Anda di halaman 1dari 1

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

KONSTRUK 1
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. ( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.)

KONSTRUK 2
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. ( Contoh: sa,bu,ca dll.)

KONSTRUK 3
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.)

KONSTRUK 4
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. (contoh: pan,dol,kon, dll.)

KONSTRUK 5
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.)

KONSTRUK 6
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup’ng’. ( contoh:
arang,kompang,longgok, dll.)

KONSTRUK 7
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. ( contoh: garau,kilau,pandai,dll.)

KONSTRUK 8
Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding. contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.)

KONSTRUK 9
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
digraf dan konsonan bergabung. ( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.)

KONSTRUK 10
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. ( contoh:
terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.)

KONSTRUK 11
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. ( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.)

KONSTRUK 12
Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. ( contoh: Membaca petikan
dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah
dibaca.)