Anda di halaman 1dari 3

Tips Lulus Ujian JPJ

BY NURUL SYAHIRAH - FRIDAY, OCTOBER 06, 2017

PIN IT

Pada yang baru nak ambil lesen kereta benda yang paling menggerunkan
adalah ujian JPJ. Betul tak? Dup dap dup dap hati ni rasa. Sama la dengan
diri si penulis masa nak ambil ujian jpj. Hehehe. Siapa yang tak takut kan.
Dalam fikiran kita nak lulus je. Sebenarnya korang pun boleh lulus sekali
ujian je. Tapi mesti la kena amalkan tips-tips ni ye.

Nurul akan sharekan serba sedikit tips yang Nurul gunakan untuk mengambil
ujian JPJ ni. Mungkin akan berguna untuk korang yang bakal mengambil
ujian JPJ tersebut. In Sha Allah, korang pun boleh lulus sekali ujian je. Yang
penting, kena yakin pada diri hokayyy :D
1. KERETA

Faktor kereta ni sangat penting sebenanrnya. Ini juga yang menjadi modal
alasan kalau dapat markah rendah dalam ujian jpj. Kalau boleh, berlatihlah
menggunakan kereta kancil dan viva. Kena tengok sekali bahagian-
bahagian enjin ye. Sebab sekarang ujian kena ada rpk dan rsm. Selalunya
ujian jpj ni di litar menggunakan kancil dan jalan raya menggunakan viva.
Jadi, korang kena hadam dua-dua kereta ini.

Perbezaan antara kancil dan viva tak banyak sebenarnya.

Kancil - badan dia kecil, clutch dia rendah dan ringan.


Viva - badan dia besar dari kancil, clutch dia agak tinggi dan agak berat dari
kancil.

Dan paling menggerunkan untuk kita adalah part bukit kan. Hehehe. Nurul
pun memang takut sangat buat ujian tu. Tapi apa yang Nurul fikir, Nurul nak
lulus sekali je. Korang jangan takut nak tekan minyak. Biar kereta tu bunyi
ganas macam mana sekalipun asalkan jangan mengundur ye.

2. ULANGKAJI UJIAN JPJ

Daripada korang berjalan tak tentu hala, ada baiknya korang duduk diam
dan ulangkaji tentang RPK dan RSM. Memang bahagian ni agak senang.
Tapi bila dah sampai gugup korang, mesti akan ada yang terlupa. Jadi,
sediakan payung sebelum hujan ye. Dan kalau boleh, sila ingat tentang
markah-markah ujian. Selalunya cikgu-cikgu driving school ada
menyediakan dan share tentang markah ujian ni. Paling penting korang kena
ingat bahagian-bahagian mandatori tau di mana sekali kita langgar, terus
gagal.

3. INGAT STEP

Korang boleh usaha ingat balik step-step untuk ujian litar. Cikgu-cikgu
driving school ada menyediakan sedikit tips macam mana untuk korang buat
ujian litar. Dulu cikgu Nurul pun ada bagi tips tu. Dan Nurul cuma ingat je la.
Memang banyak sangat, tapi cuba ingat untuk korang lulus. ^^

4. DATANG AWAL

Kalau boleh, sila datang awal tau. Sebab pegawai JPJ selalunya akan bagi
taklimat untuk semua calon. Taklimat ni sangat berguna tau untuk calon.
Sebab kita akan refresh balik apa yang kita dah belajar. Dan paling penting
! Jangan lupa tengok nombor giliran yang diberi oleh pegawai tersebut ye.

Jangan lupa bawa ic, lesen L dan gambar passport.

5. HORMAT

Hormat dan fahami pegawai JPJ. Mereka pun manusia juga, mungkin sebab
dah kena hadap dengan 1001 karenah calon masa tu, mungkin emosi dan
sikap dia terganggu. Apapun korang senyum je la ye. Jangan nak buat
perangai ! Hehehe. Kalau korang baik dengan orang, In Sha Allah, orang
pun akan baik dengan korang.

Ok, itu sahaja yang Nurul praktikkan masa nak ambil ujian jpj. Haaaa. Untuk
calon beragama Islam, jangan lupa zikir dan baca doa untuk permudahkan
urusan korang. Sebut baik-baik je tau. In Sha Allah, yang baik akan datang.
Nurul time tu memang nervous tahap apa da. Hahaha.

Anda mungkin juga menyukai