Anda di halaman 1dari 2

Arak Dan Judi Dalam Agama Hindu, Sikh Dan Budaya India

Arak merupakan minuman yang dilarang oleh agama Hindu sebab boleh mengganggu

akal fikiran dan menyebabkan tingkah laku yang salah dan berbahaya. Peminum mungkin

akan melakukan kejahatan dan akan mendapat balasan penderitaan. Di Malaysia, terdapat

pecahan suku kaum India yang mengikut kitab-kitab yang berlainan1. Bagi kaum India

Selatan, mereka amat menyanjungi kitab Thirukkular yang diasaskan lebih 2000 tahun lalu

oleh Thiruvalluvar. Dalam kitab tersebut, dinyatakan bahawa tidur peminum arak seperti

orang yang mati dan yang meminumnya umpama makan racun2. Agama Hindu telah

mengharamkan dengan keras pengambilan arak di kalangan penganutnya.

Agama Sikh juga amat melarang mengambilan arak. Ini disebabkan mereka

berpendapat sesiapa yang makan ganja, daging, candu atau marijuana, penziarahan tempat

suci, puasa dan perlakuan agama yang lain mereka menjadi sia-sia dan mereka akan masuk

neraka. Makanan yang tidak mengingati Tuhan, diambil dan hukuman dimahkamahnya,

jangan gunakan arak yang palsu, hindarkanlah ia seboleh-bolehnya. Guru Nanak menyatakan

arak yang sebenarnya diterima bila seseorang itu menemui Guru yang jati.

Namun dalam budaya India pula, peminum tidak dihukum kerana minum arak bukan

satu kesalahan. Disebabkan mengikut kitab yang berlainan, ada suku India menegah dari

minum arak manakala ada yang minum arak seperti minum air biasa. Sesetengah suku seperti

Shaktas tidak melarang penggunaan alkohol dan lain-lain minuman keras adalah sebahagian

daripada ritual mereka. Biasanya, mereka yang minum arak akan menghidangkan arak pada

hari perayaan Deepavali. Ada pandangan menyatakan itu hanya untuk penyembahan bukan

untuk diminum.

1
Azharudin Mohd Dali, 2012. Sejarah Masyarakat India di Malaysia. 276 m/s
2
Ismail Hussein, 1967. Terjemahan Tirukkural: Sastera Kelasik Tamil Yang Agong.
Larangan berjudi dinyatakan dalam kitab Manava Dharmasastra untuk agama Hindu.

Dalam kitab tersebut, judi dibezakan daripada pertaruhan di mana judi melibatkan benda

yang tidak benyawa manakala pertaruhan melibatkan benda yang bernyawa. Penjudi juga

dikenali dengan gelaran “sramana bandar” yang bermaksud pencuri-pencuri tersamar dan

mereka mengganggu ketenteraman hidup orang yang baik-baik. Menang atau kalah, kedua-

duanya akan membawa keburukan dan mewujudkan sifat-sifat yang jahat dalam diri

seseorang. Sifat-sifat yang lahir daripada perjudian ialah nafsu yang tidak terkawal, marah,

serakah, sombong, cemburu dan dengki. Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama

Hindu Tirukkural yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti

hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak

amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian

tanggungjawab dalam masyarakat3.

Dalam budaya India, mereka tidak digalakkan untuk berjudi kerana perbuatan tersebut

boleh membawa kepada pencurian, permusuhan dan boleh mengganggu ketenteraman

kehidupan orang lain. Namun, ramai orang India beragama Hindu sendiri tidak mengetahui

wujudnya larangan berjudi kerana ajarannya kurang disebarkan.

Rujukan

Ismail Hussein, 1967. Terjemahan Tirukkural: Sastera Kelasik Tamil Yang Agong.

Azharudin Mohd Dali, 2012. Sejarah Masyarakat India di Malaysia. 276 m/s

3
Ismail Hussein, 1967. Terjemahan Tirukkural: Sastera Kelasik Tamil Yang Agong.

Anda mungkin juga menyukai