Anda di halaman 1dari 14

http://i220.photobucket.com/albums/dd141/anakencana/foto29.

jpg

August 30, 1995: NATO planes, supported by UN ground troops, launched massive airstrikes on Serb
strongholds around Sarajevo, causing the Serbs to shell Sarajevo in response.
Last edited by david.cronenberg; 29-03-2013 at 03:48 PM..
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=420213

Perang Bosnia (1 Mac 1992 - 14 Dec 1995)


Kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, puak Serbia Bosnia yang dipimpin
oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentera membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari etnik
Islam Bosnia di wilayah itu. Kejadian yang berlaku Julai 1995 menggemparkan seluruh
masyarakat dunia terutama negara-negara Islam yang marah dengan tindakan Serbia.
Mengikut kenyataan rasmi dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jumlah sebenar
mungkin melebihi dari jumlah yang dilaporkan kerana majoriti penduduk bandar kecil itu
adalah etnik Islam Bosnia.

Peristiwa itu bermula pada sekitar tahun 1992 apabila berlaku perpecahan antara Serbia dan
Bosnia dalam peperangan saudara yang menyaksikan kebangkitan Islam di Bosnia.
Srebrenica yang bersempadan dengan Bosnia telah diberi tanggungjawab menjaga kem
pelarian etnik Islam dari serangan puak tentera Serbia yang dikawal oleh 400 pasukan
pengaman dari Belanda lengkap dengan senjata. Bagaimanapun, pada 6 Julai 1995, militan
Serbia Bosnia dibantu oleh pasukan Korps Drina dari tentera Serbia Bosnia telah
menggempur pos-pos kawalan tentera Belanda di sempadan sebelum memasuki Srebrenica.

Poster memburu Ratko Mladic & Radovan Karadzic

Ramai pasukan pengaman dari Belanda terbunuh dan ada yang ditawan oleh tentera Serbia.
Tentera Serbia yang terlalu ramai menyebabkan ramai tentera pengaman Belanda terpaksa
menyelamatkan diri di sempadan Bosnia. Pada 11 Julai, tentera Serbia Bosnia berjaya
menawan kem pelarian Islam Bosnia. Mereka mengasingkan kaum lelaki berusia 12 hingga
77 tahun untuk dihapuskan Kanak-kanak, wanita tua dan wanita diasingkan dalam khemah.
Ramai wanita dirogol oleh puak militan Serbia Bosnia dan ada juga dibunuh kerana
menentang mereka. Pada 13 Julai, kira-kira 8,000 lelaki dibunuh beramai-ramai di luar
sebuah gudang di Kravica. Namun, ada yang berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam
itu.

KOMBINASI gambar Ratko Mladic pada 7 Disember 1993 (kiri) dan selepas dia
ditangkap di Lazarevo, Serbia

Pun begitu, ramai juga yang terbunuh terpijak periuk api, dibunuh oleh militan dan tentera
Serbia yang mengepung kem pelarian itu. Pembunuhan beramai-ramai yang dipanggil
Genosida Srebrenica memaksa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas
terhadap Serbia Bosnia terutama pemimpinnya. Apa yang menyedihkan, Mahkamah Keadilan
Antarabangsa tidak mendakwa Serbia atas tindakan kejam itu sebaliknya mengecam negara
itu gagal mengekang kejadian tersebut. Walaupun tindakan kejam itu dilakukan oleh militan
Serbia Bosnia, tapi militan itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Serbia Bosnia.

Pada 27 Februari 2007, ICJ mengarahkan Jenderal Ratko Mladic yang mengetuai
pembunuhan beramai-ramai diburu untuk dibicarakan ke mahkamah atas tuduhan membunuh
untuk penghapusan etnik Islam Bosnia. Jenderal Mladic bersama pembantunya berjaya
menyembunyikan diri dari diburu oleh pasukan pengaman. Beberapa tahun kemudian, ramai
dari mereka ditahan dan diadili di ICJ dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan
hukuman mati. Beberapa buah kubur besar turut digali semula untuk membuktikan kezaliman
militan dan tentera Serbia terhadap etnik Islam Bosnia. Mayat-mayat itu kemudiannya
dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan di perkuburan Islam.

