Anda di halaman 1dari 2

SJK(T) NATESA PILLAY

தேசிய வகை நதேசப் பிள் கள ேமிழ் ப் பள் ளி


BATU 14 JALAN BIDOR
36020 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon/ Faks : 05-6561739 Emel: ABD5109@1bestarinet.yes.my

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-38/ 2017

1. Nama pertandingan : Temasya Olahraga Tahunan Sekolah.


2. Pengelola : SJK(T) Natesa Pillay, Teluk Intan
3. Bilangan rumah yang
mengambil bahagian : tiga ( biru, kuning dan merah)
4. Tarikh : 2 Mac 2018
5. Masa/ hari : 1.30-5.30 petang/ Khamis.
6. Keputusan pertandingan :
 Johan : Rumah biru ( 147 mata)
 Naib johan : Rumah kuning ( 143 mata)
 Ketiga : Rumah merah ( 141 mata)
7. Anugerah :
 Olahragawan : R. Deeneshan
 Olahragawati : R. Darshini
 Bintang Harapan (L) : E. Theeparaj
 Bintang Harapan (P) : A. Anusha
8. Ulasan pertandingan :
8.1. Mutu pertandingan : Baik
8.2. Mutu pengadilan : Baik
8.3. Disiplin pasukan : Baik
9. Ulasan :
Acara saringan iaitu acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru telah
dijalankan sebelum temasya berlangsung. Begitu juga dengan mini sukan yang telah dilangsungkan
pada 28 Februari 2018. Latihan teknikal bagi acara balapan dan juga raptai temasya sukan dijalankan
sepanjang minggu bermula dari 20 februari 2018 lagi. Kerja-kerja persiapan sukan terutama persiapan
tempat acara iaitu padang sekolah seperti membuat garisan padang, mengibarkan Jalur gemilang dan
bendera-bendera setiap negeri dan mendirikan khemah telah dijalankan dengan lancar. Komitmen
tinggi telah dicurahkan oleh setiap warga SJK(T) Natesa Pillay bersama PIBG bagi memastikan temasya
sukan berjalan dengan baik.
Pada sehari sebelum berlangsungnya sukan, persiapan lain telah dilaksanakan seperti penyediaan
maskot yang bertemakan kartun popular seperti Captain America bagi rumah biru, Mickey Mouse
bagi rumah merah dan SpongeBob bagi rumah kuning. Tujuan mascot direka khas oleh setiap pasukan
adalah bagi memeriahkan lagi temasya sukan yang akan diarak semasa perbarisan murid. Selain itu,
warga sekolah dan PIBG turut bertungkus lumus menyediakan makanan, mengurus murid, menyusun
aturcara dan lain-lain lagi agar tiada kepincangan berlaku.
Pada 2 Mac 2018 bersamaan hari jumaat iaitu hari temasya sukan berlangsung, semua hadirin
termasuk ibu dan bapa turut hadir bagi memeriahkan temasya sukan. Jemputan khas iaitu cucu
kepada pengurus Natesa Pillay, Encik Senthi dan Encik Mohd Din bin Hussein, Pengerusi Ketua-Ketua
Kampung Daerah Hilir Perak mewakili YAB Dato’ Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong yang tidak
dapat hadir, tiba di sekolah pada pukul 2.00 petang telah disambut oleh Guru besar SJK(T) Natesa
Pillay, Puan Kumutha a/p Kanchymalay dan YDP PIBG, Encik Uthayakumar serta AJK PIBG dengan
iringan tarian Karagattam oleh murid. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh
para peserta yang mengambil bahagian. Para tetamu undangan menerima tabik hormat seterusnya
Encik Senthil Raja bersama tetamu hormat telah merasmikan sukan tahunan yang ke-38 dengan
nyalaan obor.
Seterusnya, persembahan gimrama yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah hasil
koreografi Cik V.Kasturi dan Cik S. Meerrashini. Acara- acara yang dijalankan berjalan lancar dan
teratur. Acara penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh para jemputan khas dan PIBG. Pasukan
yang menjadi juara pada kejohanan sukan sekolah pada kali iniialah pasukan rumah biru dan diberi
piala pusingan. Temasya sukan ini tamat lebih kurang pada pukul 5.30 petang. Sebelum bersurai,
semua tetamu undangan dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di bilik gerakan
manakala ibu dan bapa diberikan makanan yang telah siap dibungkus.
10. Masalah.
Masalah yang dikenal pasti dalam pelaksanaan temasya sukan kali ini ialah masalah dalam
perbelanjaan. Masalah ini telah dapat diatasi dari pelbagai sudut terutamanya sumbangan peribadi
dalam bentuk kewangan, tenaga dan peralatan terutamanya khemah yang telah dipinjamkan secara
percuma sebanyak 4 buah oleh pengusaha khemah dan minuman isotonik yang disumbang oleh Encik
Uthayakumar.
11. Syor dan cadangan.
Unit sukan dengan kerjasama guru-guru SJK(T) Natesa Pillay akan berusaha sedaya upaya dan
memberikan komitmen yang tinggi bagi meningkatkan mutu sukan sekolah seterusnya dapat
melahirkan para atlit melalui temasya sukan inipada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

EN.MOHD RAMDAN BIN ALI PUAN S. SANTHI


NORDIN PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH

Disahkan oleh:

PUAN K.KUMUTHA
GURU BESAR
SJK(T) NATESA PILLAY

Anda mungkin juga menyukai