Anda di halaman 1dari 25

Tingkatan 4 Bab 2 : Peningkatan Tamadun

PENGENALAN
Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa
berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun
berkembang. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan
manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan
sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih maju, yang
dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam
meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui
pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat
dilihat dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

LATAR BELAKANG TAMADUN


TAMADUN YUNANI
1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di
sekitarnya yang dikelilingi
oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.

3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah


kampung dan bandar
sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.

4. Negara kota Ynani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan
di dalam kota terdapat
pasar, kubu, kuil dan istana.

5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang
terletak berhampiran
Laut Meditterranean.

6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang


negara tersendiri serta
memiliki beberapa tuhan.

7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku


peperangan antara negara kota.
TAMADUN ROM
1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran
dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium.

2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.

3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah
berkembang dan menjadi penting.

4. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis


perbandaran di setiap bandar.

5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa


diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan


dan keselesaan hidup di bandar.

7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan


seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat
berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang


merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di
bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai,
mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan
colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan
Rom).

9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000


orang.

10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan
air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau
terusan.

11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada
penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain
digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.
TAMADUN INDIA
1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M
2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana
- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam
masyarakat Indus
- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.
- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi
masyarakat Indus kerana lahir agama Hindu.
- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa
lama bertapak di Lembah Indus.

3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan


Chandragupta Maurya yang
menyebabkan wujud empayar pertama .

4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa


pemerintahan Asoka.
TAMADUN CHINA
1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian
selatan China.

2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang


merupakan dinasti pertama.

3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan


aktiviti perluasan kuasa
hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah
empayar.

4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku


peperangan, perluasan
kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
TAMADUN YUNANI
Proses perkembangan tamadun Yunani
Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai
perubahan daripada:
Monarki -→ Oligarki → Aristokrasi → Diktator(tirani) → Demokrasi
1. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua
hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang
terdiri daripada golongan kaya.

2. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang
dipilih tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh
konsul dinamakan oligarki.

3. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa


besar, sistem ini dinamakan aristokrasi.

4. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap


pemerintahan berbentuk aristokrasi – maka muncul sistem ditaktor di
kalangan golongan kaya atau tentera.

5. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini
telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.

6. Sistem demokrasi di Athens – terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.


Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota
Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3
kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan
dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan,
maka dewan berkuasa penuh terhadap ketiga- tiganya.

7. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak


mengamalkan sistem demokrasi.

8. Di Sparta-sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan


diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi
askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai
semangat patriotik yang tinggi lagi handal.
TAMADUN ROM
1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M

2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M

3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom

- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan
Senat
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal
pentadbiran Negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau
ialah Praeotor. Iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat.
Segala keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada


zaman pemerintahan Julius Ceasar.

5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator.


Beliau menguasa angkatan tentera dan senat dengan memakai gelaran
Maharaja.

6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun


27 – 14 S.M.

7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.

8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).


TAMADUN INDIA
1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India
membentuk dua kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.

2. Kerajaan kecil - bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja


kerajaan besar - diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

3. Kedudukan raja diperkukuh dengan bentuk upacara ritual yang berasaskan


kepercayaan bahawa raja itu adalah suci dan harus dihormati.

4. Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat manakala golongan


Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan
dominan.

5. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan


kerajaan-kerajaan kecil dari tahun 321 – 185 S.M. dan mengubah status raja
kepada maharaja.

6. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan


Hindu Kush. Ibu negara terletak di Pataliputra.
7. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang
saudara yang berlaku sejak pemerintahan ayahnya Bindusara.

8. Perang Kalinga menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang


membawa penderitaan dan kematian. Perang ini diingati dalam sejarah
kerana menjadi pemula penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama
Buddha dan mengembangkan ajarannya.

9. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi


pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.
TAMADUN CHINA
1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal
kepada pemerintahan sistem pentadbiran berpusat.