Walaupun kejadian itu sudah berlalu hampir 15 tahun, ia masih segar dalam ingatan
masyarakat Islam terutama ahli-ahli keluarga yang dibunuh dengan kejam. Saya masih ingat
pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih
kurangnya ‘Massacre In Bosnia’. Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia
yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap
umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas
melangkaui pemikiran manusia biasa.
Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang
masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-
hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan
mental dan membunuh diri. Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat
hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini
hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi
kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri
jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka
mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai.

Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di
sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu
Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas
perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000
penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini
mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.

Karadzic telah menyamar dan menjadi ahli perubatan alternatif menggunakan identiti palsu
selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk
menyembunyikan identitinya selama ini. Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan
harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh
kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap
berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita
sahaja? Sesungguhnya terlalu banyak tragedi umat slam di seluruh dunia yang
disembunyikan

Rodovan Karadzic menyamar sebagai ahli perubatan

PENEMUAN NGERI: Para sukarelawan menggali dasar Tasik Perucac untuk mencari
rangka mangsa Perang Bosnia.
sumber
Setelah 15 tahun ibu menangis kembali bila mangsa2 perang bosnia paling tragis di
abad ini dikebumikan semula

Solat jenazah
para waris mengangkat rangka mayat ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan
selepas selesai upacara solat jenazah berjemaah di Perkuburan Besar Potocari,
Srebrenica, Bosnia.

DERITA MANGSA ROGOL ASKAR SERB

Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh
sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.
"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya
menonton perbuatan kejam terhadap kakak.
"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.
"Kakak meninggal dunia selepas beberapa hari diseksa," kata Fika yang kini berumur 34
tahun dan telah berumah tangga.
Walaupun peristiwa hitam itu berlalu lebih 20 tahun, Fika dan ribuan wanita Islam Bosnia
yang pernah menjadi mangsa kerakusan rejim Serb, terus menagih pengiktirafan dan
sokongan daripada kerajaan yang sehingga ke hari ini takut untuk menuntut pampasan
berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan kumpulan hak asasi kemanusiaan mula kehilangan sabar, sekali
gus mengeluarkan amaran bahawa jumlah penghidap masalah psikologi akibat kekejaman itu
terus meningkat dan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari.
"Sebenarnya mangsa-mangsa rogol rejim Serb ini tertekan dalam diam dan mereka sudah
tidak boleh mengawal perasaan lagi," menurut laporan Majlis Pengampunan Antarabangsa.
Setakat ini, kurang daripada 40 kes rogol mendapat pengadilan dalam 17 tahun lalu sejak
perang Bosnia-Herzegovina ditamatkan.
Pihak perundangan peringkat negeri pula bertindak melambatkan hak pampasan dan
pemulihan mangsa-mangsa rogol perang yang sehingga ke hari ini belum terjawab sekali gus
menjadi mainan politik.
Bosnia-Herzegovina didiami tiga utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia.
Kira-kira 100,000 penduduknya terbunuh dan majoritinya adalah Islam.
'Hati saya hancur'
Sesudah perang, Republik Persekutuan Yugoslavia juga sebuah negara yang dibubarkan dan
terbahagi kepada dua iaitu Republik Serb dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina didiami
masyarakat Islam dan Croatia.
Sementara itu, beberapa sumber melaporkan jumlah wanita dirogol rejim Serb meningkat
kepada 35,000 orang dan kebanyakannya adalah wanita Islam.
Fika enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang dengan stigma masyarakat
sekeliling yang masih memandang rendah kepada mangsa rogol perang Bosnia.
Beliau dan kakaknya ditangkap askar Serb sewaktu operasi penghapusan etnik Islam di timur
Bosnia.
"Kami dibawa ke kem tahanan pelarian Serb dalam bandar Vlasenica," katanya dengan
menambah sudah tidak dapat mengira berapa kali dirogol oleh askar rejim.
Beberapa bulan kemudian, Fika dibebaskan dan beliau menuju ke utara bandar Tuzla yang
kini menjadi sebahagian daripada wilayah Persekutuan.
"Selepas itu, saya terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu dan adik selepas ayah
terbunuh dalam peperangan," katanya.
Kini, Fika yang juga seorang ibu belum berani untuk menceritakan kisah silamnya kepada
anak-anaknya dan masih percaya lelaki yang merogolnya masih hidup.
"Mereka telah menghancurkan diri dan hati saya. Sehingga ke hari ini peristiwa itu tidak
padam dan sentiasa ada dalam ingatan saya," katanya.
Lebih tragis lagi, perkahwinannya hancur sebaik sahaja menceritakan detik dirogol kepada
suaminya.
Tiga tahun lalu, Fika diberi kekuatan untuk membuat laporan mengenai kisah silamnya
kepada pihak berkuasa selepas mendapati dua daripada suspek yang merogolnya masih
menduduki bandar Vlasenica
Namun sehingga ke hari ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.
Fika turut disahkan mengalami tekanan post-trauma dan diberikan 250 euro (RM101) setiap
bulan daripada Pertubuhan Islam-Croatia disebabkan penyakitnya itu.
Menurut Fika, ramai lagi wanita senasibnya yang tinggal di Republik Serb tidak diberikan
pengadilan.
"Mengikut undang-undang, mangsa wajib membuktikan kerosakan sekurang-kurangnya 60
peratus pada badan mereka dan tidak membabitkan trauma psikologi," kata Fika.
Sekurang-kurangnya tiga tuntutan berasingan telah dibuat dalam tahun kebelakangan ini yang
menggesa memasukkan hak-hak mangsa rogol perang dalam akta negeri namun tidak berhasil
kerana ia masih disekat pihak Republik Serb.

