Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang
hangat diperdebatkan di negara kita. Kebanyakan remaja masa ini terjebak dalam kebejatan
sosial yang kian menular umpama virus epidemic di negara kita. Kebejatan sosial dapat
ditakrifkan sbg masalah dlm kalangan remaja akibat drpd perkembangan politik, ekonomi dan
sosial di negara kita. Contoh kemelut sosial yg berlaku termasuklah ponteng sekolah, lari dari
rumah, penagihan dadah dan vandalisme. Tidak dpt dinafikan lagi bahawa hal ini menyebabkan
remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini.
Nilai materialistic dan individualistic yang menguasai jiwa remaja ini telah menyukarkan modus
operandi untuk menyburukan semangat perpaduan yg semakin sirna. Memandangkan fenomena
ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil
dengan segera kerana kata orang tua-tua, api kecil baik dipadam. Persoalannya, apakah langkah-
langkah pragmatic yg boleh diambil bagi membendung kebejatan sosial dalam kalangan remaja?
Pada realitinya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa institusi keluarga memegang obligasi
yang paling dominan untuk membendung kemelut ini. Hal ini demikian kerana ibu bapa
merupakan individu yang paling dekat dengan anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Misalnya, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak tentang permasalahan yang dihadpi
dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya. Bukan itu sahaja, ibu bapa turut
wajarlah meluangkan masa bersama anak-anak pada hujung mnggu dengan melakukan aktiviti
riadah mahupun makan angin. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mnereka
dan sentiasa memastikan mereka berkawan dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral
yang baik. Tambahan lagi, ibu bapa berperanan penting sebagai entiti mithali untuk menyerap
nilai murni ke dalam sanubari anak-anak dengan memberikan mereka didikan agama. Kesannya,
didikan agama ini dapat dijadikan sbg senjata ampuh yang mampu membantu remaja menangkis
segala anasir jahat. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa dapat menjadi tarikan kepada anak-anak agar tidak terjerumus dalam
kemelut sosial.
Dari sudut perpekstif yg lain pula, pihak yang sewajarnya menggalas tanggungjawab dalam
menangani kemelut sosial ini ialah pihak sekolah. Guru-guru memainkan peranan yang
signifikan dalam mengatasi masalah ini iaitu dengan memupuk nilai-nilai murni dalam diri
remaja. Uswahnya, penerapan nilai -nilai melalui pelbagai program sekolah seperti kem
motivasi, pembinaan berpasukan dan aktiviti sukan perlu diperbanyakan untuk membentuk
personaliti dan akhlak yang baik. Guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral waima Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan jg seyogianya menerapkan nilai-nilai moral yang boleh dipraktikkan
agar mereka tahu membandingkan yang baik dan buruk. Selain itu, pihak sekolah juga
seharusnya memperhebatkan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar
yang bermasalah. Unit ini hendaklah lebih peka untuk mendengar luahan hati pelajar yang
bermasalah agar x brasa terpinggir. Hal ini dapat menenangkan minda pelajar serta pada masa
yang sama mengelakkan mereka drpd melakukan perkara yg d luar jangkaan spt mengambil
dadah atau merokok untuk menghilangkan stres.Konklusinya, pihak sekolah memainkan peranan
yg penting dlm membendung kemelut sosial ini.
Dari kaca mata yg berbeza pula, pihak kerajaan memainkan peranan yg amat signifikan dlm
menagani masalah sosial dlm klgn remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti
dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang –
undang. Lantaran itu, pihak kerajaan seharusnya merangka beberapa program khususnya untuk
golongan remaja. Sbg contoh, pihak kerjaan hendaklah menggiatkan lagi Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN ). Hal ini demikian kerana melalui program ini, remaja akan
mempunyai jati diri, nilai moral yang tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara. Selain
itu, pihak kerajaan juga seharusnya menempatkan pengawal keselamatan di tempat-tempat
tertentu utk melakukan rondaan berkala. Hal ini adlh krn kebanyakan remaja kini suka
berkumpul utk melakukan aktiviti tidak bermoral seperti merempit. Justeru itu, jika remaja
merempit tertangkap, remaja berkenaan perlu diberi hukuman yang setimpal seperti melakukan
kerja-kerja khidmat masyarakat selama sebulan. Impak dari tindakan pihak berkuasa yang
membuat pemantauan secara berkala pasti mengurangkan aktiviti remaja merempit. Selain itu,
hal ini jg dapat melahirkan rasa gerun kepada semua remaja yang terlibat. Nyatalah bahawa
pihak kerajaan turut menggalas tanggungjawab dlm menangani masalah ini.
Dari sudut perspektif yg lain pula, masyarakat merupakan lokomotif utama utk menggerakkan
kekuatan dlm menghadapi segala kepincangan yg ditimbulkan oleh golongan remaja.
Masyarakat seharusnya tidak bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan masing2.
sebaliknya, msykt haruslah memasang mata dan telinga serta bersikap lebih prihatin akan hal
yang berlaku di sekeliling remaja. tamsilnya, jika masyarakat terlihat remaja berkumpul dan
melakukan aktiviti yg x baik, msykt hendaklah melaporkan hal itu kpd pihak polis. selain itu, org
dewasa dlm kelompok msykt perlulah mnajdi suri teladan kpd anak2 muda. namun bgtu,
seandainya mrk hendak menegur anak2, mrk seharusnya tidak melakukan aktiviti yg tidak
senonoh dan tidak baik kerana kelak dituduh pula spt ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
sbg contoh, org dewasa tidak boleh menegur ank muda yg menghisap rokok sekirnya mrk sndiri
menghisap rokok. aktiviti kemasyarakatan spt hari keluarga atau gotong-royong juga sewajarnya
diadakan. melalui aktiviti ini, masa lapang ank muda dpt diisi dgn aktiviti yg berfaedah serta
hubungan silaturahim yg terjalin juga dpt dieratkan. oleh itu, sdh terang lg bersuluh bhw kemelut
ini dpt diatasi dgn adanya kerjasama dri komuniti setempat.
Akhir sekali, prakarsa yang afdal bagi menangani kemelut sosial ialah remaja sendiri hendaklah
bijak berfikir dan bertindak dalam kehidupan mereka. Dalam mendepani kehidupan, semua
remaja perlulah pandai memilih rakan sebaya. Resmi seorang remaja jika tidak berkawan hidup
tidak seindah mana. Rakan sentiasa diperlukan oleh remaja setiap masa semasa aktiviti di dalam
atau di luar kelas dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Rakan sebaya yang baik
akan menjadi rakan kongsi untuk mendengar, memberi pendapat dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Oleh hal yg demikian, remaja seharunya bijak memilih rakan yang baik dan
bukannya umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. Berdasarkan pemerhatian
dan perbualan berkenaan gejala rempit dan bohsia dengan beberapa remaja, antara jawapan yang
diberikan terhadap persoalan ini ialah pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diterima dalam
kalangan rakan sebaya, mereka mestilah mengikut apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh rakan
mereka. Jika tidak, tiada rakan yang akan menerima mereka.. Jelaslah, pemilihan rakan sebaya
yang tepat dapat mengelakkan remaja terjebak dengan masalah sosial
Konklusinya, siang bagai hari terang bagai bulan bhw langkah2 ini mampu membentuk remaja
yg mempunyai modal insan yang berakhlak mulia. setiap strata masyakarat mestilah cakna dan
mengambil anjakan paradigma dgn segera utk memastikan remaja kita terselamat daripada
terjebak dalam kancah sosial. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan
efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan
tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. oleh itu, Jerayawara secara
progresif juga perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan terlibat dlm gejala
sosial. Jikalau anak-anak berjaya membentuk keperibadian yg mulia, sdh tentu mereka akan
mnjadi sandaran negara spt yg terungkap dlm kata-kata mutiara, pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Sesungguhnya, sekiranya kebejatan sosial ini berjaya dibanteras,
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan dilahirkan. Maka, negara kita akan
mencapai aspirasi Wawasan 2020 sebagai negara yang disanjungi di persada antarabangsa.