Anda di halaman 1dari 2

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat

mengambil tempat masing-masing.

Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan
telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu
majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih

__________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan saya ucapkan kepada

Yang berbahagia Prof Datu Dr Ali bin Baba ,Pengarah Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia .

Yang Berusaha Dr Ali bin Baba,Timbalan Pengarah Pusat Islam.Universiti Sains Malaysia.

Saudara Ali bin Baba ,Pengarah Majlis Perwakilan Pelajar ,Universiti Sains Malaysia ,Kampus
Kesihatan.

Saudara Ali bin Baba,Pengarah Rakan Masjid,Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.

Serta hadirin dan hadirat ,ahlan wa sahlan saya ucapkan.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus
Kesihatan ini.

Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada
program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains
perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat
bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan.

semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam
Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan
petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai
dengan firman Allah yang berbunyi:

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan
berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa
mereka beroleh pahala yang besar”

Surah al-Isra':9
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin
bacaan doa.

(baca doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara
Ali bin Baba.

(baca alquran  baca doa khatam Al-Quran)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada
petang ini .
Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan
dan hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah

Al-Asr.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

http://www.scribd.com/doc/14649098/Teks-Pengacara-Majlis-Tadarus-Alquran-Negeri-Perak-2009

Anda mungkin juga menyukai