Britain ambil langkah


Nasib malang yang menimpa ribuan wanita Islam Bosnia memberi ilham kepada Britain
untuk mengetengahkan isu meningkatkan tahap kesedaran terhadap keganasan seksual
peperangan dalam perhimpunan G8 melibatkan negara-negara perindustrian pada tahun depan.
Di bawah Inisiatif Mengelak Keganasan Seksual, kerajaan Britain merancang untuk
menghantar pegawai-pegawai polis, peguam, ahli-ahli psikologi dan pakar forensik ke Bosnia
serta negara-negara konflik lain untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan
mengenai isu terbabit.
"Setakat ini, kita hanya akan mengutamakan Bosnia Herzegovina. Kami yakin akan diberi
peluang yang besar dalam menangani isu itu dan proses keamanan tidak akan berjaya jika
tiada resolusi," kata jurucakap program berkenaan, Ann Hannah.
Wanita yang menjadi mangsa kerakusan askar Serb mengalami tekanan mental kerana
turut diseksa dengan kejam.

Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Serb dilahirkan dalam tahun 1990-an.

sumber

PADA 6 April lalu (2012), genap 20 tahun tercetusnya perang Bosnia. Tanggal itu
mengingatkan penduduk dunia kepada kekejaman tentera Serbia terhadap umat Islam Bosnia
di bekas jajahan Yugoslavia sepanjang tiga tahun perang itu tercetus bermula dari Mac 1992
hingga Disember 1995.
Bagi mangsa perang yang terselamat, penderitaan yang dilalui sepanjang tiga tahun perang itu
tidak pernah luput daripada ingatan, terutamanya bagi etnik Bosnia yang beragama Islam.
Ia bermula dengan pembunuhan seorang gadis etnik Islam Bosnia oleh seorang penembak
curi askar Serbia ketika gadis itu menyertai sekumpulan 100,000 penduduk Bosnia daripada
pelbagai agama dan etnik berarak secara aman meraikan kemerdekaan Bosnia-Herzegovina
daripada Yugoslavia dan menyatakan protes mereka terhadap tindakan Tentera Rakyat
Yugoslav (JNA) pimpinan Serb Bosnia yang mengepung Sarajevo bagi memulakan perang
terhadap etnik Bosnia dan Croat.
Beberapa pertubuhan dunia melaporkan, hampir 200,000 orang terbunuh dalam perang itu
dan kebanyakan mangsa merupakan 65 peratus golongan etnik Islam Bosnia, termasuk lebih
1,000 kanak-kanak.
Pelbagai kisah penderitaan diceritakan sendiri oleh mangsa perang, saudara-mara, ahli
keluarga yang terbunuh dalam perang itu termasuk kekejaman askar Serb, lebih-lebih lagi
tentera Serbia di bawah komander Bosnia Serb, Jeneral Ratko Mladic yang diarah oleh
pemimpin Yugoslovia ketika itu, Radovan Karadzic untuk melancarkan kempen penghapusan
etnik bagi membunuh penduduk Islam Bosnia.
Mladic yang dikenali dengan gelaran 'Penyembelih Bosnia' kerana peranan dan
bertanggungjawab melakukan 'Penyembelihan Srebrenica', iaitu tragedi pembunuhan
beramai-ramai terbesar di Eropah selepas Perang Dunia Kedua, ketika menceroboh
Srebrenica, 120 kilometer dari Sarajevo, dengan membunuh lebih 8,000 penduduk Islam
