Anda di halaman 1dari 1

DOA JAMUAN PENGAWAS

‫الر ِحي ِْم‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ِ‫بِ ْس ِم هللا‬

‫ص َحا َب َه أ َ ْج َم َع ْي َن‬
ْ َ ‫علَى آ َل َه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س َي َدنَا ُم َح هم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ ‫ َوال ه‬, ‫ب ا ْلعَالَ َم ْي َن‬
‫صالَة َُوال ه‬ َ ‫ا َ ْل َح ْم ُد َ هّلِلَ َر‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Di petang yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan
berkumpul di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas ini bersempena dengan Majlis Jamuan
Akhir Tahun Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2017dan bagi
meraikan persaraan saudara kami daripada pengawas-pengawas Tahun 6 SK Pinang
Tunggal.

Kami juga memohon KepadaMu Ya Allah, kami bermohon agar Engkau terimalah
segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah mereka curahkan selama ini. Engkau
berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah kepada mereka
Ya Allah, kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang baktinya
kepada agama bangsa dan Negara.

Kami sedar Ya Allah, bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa
kepadaMu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah, seandainya
sepanjang perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan
tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Di sini juga kami berharap kepadamu, agar Engkau kurniakan kecekalan, ketabahan,
kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih
berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami dengan
baik dan sempurna. Ya Allah kami memohon dariMu kesihatan tubuh badan untuk kami
semua. Tambahkan ilmu pengetahuan dan berikan keberkatan kepada rezeki yang
kami perolehi, dan jadikanlah kami orang yang bertaubat sebelum kami mati.

‫ان َوالَ ت َ ْجعَ ْل فَ ْي قـُلُ ْو َبنَا َغالا َلله َذ ْي َن َءا َمنُ ْوا‬ َ ‫الله ُه هم ا ْغ َف ْرلَنَا ذُنُ ْو َبنَا َو َإل ْخ َوا َننَا اله َذ ْي َن‬
َ ‫س َبقُ ْونَا َب‬
َ ‫اإل ْي َم‬
‫ف َر َح ْي ٌم‬ ٌ ‫َربهنَاإنهكَ َر ُء ْو‬
َ ‫اب النهار‬ َ َ‫عذ‬ َ ‫س َنة ًَو َق َنا‬ َ ‫س َنة ً َوفَي‬
َ ‫األخ َر َة َح‬ َ ‫َربه َنا َءاتَ َنا فَي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْمد َ هُّلِلَ َر‬، ‫سله َم‬
‫ب العَالَ َم ْي َن‬ َ ‫علَى َءا َل َه َو‬
َ ‫ص ْح َب َه َو‬ َ ‫علَى ُم َح هم ٍد َو‬
َ ُ‫صلهى هللا‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai