Anda di halaman 1dari 5

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Rina, Cikgu Maziah meminta __________________ mencari maklumat tentang


pengurusan minda,” kata Izuni kepada Rina

A Kami
B Kamu
C Beliau
D Dia

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Mak Cik Suzana membeli dua ________ serai daripada seorang penjual sayur-
sayuran di pasar tani pagi tadi.

A ikat
B papan
C tangkai
D rumpun

3 Azlina ________________________oleh guru kelasnya, Cikgu Hana kerana


dia mahir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

A dimaki
B dipuja
C dihina
D dipuji

4 Encik Akmal sedang ____________________keretanya di tepi rumah supaya


kelihatan bersih.

A mencuci
B menyapu
C mengecat
D memberus
5 Lee _______________________belum mendaftarkan namanya untuk
menyertai Kem Motivasi UPSR itu.

A telah
B masih
C pernah
D sedang

6 Abang terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Dia akan ke


________ untuk melapor diri pada minggu depan.

A sini
B sana
C itu
D ini

7 Pegawai Pendidikan Daerah Mualim menyampaikan hadiah _____________para


pelajar.

A untuk
B pada
C kepada
D ke

8 Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung _________ pagi _________
ke petang.

A daripada ….sehingga
B dari ……. hingga
C sejak …. ke
D pada … hingga

9 Ah Chong berasa sangat gementar apabila disoal oleh guru disiplin.

Pilih perkataan antonim bagi gementar.

A kecewa
B resah
C berani
D gembira
10 Sebelum tiba di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, kita perlu merentas sebuah
jambatan gantung.

Pilih perkataan sinonim bagi merentas.

A menjalani
B mengikuti
C mengamati
D melintasi

11 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Baju yang dibeli oleh kakak sangat luas.


II Ladang kepunyaan Datuk Amran sangat luas.
III Ilmu pengetahuan Fariq sangat luas kerana dia rajin membaca.
IV Keputusan peperiksaan Azlan luas kerana dia tidak mengulangkaji pelajaran.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

12 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pameran kereta antik di Dataran Menara Condong itu berlangsung selama


seminggu.

A Kereta antik itu sudah dipamerkan seminggu di Dataran Menara


Condong.
B Seminggu bersama-sama pameran kereta antik di Dataran Menara
Condong.
C Dataran Menara Condong menjadi pusat pameran seminggu untuk
kereta antik.
D Selama seminggu pameran kereta antik itu diadakan di Dataran
Menara Condong.

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Bagaimanakah kebakaran itu berlaku ?

A Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam.


B Kebakaran itu telah mengakibatkan kerugian harta benda yang mencecah
jutaan ringgit.
C Kebakaran itu berlaku di Taman Jaya.
D Kebakaran itu berlaku berpunca daripada litar pintas akibat penggunaan
tenaga elektrik yang berlebihan.

14 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Persatuan Bahasa Melayu yang menganjurkan Pertandingan Bercerita itu.

A Bilakah Pertandingan Bercerita itu dianjurkan ?


B Siapakah penganjur Pertandingan Bercerita itu ?
C Di manakah Pertandingan Bercerita itu dianjurkan ?
D Berapa harikah Pertandingan Bercerita itu dianjurkan ?

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul

15 I Nenek membentangkan segelung tikar di serambi rumah.


II Wirawati membubuh beberapa kuntum buah ceri ke dalam adunan keknya.
III Ramlah membeli dua buku roti di kedai runcit yang berhampiran dengan
rumahnya.
IV Guna mencatat senarai menu yang dipesan oleh pelanggannya pada sehelai
kertas.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
16 A Ibu negeri Perak adalah Ipoh.
B Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia.
C Kereta Toyota adalah kereta import.
D Azim dan Aiman adalah kawan baik Jamal.

Anda mungkin juga menyukai