tempatan serta memusnahkan hampir 80 peratus rumah di Srebrenica.
Ketika serangan dilancarkan, hampir 15,000 orang bertarung nyawa dengan mendaki gunung
dekat bandar Tuzla dan terpaksa berjalan sejauh 100 kilometer bagi mengelakkan dibunuh
jika ditemui oleh tentera Serbia. Keganasan tentera Serb tidak terhenti setakat itu,
penghapusan etnik turut dilakukan terhadap wanita Islam Bosnia dan melakukan keganasan
termasuk merogol mereka yang ditempatkan di seluruh kem tahanan di Bosnia. Sesetengah
wanita dirogol berulang kali oleh tentera Serb pada setiap malam.
Dilaporkan kira-kira 50,000 wanita Islam Bosnia menjadi mangsa rogol dan 2.2 juta lagi
terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing demi menyelamatkan diri daripada menjadi
mangsa kekejaman tentera Serb. Malah, wanita Islam yang sedang mengandung juga tidak
terlepas daripada kekejaman Serbia apabila janin atau bayi mereka yang di dalam kandungan
dikorek keluar dengan tujuan tiada lagi bayi etnik Islam Bosnia yang lahir ke muka bumi ini.
Dalam kes yang dilaporkan berlaku di dalam sebuah kem pelarian mangsa perang yang
ditawan oleh tentera Serb, menyaksikan ribuan penduduk Islam diasingkan antara lelaki dan
wanita.
Sementara itu, sebahagian wanita dan kanak-kanak dipindahkan ke kem lain dan selebihnya
terutama lelaki dibunuh dengan kejam sama ada disembelih atau ditembak. Ada juga saksi
menceritakan jiran-jiran yang bukan berketurunan Bosnia Islam turut mengambil kesempatan
membunuh lelaki dan merogol wanita etnik Bosnia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula 'gagal' menyalurkan bantuan kerana askar
Serb sering menghalang bantuan kepada penduduk Bosnia yang terjejas akibat bekalan
elektrik dan gas terputus dan makanan yang tidak mencukupi terutamanya pada musim sejuk.
Penduduk Bosnia terkepung selama 1,426 hari di Sarajevo, ibu negara Bosnia-Herzegovina.
Kepungan pengganas Serb ke atas Sarajevo berlarutan selama 44 bulan, lebih lama daripada
kepungan tentera Nazi Jerman ke atas bandar raya Leningrad (kini St. Petersburg) semasa
Perang Dunia Kedua. Seramai 380,000 penduduk Sarajevo pada waktu itu tidak mempunyai
bekalan elektrik, air atau alat pemanas, dan terpaksa bersembunyi daripada terkena tembakan
meriam yang dilepaskan oleh pengganas Serb setiap hari.
Selepas perang tamat, banyak kubur besar mangsa askar Serb ditemui satu persatu,
mengandungi tulang dan mayat manusia yang ditanam beramai-ramai dipercayai mayat
penduduk Bosnia.
Selepas 20 tahun perang itu berlalu, kesengsaraan penduduk Islam Bosnia terus dikenang
dengan mengadakan pelbagai acara dan tragedi itu pasti tidak akan hilang daripada ingatan
sampai bila-bila.
Ahli keluarga dan saudara-mara mangsa kekejaman askar Serb menziarahi satu
daripada kubur besar di Bosnia.

