Anda di halaman 1dari 7

Teks pengacara majlis Hari Guru

Bismillah…….

Yang Berusaha ..............

Guru Besar......

Yang Berbahagia .................................

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan

Sekolah ....................

Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-
sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2017
dengan tema : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Awal Bismillah pembuka bicara

Kata disusun untuk keberkatan,

Semoga kebaikan datang jua,

Doa tulus pinta dilafazkan.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz........
Dijemput dengan hormatnya….

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai,
yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku,
Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah.........

Seterusnya semua guru diminta berdiri untuk menyanyikan lagu KAMI GURU MALAYSIA dan LAGU
TEMA

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Dipersilakan...

(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran


Malaysia. Dipersilakan.

(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan
........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,


Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah ....................... untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...

(ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil menyampaikan ucapan
beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....

(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

(ucapan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,

Moden tradisional bersatu senada;

Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,

Barisan guru tersenyum bangga.


Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai
oleh ........., GPK1. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian
oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru oleh barisan
pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan mengiringi


............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru.
Dipersilakan.....

(penyampaian hadiah)

Sidang dataran sekalian ;


Maju Bangsa Kerana Bahasa,

Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;

Ingatan Diberi Tidak Seberapa,

Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia ............., dipersilakan....... dan
seterusnya kepada Yang Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang

Andai memanjat dah sampai ke pucuk

Andai mendaki dah sampai ke puncak

Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,

Menganyam daun atap jerami,

Yang indah, yang berseri bawalah pergi

Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.

Kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-
samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan
daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima


kasih.”SELAMAT HARI GURU”