2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)

3. Konsep raja bertukar kepada maharaja.

4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah


sistem pemerintahan pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh
maharaja terdiri daripada orang awam.

5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam


pepriksaan awam.

6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting


sistem peemrintahan ini.
PERUNDANGAN
TAMADUN YUNANI
1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.

2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya


Republic.

3. Menurut Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka
cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.
TAMADUN ROM
1. Hukum Kanun 12 :
- dikenali Papan Dua Belas
- disatukan pada tahun 449 SM
- kekal selama 400 tahun
- perundangan Rom yang pertama
- diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat

2. Kod Undang-Undang Rom / Kod Undang-Undang Justinian


- dilahirkan pada tahun 527 M oleh Maharaja Justinian kerana terdapat
terlalu banyak undang-undang dan ada antaranya yang rumit

- terdiri daripada tiga cabang:-


a) Undang-undang Sivil
b) Undang-undang Rakyat
c) Undang-undang Natural (natural law)

- prinsip-prinsipnya:
i) semua manusia sama di sisi undang-undang
ii)seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
iii)keadilan terhadap setiap individu
iv)hukuman berasaskan bukti yang cukup
TAMADUN INDIA
1.Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan
dan keberkesanan pentadbiran.

2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang


dan dianggap kitab undang-undang Hindu yang tertua.

3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja


dikehendaki memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan


undang-undang kerana golongan ini mahir tentang hukum-hakam agama.

5. Zaman Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan


perintah raja.

6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan
supaya undang-undang itu dibaca oleh rakyat.

7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka dan didirikan pada zaman
pemerintahan Asoka.
TAMADUN CHINA
1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman
berat dan bercorak kolektif.
2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.

3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada
zaman Dinasti Chin.

4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat


mengawal tingkah laku manusia.

5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-


undang ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.

6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai


pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat
PERLUASAN KUASA
- Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah
itu akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.

- Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan


pembukaan kawasan baru.

TAMADUN YUNANI
1. Philip II dari Macedonia- menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani.

2. Alexander The Great- meluaskan kawasan takluk Yunani dengan


menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh kawasan Laut
Mediterranean.

3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran antara


kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaantimur yang lain) ke Syracuse di
Itali, Iskandariah dan Antioch.

4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander The Great dan


dengan kemunculan Rom.
TAMADUN ROM
1. Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period
pemerintahan Agustus Caesar.

2. Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada
Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan
pemerintahan diktator.
3. Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera
pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung
dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan
Actium ( 31 S.M ).

4. Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar


yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem
pemerintahan warisan.

5. Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol,


kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika
Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.
TAMADUN INDIA
1. Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh
pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).

2. Kejayaan Chandragupta adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera


yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang
infantri.

3. Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan


kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.
4. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan
India.
5. Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar
Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas
kawasan Kalinga.
6. Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka menekankan dasar
yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan
Maurya.

7. Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama
Buddha.
TAMADUN CHINA
1. Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada
zaman Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

2. Shih Huang Ti telah melaksanakan ;


a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar
China daripada serangan orang gasar

3. Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti


Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar
Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui
pasukan yang besar dan kuat.

4. Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah


Tarim, dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.

5. Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke


Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran
Negeri China.
PENINGKATAN EKONOMI
- Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak
binatang dan menghasilkan barangan untuk perdagangan.

- Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan


kemunculan bandar, kegiatan tersebut membawa kepada penghasilan yang
melebihi keperluan mereka sendiri.

- Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan


perusahaan tempatan seperti barangan tembikar, peralatan memotong
daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.
TAMADUN YUNANI
1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana
keadaan muka bumi bergunung-ganangdan tidak sesuai untuk pertanian.
Kesannya, perdaganganhanya dijalankan di kawasan pesisir pantai seperti
Mesir, Syria dan Phoenecia.

2. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan kerana


kekurangan tanah pertanian. Negara kotatersebut terpaksa mendapatkan
bahan makanan dari luar.

3. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan


Laut Hitam.Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari
timur.
4. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menaikkan harga
barang.Kesannya, ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada Zaman
Graeco-Rom.
TAMADUN INDIA
1. Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian

2. Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan


yang penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan
senjata, gading, emas, berlian dan mutiara.

3. Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara


kerajaan Maurya dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan
Asia Tengah.

4. Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti,


Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan
Cambay di bahagian barat.

5. Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap


bandar untuk tujuan;
a) Mengawal harga
b) Mengawal kualiti barangan
c) Mengawal gaji pekerja

6. Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.

7. Syiling emas(dikenali sebagai Dinara), wang perak serta wang yang terdiri
daripada cangkerang siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya
dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang sistematik.

8. Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan


aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya.

9. Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan


emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.

10. Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan.
Cukai-cukai yang dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para
pentadbir dan raja.
11. Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan
Kepulauan Melayu, China, Rom dan Sri Lanka.
TAMADUN CHINA
1. Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.

2. Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.

3. Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta
sorong dan penyisir tanah.

4. Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.

5. Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.

6. Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal


banjir.

7. Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti


Han dan diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India,
Timur Tengah dan Barat.

8. Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini
bermula di Barat iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan
seterusnya ke China.

9. Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini
merupakan jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan
Barat, iaitu di Rom.

10. Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh
pada sekitar abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah di India.
Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga dengan
kapal dari China dan India.

11. Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan


awal adalah bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman
Dinasti Tang.

12. Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan


perdagangan didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan
yang besar berikutan perkembangan perdagangan.
13. Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan
dalam sistem perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat
pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu.
PENINGAKATAN SOSIAL
- Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara
seperti pendidikan, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan
teknologi.

- Antara perkara yang tersebut pendidikan merupakan asas dan tonggaknya.


Ia membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya
membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.
PENDIDIKAN
TAMADUN YUNANI
1. Di Athens –Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang
pencapaiannya dari sudut rohani. Aktiviti pendidikan,sukan, muzik,
kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis
dititikberatkan di Athens.

2. Di Sparta –Pendidikan bertujuan melahirkan tentera yang sempurna,


gagah dan setia kepada negara kotanya.Latihan fizikal dan kemahiran
menggunakan senjata lebih dipentingkan berbanding dengan pendidikan
mental.

3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus
yang melahirkan sejarawan seperti, Thucydides dan Herodotus, pemikir
sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.

4. Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa


pemerintahan Pericles.
TAMADUN ROM
1. Pendidikan di Rom menitikberatkan ;
a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.

2. Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom.
Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ;
a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
b) Ahli falsafah
c) Sejarawan
TAMADUN INDIA
1. Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik dan
berteraskan agama Hindu adalah untuk manusia menghadap hari selepas
mati.

2. Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa


Sanskrit. Kaedah merupakan bagi mendalami kitab-kitab Veda.

3. Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita


tidak diberi peluang untuk belajar.

4. Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian


apabila berkembang dengan baik pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu
yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.

5. Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti
Taxila dan Universiti Nalanda pada abad kelima masihi.

6. Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus


menghafal pelbagai buku agama khususnya kitab Veda yang mengandungi
pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. Selain itu, mereka
mempelajari karya saintifik dan falsafah.

7. Pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta


huruf serta menjawat jawatan dalam kerajaan.
TAMADUN CHINA
1. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;

Sekolah rendah : Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan


sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
Sekolah menengah : Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi : Memperterjemah buku suci

2. Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam


Peperiksaan Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga
peringkat;
a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah
pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus
pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama
sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik.
b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana.
Diadakan tiga tahun sekali.
c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah.
Diadakan tiga tahun sekali.

3. Pengendalian peperiksaan awam;


a) Diadakan dengan ketat.
b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum
tiba hari peperiksaan.
d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam
bilik kecil dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk
menulis jawapan.

4. Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.


FALSAFAH
TAMADUN YUNANI
1. Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan
yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.

2. Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.

3. Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan


melalui kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan
beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh
dengan meminum racun.

4. Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang


sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.

5. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.

6. Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan
falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik,
etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.

7. Merupakan guru Alexander the Great.

8. Karya utama ialah Republic.

9. Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan


demokrasi.
10. Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of
Persian Wars digelar Bapa Sejarah.

11. Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of


the Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.
TAMADUN ROM
1. Tamadun Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini
banyak mengambil falsafah daripada Yunani.

2. Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan


keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

3. Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib


seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam.
TAMADUN INDIA
1. Antara falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia ialah
falsafah India.

2. Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan


kitab veda dan yang menolaknya.

3. Kitab veda - terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan
Atharva Veda.

4. Falsafah bukan aliran veda - bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan


Buddhisme.
TAMADUN CHINA
1. Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan
manusia lain.

2. Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan


ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu

3. Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.

4. Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana


pengaruh alam sekitar.

5. Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan


nilai baik dan ketertiban masyarakat.
SAINS DAN TEKNOLOGI
TAMADUN YUNANI
1. Dalam tamadun Yunani, terdapat beberapa orang tokoh sains dan
matematik yang terkenal. Contohnya, Hippocrates yang terkenal sebagai
Bapa Perubatan danArchimedes sebagai tokoh matematik dan fizik.

2. Pythagoras (580-500 S.M.)


- Mencipta Teorem Pythogoras. Beliau mempelajari dan menggabungkan
ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon. Beliau juga memulakan gerakan
saintifik yang dikenali sebagai Pythagorean.

3. Archimedes
- Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya berhubung
dengan isi padu air dan graviti.

4. Ptolemy
- Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi Yunani.

5. Hippocrates (460-377 S.M)


- Tokoh perubatan yang diberikan gelaran sebagai Bapa Perubatan. Beliau
merupakan seorang pakar anatomi.Sumpah Hippocrates(Hippocrates Oath)
sering dilafazkan oleh ahli perubatan moden.

6. Ahli matematik di Yunani mewujudkan sistem angka yang dikenali sebagai


angka herodianic dan ionic.

7. Dalam tamadun ini,ilmu pelayaran telah ditingkatkan dengan penciptaan


layar yang lebih kuat dan perahu yang besar.
TAMADUN ROM
1. Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik
dengan muzik, geometri dan astronomi.
TAMADUN INDIA
1. Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan
tentang astronomi dipetik daripada Rig Veda.

2. Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.

3. Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.

4. Ahli matematik India memperkenalkan system nombor, iaitu angka


Brahmin(dibaca dari kiri ke kanan,angka 10 diwakili dengan symbol alfa)
angka Kharosti(digunakan pada zaman pemerintahan Asoka,dikatakan
seakan-akan angka Romawi)

5. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakatnya


dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.
TAMADUN CHINA
1. Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif)
membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan tradisional.

2. Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat
dan perahu yang lebih besar.

3. Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi


alat pengangkutan penting dalam peperangan.

4. Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah


seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa
dan diratakan serta dikeringkan.
SENI BINA
- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran
untuk hasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa
,agama dan rajanya.
TAMADUN YUNANI
1. Acropolis dibina untuk keagamaan.

2. Merupakan pusat pentadbiran di Athens

3. Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta


bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.

4. Parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati


kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.

5. Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan


menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
TAMADUN ROM
1. Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.

2. Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan
dalam pintu gerbang.
3. Teknologinya berasaskan sistem gravity.

4. Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai


teater.
TAMADUN INDIA
1. Stupa Besar di Sanchi adalah untuk tujuan keagamaan

2. Masyarakat India berupaya untuk membina binaan yang sangat baik dan
lengkap,dilihat pada binaan Great Bath.

3. Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.

4. Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan


penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
TAMADUN CHINA
1. Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman
Dinasti Chou.

2. Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.

3. Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata
dan lumpur.

4. kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.

5. Istana yang masih kekal ialah kota larangan.

6. Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
TAMADUN YUNANI
1. Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk
Alexander
The Great.

2. Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku
puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik
iaitu
Illiad dan Odyssey.