Cuba kita selami sebentar situasi di bawah yg berlaku pada waktu pembersihan etnik tersebut:

“..berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik
(askar serb) yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan
menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian
mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan
membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka
pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic
menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana
selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya
diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian
menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan
Tadic.” –dipetik daripada Harun Yahya.

http://humtom.blogspot.com/2013/03/konflik-di-rohingya.html
http://3.bp.blogspot.com/-V6R_8pd4daY/UBQtMrit-
BI/AAAAAAAAAG4/CTXIP_3qYPM/s320/konflik+myanmar+burma.jpeg

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.71828.1343709074!/image/image.jpg_gen/deri
vatives/landscape_400/image.jpg

Ketegangan Agama di Myanmar

Konflik antara warga mayoritas Buddha dan minoritas Islam di Myanmar terus berlanjut
tahun ini. Bulan Maret, kericuhan di sebuah toko emas meluas menjadi kekerasan yang
menewaskan 40 orang. Ketegangan terlihat di kota-kota besar, termasuk Yangon.
Konfrontasi serius lain terjadi pada Agustus. Bulan November, lembaga kemanusiaan
dihadang blokade sehingga tidak bisa mengirim bantuan ke warga Muslim yang mengungsi.
Perserikatan Bangsa-Bangsa menduga jumlah warga yang mengungsi melebihi 140 ribu
orang, kebanyakan warga Muslim.

http://indo.wsj.com/posts/2013/12/30/tahun-berat-bagi-asia-tenggara/
http://media.themalaysianinsider.com/images/sized/images/uploads/leads/rohingya-protest-
leadjun12-540x374.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-g18UD2XKK54/UwGGXnuPYkI/AAAAAAAAGWA/BY-
hTOGxWO8/s1600/1622271_376891105784061_1148653385_n.jpg
http://statis.dakwatuna.com/wp-content/uploads/2014/01/konflik-sektarian-di-bangui.jpg

http://statis.dakwatuna.com/wp-content/uploads/2013/04/pembantaian-muslim-rohingya.jpg

Konflik Darfur melibatkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi
pelarian . Konflik ini berikutan pergaduhan sesama
penduduk Islam berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan penduduk
keturunan Arab yang memuncak pada 2003.

Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari [puak]] Abbala Rizeigat (Arab Badwi) dengan
puak Fur, Zaghawa dan Massaleityang mendiami Darfur. Kesemua pihak yang terlibat dalam
konflik di Darfur adalah terdiri daripada orang Islam. Ini berbeza dengan konflik di selatan
Sudan yang melibatkan pihak Muslim di utara dan Kristian di selatan.

Pihak Barisan Pembebasan Darfur (atau nama lamanya Gerakan Pembebasan Sudan) yang
ditubuhkan pada 2002 cuba memanipulasi pemikiran penduduk tempatan di Darfur untuk
bangun memberontak menentang kerajaan Sudan. Gerakan Pembebasan Sudan mendapat
sokongan negara Eritrea, negara musuh Sudan di selatan yang juga menyokong satu lagi
pemberontakan di selatan Sudan menentang kerajaan Sudan di sebelah utara.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

Anda mungkin juga menyukai