama, masyarakat dan boleh dijadikan sebagai suatu kerja ibadah di dalam kehidupan seseorang.
Dalam mempromosikan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, pada 5 Disember
setiap tahun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan sebagai Hari
Sukarelawan Antarabangsa (IVD). IVD yang diraikan sejak 1985 bertujuan menghargai jasa dan
sumbangan sukarelawan dan meningkatkan lagi kesedaran orang awam tentang semangat
kesukarelaan.
Definisi kesukarelawanan
Menurut Turiman Suandi (2009) kesukarelawanan adalah satu tindakan membantu yang
dilakukan oleh seseorang individu yang begitu bernilai kepadanya dan pada waktu yang sama tidak
ditujukan untuk mendapatkan imbuhan material atau dipaksa oleh orang lain. Dalam konteks
tersebut terdapat empat unsur yang merangkumi definisi kesukarelawanan iaitu keikhlasan,
pendidikan, pengupayaan dan penglibatan (Azimi Hamzah & Turiman Suandi, 1994).
Pada pendapat saya, kesukarelawanan dalam pembangunan belia perlu diberi perhatian khas
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang semakin rancak maju di dunia globalisasi.Tambahan
pula, kesukarelawanan dalam pembangunan belia merangkumi perkara-perkara seperti mendidik
dan mempersiapkan remaja belia untuk menjadi sukarelawan yang sedar, beriltizam (committed),
dan sistematik. Amalan murni kesukarelawanan jelas akan membantu mewujudkan persekitaran
yang lebih selamat kepada belia, keluarga, masyarakat setempat, terutamanya dalam
mengurangkan (fear of crime) iaitu perasaan takut terhadap jenayah dalam komuniti serta
melahirkan keyakinan masyarakat terhadap keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan untuk
mewujudkan persekitaran yang selamat dan aman.
Di samping itu, memperkasa belia dengan melibatkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan
mempunyai banyak impak yang positif. Golongan belia mendapat pendedahan untuk berinteraksi
dengan golongan yang lebih dewasa. Secara tidak langsung semangat kesukarelawanan mereka
akan membantu warga muda tahu adab, etika semasa berkomunikasi serta pergaulan dengan
komuniti. Masyarakat setempat juga diberi peluang untuk membangunkan kemahiran membuat
keputusan dan menyelesaikan isu-isu kompleks yang mereka hadapi dalam proses melaksanakan
aktiviti kesukarelawanan. Saya juga setuju dengan pendapat Azizan Bahari (2016) di mana
kesukarelawanan memainkan peranan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat dan penyambung
kepada ketamadunan manusia.
Seterusnya, aktiviti kesukarelaan harus bermula dari peringkat awal. Keluarga dan sekolah
adalah institusi penting sebagai penyubur minat terhadap semangat kesukarelaan. Nilai sukarela
perlukan proses pendidikan, asuhan dan latihan. Keluarga boleh memulakan aktiviti secara
beransur-ansur dengan menyertai mana-mana aktiviti yang diminati melalui persatuan penduduk
atau menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Aktiviti seperti ini boleh dilaksanakan secara
separuh masa atau sepenuh masa. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah kelas tuisyen, khidmat
nasihat, menguruspesakit di hospital dan membaca untuk orang buta.
Khidmat sukarela memang sudah dimulakan sejak di bangku sekolah lagi dan wajar menjadi
amalan murni rakyat Malaysia. Menerusi segala aktiviti kesukarelawanan di sekolah, pelajar akan
menjadi lebih prihatin dengan apa yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat dan menggalakkan
mereka berfikir dan mengamalkan perkara yang baik dalam komuniti. Dalam proses mengetahui,
memahami, menghayati dan mengamalkan sesuatu perkara itu akan berlaku aktiviti kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan sukarelawan di peringkat sekolah. Aktiviti-aktiviti
kesukarelawanan juga masih dilakukan di peringkat yang lebih tinggi di Malaysia. Misalnya,
aktiviti bakti siswa oleh pelajar universiti yang selalu dijalankan bersama masyarakat. Pelajar
boleh memilih satu aktiviti yang mudah dilaksanakan bersama dengan komuniti tempatan seperti
menjalankan aktiviti memberikan pengetahuan, kesedaran dan amalan berkaitan alam sekitar.
Sukarelawan bukan sahaja membantu orang yang berada dalam kesusahan tetapi banyak
perkara lain yang dapat dilihat seperti kerjasama, bersatu padu, bertolak ansur, prihatin,
mewujudkan masyarakat penyayang dan sebagainya, di samping menjimatkan perbelanjaan
kerajaan melalui aktiviti bersepadu. Selain itu, pembelajaran melalui aktiviti sukarelawan lebih
berkesan kerana pelajar mudah memahami sesuatu subjek itu tanpa paksaan. Dalam kurikulum
pelajar diberikan kredit dan markah. Namun begitu, masih terdapat pelajar yang tidak mencapai
tahap tinggi dalam pengetahuan dan penghayatan ilmu. Menerusi aktiviti sukarelawan setiap
individu perlu mengambil peluang menterjemahkan apa yang dipelajari dalam kurikulum kepada
amalan peringkat komuniti.
RUMUSAN
Aziz Deraman. (1984). Belia dan budaya. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.
Azimi Hamzah, & Turiman Suandi. (1994). Pendidikan berterusan. Majalah Pengembangan,17(2).
Azizan Bahari. (2010). Permasalahan sosial dalam kalangan pelajar: Keperluan kepada kerja sosial
dalam pendidikan. Prosiding Seminar Kerja Sosial dalam Pendidikan. 10 – 11 Mei 2010, Sintok,
Universiti Utara Malaysia.
Azizan Bahari. (2011). Belia dan Kesukarelawanan. Di muat turun 6 June 2018 daripada
http://www.sukarelawanmalaysia.com/v1/artikel-tekspembentangan/122-Belia-
danKesukarelawanan.html
Hussain Mohamed. (1986). Gerakan belia di Malaysia. Shah Alam, Malaysia: Gateway.
Siti Hajar Abu Bakar, Noralina Omar, Abd Hadi Zakaria & Haris Abd Wahab. (2012). Intervensi
sosial untuk komuniti tersisih: ke arah pembangunan ummah. Jurnal Hadhari, 4(2), 29-44.