Anda di halaman 1dari 2

Ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi.

Bulan
keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan
hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai
manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari
kelebihan ramadhan yang disebut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183.


Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ayat tersebut jelas menunjukkan hasil terhadap orang-orang yang berpuasa adalah
sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat?
Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat hasil yang dijamin
oleh ALLAH berdasarkan ayat tersebut. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik,
gembira sewaktu kedatangan Ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya.
Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan
kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadhan,
menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan
berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi
umatku.”

Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”

“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan
digandakan pahalanya, dan siksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang
terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”
Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadhan, air mata mereka
menetes. Hati mereka sedih.

Dari Ummu Mukminin Aisyah ra , Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah
Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. BERSEDIH dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam
hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

Hadits Rasulullah Saw yang dituturkan Ibn Mas’ud ra:

“Sekiranya umatku mengetahui kebajikan-kebajikan yang dikandung bulan


Ramadhan, niscaya umatku mengharapkan Ramadhan terus ada "sepanjang tahun ”
(HR. Abu Ya’la, ath-Thabrani, dan ad-Dailami).
Antara kelebihan Ramadhan ialah:
1) Pahala kebaikan digandakan.
2) Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang
ma’sum pun setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia
biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak
sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan
ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang
akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.
3) Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti
beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah
satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam
ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud
dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal,
mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr: 1-5) Sesungguhnya Kami telah
menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya
Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat
dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar!

4) Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan


hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan
dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat
berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan
dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu
wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-
pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala
apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

Dari Aisyah RA, diriwayatkan oleh imam Muslim:

ُ‫ظ أ َ ْهلَه‬ َ ‫سلَّ َم إِ َذا َد َخ َل ْالعَ ْش ُر‬


َ َ‫ش َّد ِمئْزَ َرهُ َوأ َ ْحيَا لَ ْيلَهُ َوأ َ ْيق‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ ُّ ِ‫َكانَ النَّب‬
َ ‫ي‬
“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bila memasuki sepuluh akhir (dari bulan
Ramadhan), beliau mengencangkan sarung, menghidupkan malamnya dan
membangunkan keluarganya “.