Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami siapkan
tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan
kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada PUAN FILZAHRUZ BINTI MOHAMAD
SAH pensyarah Pengajian Malaysia kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan
sehinggalah dalam proses dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, kami
mengucapkan terima kasih kepada Puan Filzahruz kerana memberi kepercayaan kepada
kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga sempurna.

Bukan itu sahaja, kami turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
saling bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat melengkapkan tugasan ini dari
awal hingga akhir dengan jayanya.

Akhir sekali, harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu
pengetahuan kami dalam subjek Pengajian Malaysia serta dapat kami memanfaatkan pada
masa akan datang dan dapat memudahkan kami untuk menjawap peperiksaan akhir
semester nanti.

Anda mungkin juga menyukai