TAMADUN ROM
1. Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.
2. Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.

3. Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar


TAMADUN INDIA
1. Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di
Selatan dan Indo –Arya.
- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada
manakala Indo-Aryan ialah Sanskrit.
- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.
- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik
dan jahat.
- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan
isterinya, Sita. Bahasa persuratan tamadun ini ialah Sanskrit.
TAMADUN CHINA
1. Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis,
Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien.

2. Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi –


berkaitan sosial, sejarah, kerajaan dan pemimpin.

3. Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.

4. Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk


menyampaikan mesej kepada rakyat.

5. Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada


huruf vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia
Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.
SISTEM SOSIAL
TAMADUN YUNANI
1. Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
pertama warganegara, kedua bukan warganegara dan ketiga hamba.

2. Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain


tidak.

3. Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah
pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah Helot (golongan
majoriti yang mengusaha tanah)
TAMADUN ROM
1. Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba
TAMADUN INDIA
1. Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya
dan Sudra.

2. Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta
lain dan dilarang bercampur gaul dengan ahli kasta berbeza.
TAMADUN CHINA
1. Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja,
keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat
bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah hamba.

2. Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.

3. Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua


ialah petani yang menjadi tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah
golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang.

4. Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih


baik melalui pendidikan.

SUMBANGAN TAMADUN
1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk
demokrasi.

2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India,


Perancis dan Afrika Selatan.

3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan


yang masih diamalkan hingga ke hari ini.

4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle,


Socrates dan Plato masih jadi rujukan.

5. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok


Besar China, Stupa di Sachi, candid an pagoda merupakan warisan yang
dikagumi dan berharga sbg sumber pelancongan.

6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.


7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan
rujukan sehingga hari ini.

8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang


berkaitan keagamaan dan kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan
Hindu dan Buddha (Sanskrit)

9. Dari segi sosial, wujud sistem pendidikan, falsafah, sains dan teknologi
yang berkaitan matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori
matematik seperti Teorom Pythagoras dan Teori Archimedes.

10. Kelahiran Sukan Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan


di Olympia iaitu pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan
menghormati Tuhan Zeus. Negara terlibat ialah Athens, Sparta, Corinth,
Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan dengan Sukan Olimpik sekarang dari
segi : tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan acara.
KEMUNCULAN AGAMA DAN AJARAN UTAMA DUNIA
1. AGAMA HINDU
- Muncul sejak zaman tamadun Indus

- Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan.

- Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan


(Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva)

- Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam,


Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.

- Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi
dominasi golongan Brahmin.

- Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu


mendapat saingan daripada agama Buddha.

- Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai


kelahiran semula selepas mati bergantung kepada kelakuan semasa hidup.

- Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila
seseorang telah mencapai Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak
akan dilahirkan ke dunia lagi.
- Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai
Moksya (kebebasan mutlak).

2. AGAMA BUDDHA
- Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha.

- Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah


pokok bodhi di kampung Uruveda.

- Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia


daripada kesengsaraan.

- Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan.

- Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi
kerajaan Maurya.

- Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia


Tenggara dan China.

- Agama Buddha menggunakan bahasa Pali.

- Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka ,
Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.

3. AGAMA KRISTIAN
- Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ.

- Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New
Testament.

- Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama


Kristian dipraktikkan oleh masyarakat.

- Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.

- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali


sebagai empayar Kristian.
4. AGAMA ISLAM
- Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos
tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan.
- Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah.

- Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di


madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.

- Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah.

- Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.

- Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-
Sunnah (hadis).

- Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam
5. CONFUCIANISME
- Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu
(Shantung) pada tahun 551 S.M.

- Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau


meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada penduduk
China.
````````
- Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu
bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa
utama dalam masyarakat China.

- Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li)


dan ketaatan (xiao).
6. TAOISME
- Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat
dibandingkan dengan ajaran Confucius.

- Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat
jawatan penting semasa pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar
mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China.

- Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama.

- Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang
perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu bertindak apa-apa (Wu-Wei).
- Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai