Anda di halaman 1dari 2

Bahasa kebangsaan

Kes pembuangan bayi


Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada
dari segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020.
Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu
penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala
pembuangan bayi.Kes ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita
ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia
yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang bayi adalah untuk
menyembunyikan perbuatan jahat mereka. Persoalannya, apakah punca yang telah
menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin meningkat?

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan


punca utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang
kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang
kepada masalah ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan
menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab
dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan
agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah
laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak secara
rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat membezakan sama
ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap
menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya
negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama.

Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam


masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-
anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah
mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa
pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak
kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang diberikan terlalu
banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai
gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.

Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya
masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila
mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan
rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak
remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat,
misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan
pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan
melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati
bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan
malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiad penawarnya. Oleh yang demikian,
langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini
daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa.
Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan
anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik
dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka
tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah
yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling
hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak
mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak
kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang
sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak
dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke
lembah penzinaan.

Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah


pembuangan bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat
di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran
untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat
menangani masalah ini. Sebagai contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini,
inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar
melepaskan batuk di tangga. Di samping itu, peranan media massa dan media cetak
amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak
berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan
secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Masyarakat juga harus
menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyat Malaysia.

Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng.


Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kita
tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja sebaliknya
kita hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membenteras masalah
ini persis mutiara kata, “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. Dengan adanya
kerjasama yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, pasti masalah ini akan
dapat ditangani dari akar umbinya sekali gus misi Wawasan Perdana 2057 mampu
direalisasikan mengikut landasan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai