Anda di halaman 1dari 5

1/27/2018 Anuar Dan, pelukis gaya Melayu ­ Gaya Hidup ­ Utusan Online

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T GAYA HIDUP SUKAN

GAYA HIDUP PELANCONGAN PERMOTORAN REKREASI KESIHATAN KELUARGA FESYEN PANCING WIRA

Anuar Dan, pelukis gaya Melayu

ANUAR DAN dengan latar belakang karya catan beliau yang sedang disiapkan.

Solihin Osman
20 Ogos 2017 4:00 PM

DALAM bidang seni, setiap pengkarya mempunyai cara atau gaya mereka yang
tersendiri untuk menghasilkan karya masing-masing. Di samping itu, bidang seni juga
mempunyai pelbagai aliran atau mahzab yang mempengaruhi pengkaryanya, baik seni
lukis, seni sastera mahupun seni budaya. Aliran atau gaya itu boleh menjadi identiti
kepada ahli-ahli seni selain ianya mudah untuk dikenalpasti intipati seni yang dihasilkan
oleh mereka. Meskipun begitu, ramai yang masih beranggapan bahawa hasil karya seni
agak subjektif dan kadangkala sukar untuk dimengertikan.
Begitu juga dengan bidang seni lukis di Malaysia, sehingga kini ianya msih belum
mampu untuk mendekati masyarakat sepenuhnya. Sedangkan, mata pelajaran
Pendidikan Seni diajar sebagai suatu matapelajaran di peringkat sekolah rendah dan
menengah malah ianya dimulai semenjak pra sekolah lagi. Bagi mendekatkan seni lukis
secara lebih mesra dengan masyarakat secara amnya, pelukis dan pereka gra韛�k, Anuar
Dan mempunyai agenda berbeza dalam perjuangannya menerusi seni lukis.

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/anuar­dan­pelukis­gaya­melayu­1.516736 1/5
1/27/2018 Anuar Dan, pelukis gaya Melayu ­ Gaya Hidup ­ Utusan Online

Dengan berbekalkan semangat dan pengetahuan yang dikongsikan dari pelukis


tersohor negara, Syed Ahmad Jamal, dia mula berjinak-jinak menghasilkan lukisan dan
catan berkonsepkan nilai – nilai Malaysia. Yakni kembali kepada akar - akar peribumi.
Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai pereka gra韛�k lebih 30 tahun itu, berminat
untuk mengkaji dan mendokumentasikan rumah dan khazanah Melayu menerusi karya
seni tampak khususnya catan atas kanvas.
Di peringkat awal berkarya, Anuar memilih siri buah-buahan sebelum mengembangkan
lagi kajiannya terhadap subjek Melayu dan Malaysia. Dia juga menghasilkan baju T,
poskad untuk mengetengahkan lagi imej budaya tempatan khususnya untuk pelancong
luar. Anuar, yang mempunyai kedai menjual baju T di Pasar Seni itu, setiap imej dalam
lukisan atau yang dilukis di atas baju T mempunyai unsur-unsur Melayu dan Malaysia.

“Apabila pelancong luar negara membeli baju T atau poskad yang saya hasilkan, ia
akan menjadi duta kecil untuk dibawa oleh pelancong balik ke negara mereka,”
tegasnya. Selain itu, beliau juga pernah menghasilkan lukisan tangan atas baju T
sebagai mengenang nasib malang di atas kehilangan MH370 dan pada masa ini giat
menghasilkan baju T untuk pasaran Hari Kebangsaan dan Sukan SEA 2017.
“Saya berminat untuk menjadi perakam peristiwa, jadi cerita dan imej itu akan saya
abadikan di dalam lukisan, catan atau dilukis kembali di atas Baju T. “Untuk
mendapatkan idea dan maklumat yang tepat, saya akan menjalankan kajian selain
membuat kajian lapangan serta merujuk buku – buku yang berkaitan tulisan penulis
dan penyelidik tersohor,”katanya

Sementara itu, melihat pada catan beliau, Anuar mengabung antara imej- imej yang
dilukis sececara realistik dan semi -abstrak. Dalam catan akriliknya juga, beliau lebih
mengutamakan warna - warna yang digunakan dalam masyarakat Melayu. Ini
termasuklah warna kuning pinang masak, hijau pucuk pisang, merah hati dan banyak
lagi. Teknik sapuan berus yang lembut dan sesekali dengan satarnya (stroke) agak
agresif juga seolah-olah beliau mahu kaitkan dengan nilai kesopanan dan budi bahasa
Melayu serta pergerakan yang pantas tetapi berseni dalam gerak silat.
Namun begitu, fokus utama catannya ialah gambar rumah Melayu yang kemudiannya
digabungkan bersama imej manusia serta perkakasan dari khazanah Alam Melayu dan
Malaysia sehingga terasa kesan nostalgiknya. Hal itu juga dapat dilihat dengan jelas
dalam catan beliau, siri-siri isteriku, siri karangan laut, siri landskap dan siri kampungku.
Walaupun tidak terlepas dari pengaruh aliran impresionis dan ekspresionis, kebanyakan
karya beliau lebih mengutamakan unsur, gaya dan cara Melayu Malaysia, yang menjadi
identitinya selama ini.
Anuar memberitahu, pengalamannya ke luar negara juga memberi peluang untuknya
mengkaji tentang karya seni tampakyang boleh dipelbagaikan dan diberi inovasi baharu
selain tidak melupakan identiti negara. Beliau uga mahu mempelbagaikan lukisan
supaya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat yang bukan sahaja tertumpu di
atas kertas atau kanvas semata. Setelah lebih 40 tahun berkarya, Anuar masih mencari
satu imej yang boleh menjadi identitinya sekaligus mengangkat Malaysia dengan suatu
simbol sehingga ke tahap antarabangsa.

“Saya telah mengumpul beberapa imej yang mungkin boleh menjadi identiti negara dan
akan terus mengkaji dan menguji penerimaannya oleh masyarakat melalui lukisan di
atas baju T dan juga catan,” katanya yang sibuk membuat persiapan untuk pameran
solonya yang terbaharu.

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/anuar­dan­pelukis­gaya­melayu­1.516736 2/5
1/27/2018 Anuar Dan, pelukis gaya Melayu ­ Gaya Hidup ­ Utusan Online
Beliau memberitahu, setakat ini sahaja, terdapat lebih 1000 imej telah dilukis oleh
beliau sendiri di atas Baju T untuk dipasarkan. Menurutnya, walaupun sambutan masih
tidak begitu menggalakkan tetapi beliau akan terus mempopularkan Malaysia melalui
imej-imej yang dihasilkannya berteraskan identiti budaya tempatan.
Dengan berbekalkan pengalaman dan pengajiannya dalam bidang senireka gra韛�k dan
periklanan, Anuar juga mahu melukis kembali catan-catannya selama ini ke atas Baju T
selain terus menyelongkar khazanah Melayu dan Malaysia.
Maka dengan itu juga, akan ada lukisan dan catan dengan cara atau gaya Melayu
Malaysia selain aliran-aliran yang sedia ada yang dihasilkan oleh karyawan seni Barat
dan lain-lain negara di dunia ini. Barangkali juga, telah lama wujud aliran Melayuisme di
tanah air kita?

Tag Berkaitan

Lukisan Seni (am) Rencana

ARTIKEL BERKAITAN
Seni, gaya lipatan serban seluruh dunia
Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Penggunaan batu жrus dalam kesenian Islam


Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Bakhoor tradisi wangian masyarakat Islam


Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria

Pasaran lukisan termahal di China

Kesenian tazhib hiasi manuskrip Islam

Raih rezeki melalui lakaran karikatur

ARTIKEL LAIN
Pengendali LTdL hadapi dilema

400kg ikan habis dalam 2 jam

Uzbekistan, Vietnam buru sejarah baharu

Chung tarik diri, Federer jumpa Cilic

FAS sudah lupakan isu stadium

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/anuar­dan­pelukis­gaya­melayu­1.516736 3/5
1/27/2018 Anuar Dan, pelukis gaya Melayu ­ Gaya Hidup ­ Utusan Online

Coutinho sandaran Barcelona

Hak bertudung dipertahankan

Pengilang laksa asid 
benzoik didenda RM10,000

Iklan

Like 1.8M Share

VIDEO PILIHAN

KAPSUL BERITA 26 JAN Keluarga kanak-kanak Pelakon Hairul Azreen Luaskan perniagaan asas
2018 hidap sakit jantung rayu bebas jaminan polis tani menerusi kod QR
bantuan

      

VIDEO TERKINI
Kapsul Berita 26 Jan 2018

Kapsul Berita 25 Jan. 2018

Wajah baharu Uniж diperkenal

Kapsul Berita 24 Jan. 2018

Program Motivasi dan Kepimpinan tingkatkan kualiti hidup murid orang asli

Kapsul Berita 23 Jan. 2018

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Video


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum Terkini
Berita Utama Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah Isu Semasa

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/anuar­dan­pelukis­gaya­melayu­1.516736 4/5
1/27/2018 Anuar Dan, pelukis gaya Melayu ­ Gaya Hidup ­ Utusan Online
Utusan Live Cuit Kelantan Muzik Lumba Kereta Usahawan Kampus Bisnes
Nasional Selak KL & Putrajaya Filem & Drama Lumba Motorsikal Automotif Sastra Pemotoran
Politik Kolumnis Melaka Rancangan TV Basikal Hartanah Agama Gaya Hidup
Parlimen Forum Negeri Sembilan Seni & Budaya Golf Teknologi   Hiburan
Jenayah Agama Pahang   Hoki Saham & Wang Sains & Agama
Mahkamah Blog Perak Gaya Hidup lain-Lain Teknologi Politik
  Sukan Perlis Rekreasi Rencana Sukan Sains
Luar Negara Pulau Pinang Permotoran Teknologi
Asean Sabah Pelancongan Inovasi
  Sarawak Keluarga Gedjet
Selangor Kesihatan Pertanian
Terengganu Fesyen Alam Sekitar

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |  Utusan Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/anuar­dan­pelukis­gaya­melayu­1.516736 5/5

Anda mungkin juga menyukai