Anda di halaman 1dari 4

Pemikiran Intuitionis

-Memandang berat pemahaman secara intelektual

-Bertindak mengikut bisikan hati berdasarkan maklumat dan


persekitaran

-Membuat pertimbangan moral tanpa mengaitkan dengan sebarang


generalisasi yang imperikal atau maklumat dari pengalaman.

-Menentukan apa yang baik dan sebaiknya melalui naluri (bukan atas
sebab atau penerangan berkaitan).

-membuat keputusan dengan tidak mempertimbangkan kesan, akibat


dan tingkah laku atau reaksinya.

-Cepat membuat keputusan dan mudah menerima arahan.

Antara tokoh aliran ini ialah Henri Bergson. Intuisionisme selalu


berdebat dengan rasionalisme.

Definisi dan ciri-ciri :

Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita


baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang
merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini
diperoleh melalui intuisi. Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan
Latin intueor yang bermakna ‘saya memandang tepat kepada sesuatu’. Ia
merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’ secara intelek.
Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh
melalui fahaman atau pengertian langsung.

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’


secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu,
tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah
berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak
telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka
menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang
tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di
air sudah tahu jantan betina’.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan


yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu.
Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik
akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan
tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran
pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam
bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya
bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka


teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah
ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman
hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik
dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau


masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

 Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali
pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.
 Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau
‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau
kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis
lelaki hidung belang.

 Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin


akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah
diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang tidak
suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya
tak akan bekerjasama dengannya.’
Sumber Rujukan

Jonit, Azrina (2004) Keperluan dalam pendidikan moral untuk menghadapi


cabaran era pasca modenisme. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam
Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel
City Bayview Langkawi.

Rahmatul Ummah As Saury. (2015). Intuisionisme Sebagai Sumber


Pengetahuan. Diperoleh pada 9 Januari 2018 daripada https://ww
w.kompasiana.com/rahmatul.ummah/intuisionisme-sebagai-sumber-
pengetahuan_56219817187b613d048b4568

Anda mungkin juga menyukai