Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1

A)Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 ada menerangkan


tentang unit Pendawaian Persedirian

(I)Huraikan kehendak yang diperlukan bagi pendaftaran Unit


Pendawaian Sendiri. (P2,CLO2) 8M
 Mengikut peraturan 81(1) sebelum mengeluarkan atau memperbaharui
suatu Perakuan Pendaftaran sebagai Unit Pendawaian
Persendirian,Suruhanjaya hendaklah menghendaki orang itu untuk
mengemukakan maklumat yang berikut:

a)Nama dan alamat semua perkongsian dalam hal perkongsian


berdaftar dan tentang semua , pengarah, pengurus dan pemegang
saham, dalam hal syarikat berdaftar

b)Premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaan

c)Apa-apa maklumat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu dilaksanakan

 Mengikut peraturan 81(2) Walau apa pun sub peraturan(1),


Suruhanjaya boleh, mengikut budi bicaranya, mengecualikan mana-
mana orang daripada semua atau mana-mana kehendak yang
dinyatakan dalam subperenggan(1)(a),(b) dan (c).
(II)Nyatakan fee bagi pengeluaran dan pembaharuan lesen
untuk tempoh 2 tahun bagi Unit Pendawaian Persendirian.
(C1,CLO2) 2M

Fee bagi pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian

 Fee hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Pendaftaran sebagai Unit


Pendawaian Persendirian dan pembaharuannya pada kadar yang
ditetapkan dalam bahagian IX Jadual Kedua.

Peraturan 83

 Fee bagi perakuan pendaftaran sebagai unit pendawaian


persendirian

Fee yang berikut perlu dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan


Perakuan Pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian

1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun


Fee RM330 RM550 RM770 RM990 RM1,210
Pengeluaran
Fee RM220 RM440 RM660 RM880 RM1,100
Pembaharuan
Soalan 2

A)Terangkan mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik


1994,apakah tugas dan peranan seorang pendawaian.
(CL,CLO2) 10M

(i)Pendawaian

 Mengikut peraturan 12(1) dan 12(2) Peraturan-Peraturan Elektrik


adalah 1994 iaitu menyelia secara langsung mana-mana pendawaian
dalam suatu pepasangan yang menerima bekalan fasa tunggal atau
tiga fasa dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dan
apabila siap pendawaian itu dia hendaklah memperakukan satu
perakukan penyeliaan dan penyiapan.

 Mengikut peraturan 13(1) dan 13(2) Peraturan-Peraturan Elektrik


1994 iaitu membuat pengujian apabila siap sesuatu pendawaian atau
pendawaian semula sesuatu pemasangan atau tambahan pada
pepasangan sedia ada dan hendaklah mengesahkan perakuan Ujian
Pepasangan itu,
Soalan 3

A)Rajah di atas adalah sebuah lukisan skematik untuk


sebuah rumah yang baru di bina.Nyatakan apakah yang
dikehendaki oleh Peraturan –Peraturan Elektrik 1994 untuk
pemasangan elektrik yang sedemikian. (C1,CLO2) 10M
 Mengikut peraturan 36(4) bagi sesuatu pemasangan selain daripada
pepasangan yang disebutkan dalam subperaturan (1)(2)dan (3)
perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-
mana litar akhir sama ada secara individu atau dalam kumpulan dengan
peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak
melebihi 100 miliampere melainkan

a)Atas sebab-sebab fungsi adalah tidak praktik untuk mengadakan


perlindungan itu.

b)Adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan


perlindungan itu.
 Mengikut peraturan 36(2) bagi suatu pepasangan di tempat yan lantainya
berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan
elektrik yang rendah perlindungan terhadap arus kebocoran bumi
hendaklah dibuat pada man-mana litar akhir yang membekalkan elektrik
kepada mana-mana kelengkapan sama ada secara berasingan atau dalam
kumpulan dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki
terkadar tidak melebihi 10 miliampere.

 Mengikut peraturan 36(3) bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan radas


atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau
berkemungkinan digunakan perlindungan terhadap arus kebocoron bumi
hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir sama ada secara berasingan
atau dalam kumpulan dengan peranti arus baki yang mempunyai arus
kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.

 Mengikut peraturan 34(1) mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti


cantuman, peti suis, peti fius, bingkai gear suis yang berlogam dan rangka
dan tapak logam mana-mana janakuasa, penukar, rektifer dan motor, peti
dan teras berlogam bagi mana-mana pengubah dan bingkai dan penutup
logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan
elektrik lain termasuklah apa-apa perkakas domestic kecuali yang
digolongkan sebagai binaan kelas II hendaklah dibumikan dengan
berkesan
 Mengikut peraturan 18 dalam suatu sistem elektrik , cara yang berkesan
hendakalah diadakan bagi

a)Mematikan setiap bahagian sistem itu.

b)Melindungi setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan .

c)Mematikan setiap cawangan sistem agihan tanpa gangguan bekalan


kepada sistem yang selebihnya.

d)Mematikan setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan


bekalan kepada sistem yang selebihnya.

 Mengikut peraturan 16(1) mana-mana suis, fuis suis, suis fius, pemutus
litar atau pengasing rangkai hendaklah

a)Dibina, ditempatkan, atau dilindungi mengikut apa-apa cara bagi


mencegah bahaya.

b)Dibina dan dilaraskan mengikut apa-apa cara bagi memnuat dan


mengekalkan sentuhan berkesan.

c)Disedikan gagang berkesan ditebat daripada sistem itu dan disusun


mengikut apa-apa cara gagangnya tidak boleh dengan tidak sengaja
tersentuh mana-mana bahagian hidup.

d)Dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dengan
tidak sengaja tersentuh mana-mana bahagian hidup konduktor apabila
ditinggalkan dalam keadaan”off”.

e)Dibina dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dalam keadaan


sentuhan separa dengan mana-mana konduktor hidup.

f)Dibina dengan apa-apa cara supaya tidak terdapat arus apabila


digunakan untuk memutuskan litar berbeban.
Soalan 4

Rajah 2 menunjukkan lukisan skematik di atas menunjukkan


satu pasangan di kilang
Huraikan (lima) keperluan keselamatan pepasangan tersebut
di atas mengikut Akta 447 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994. (P2,CLO2) 10M

a) Mengikut peraturan 16(2) mana-mana pemutus litar dan penyentuh


yang digunakan untuk menukarkan sumber bekalan hendaklah
mempunyai kutub-kutub yang termasuk suatu kutub neutral.

b) Mengikut peraturan 17(2) sesuatu motor hendaklah dikawal oleh


satu atau lebih peranti mula yang apa-apa cara supaya ia mudah
dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.
c) Mengikut peraturan 36(2) bagi sesuatu pepasangan di tempat yang
lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan
berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus
kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir yang
membekalkan alektrik kepada mana-mana kelengkapan,sama ada
secara berasingan atau dalam kumpulan,dengan peranti arus baki yang
mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.

d) Mengikut peraturan 36(3) bagi sesuatu pepasangan jika


kelengkapan,radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan
digunakan atau berkemungkinan digunakan,perlindungan terhadap
arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar
akhir,sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan,dengan peranti
arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi
30 miliampere.

e) Mengikut peraturan 110(3) sesuatu pepasangan,selain daripada


pepasangan domestik,hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang
kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun atau pada bila-
bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.