Anda di halaman 1dari 7

INSTITUSI RAJA: KELANGSUNGAN TRADISI PADA ERA MODENISASI

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh, salam


sejahtera dan salam 1Malaysia.
Sekalung apresiasi saya tujukan kepada pimpinan majlis bervisi, kombinasi
kehakiman, delegasi guru berintegriti, proksi rakan intelek muda, serta sidang
dewan yang saya muliakan.

Salam Persidangan dari Laksamana, Jika hujan nantikan sidang,


Konsep raja teras wacana, Jalan Tasek mohon bersidang.
Pintarnya Bendahara Tun Perak, Siam lari
Amukan Tun Sri Hamzah, Pasai musnah
Perjuangan Sultan Mahmud, mangkatnya dijulang
Keperwiraan Laksamana Tun Abdul Jamil, Portugis tewas
Referendum Merdeka Tunku Abdul Rahman, British patuh

Tanpa adanya pengorbanan dan perjuangan insan terdahulu, mana mungkin


kelangsungan tradisi institusi raja dapat kita kekalkan.
Andai maruah perlu dibayar dengan darah, andai jiwa taruhan nyawa mahukah
kita pertahankan kedaulatan institusi raja? Jika ditanya dari hati, ya kalau demi
pertiwi, beta sudi.

Dari Rembang ke Bayuwangi, Pakai Baju Sutera Kerawang,


Jika kembang asalnya wangi, Sampai layu tidak dibuang.
Dari Balairung Seri beta perkenan menjual, Tak mahu beli tidaklah mengapa,
Kelangsungan institusi raja akarnya di mana, keadilan dan keamanan lah
tunjang sejahtera.
Sidang hadirin yang saya kasihi sekalian,
Ayuh kita fahami dan dalami maulud bicara saya yang utama, Institusi Raja,
Kelangsungan Tradisi pada era Modenisasi.
Secara konseptualnya, dapat saya perjelaskan bahawa maulud bicara saya ini
bermaksud kelangsungan tradisi kesultanan melayu dahulu telah menjadi
cerminan dan asas kepada institusi beraja ketika ini.

.
Sidang hadirin yang cinta akan raja,

Bergerak kepada lembayung idea pertama saya, di bawah maulud bicara


kesultanan melayu asas pembentukan institusi raja.

“ Biduk berlalu kiambang bertaut,” sesuatu yang punya asas, pasti sukar
dicanggah.
Ketika merangka formula membentuk kerajaan merdeka, Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra amat menghayati, bahawa sistem pemerintahan
berteraskan Raja terlalu berharga dan terlalu bernilai untuk ditiadakan.
Tanah Melayu yang merdeka telah memilih untuk memeterai sistem
pemerintahan beraja yang kekal segar dengan menjelmakannya dalam bentuk
dan acuan kontemporari dan ini telah membuktikan kebersediaan pemerintah
dalam meneruskan kelangsungan tradisi beraja di Malaysia.
YDPA sebagai Ketua Negara TELAH menjadi lambang kedaulatan dan penerusan
tradisi kesultanan melayu, namun kini tertakluk di bawah undang-undang
berkonotasikan kepada konsep raja berperlembagaan.
Hikayat Sulalatus Salatin pernah menceritakan kolerasi antara raja dan rakyat
yang saling memerlukan bagai aur dengan tebing. Kata Tun Sri Lanang, “Rakyat
itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya. Jikalau tiada akar, nescaya
pohon tidak AKAN dapat berdiri “.
Kesultanan melayu itulah tonggak dan teras pembentukan institusi raja di
Malaysia.
Sudah terang lagi bersuluh, penerusan tradisi institusi raja telah dapat
disesuaikan dengan konsep raja berperlembagaan juga demokrasi berparlimen
bagi membentuk sebuah kerajaan berdaulat.
‘’ Bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah
gubahannya “ Kelangsungan itu wujud apabila asas pembentukan diletakkan
pada tempat yang sepatutnya.
Sidang hadirin pencetus minda kelas pertama,

Bicara kedua saya diteruskan dengan indikator lembayung kata keteguhan


institusi raja, negara kekal sejahtera.

Pada tanggal keramat 1511, jatuhnya empayar kesultanan melayu Melaka,


bermulanya penjajahan Portugis di Nusantara. Melaka yang dulunya masyhur
SEANTERO DUNIA, alam umpama teman, laut umpama rakan, akhirnya
musnah, diterobos penjajah. Kota dibedil, negara dijarah, hasil dicuri, ibarat
retak menanti belah. Saya berasa hiba dan sayu tatkala mengenangkan
keagungan empayar kesultanan melayu Melaka lesap disebabkan kelemahan
institusi raja dan dogma adil yang tidak diadun sepenuhnya dalam tampuk
pemerintahan beraja.
Peristiwa di atas jelas menunjukkan sekiranya institusi raja tidak kukuh, nescaya
akan memberi kesan buruk buat kita semua.
“Ditelan mati emak, diluah mati bapa “ Sudah mangli kita menyaksikan
kejatuhan demi kejatuhan, penggulingan demi penggulingan institusi raja
berlaku di seluruh dunia.
Usah khuatir, tanah yang kita pijak sekarang ini telah berjaya membuktikan
keteguhan institusi rajanya. Institusi raja di Perak bersusun lapis, sekiranya
sultan dibuang British maka raja Muda akan menaiki takhta justeru sistem
automatik ini telah memeningkan pihak British.
Keteguhan institusi beraja di Malaysia telah meletakkan satu penanda aras
kepada kesejahteraan negara yang kita nikmati saat ini.
Kewibawaan institusi raja penting dalam memastikan kelangsungannya melalui
sokongan rakyat berbilang kaum, berlandaskan slogan “Raja dan Rakyat
berpisah tiada “
Institusi Raja Berperlembagaan dalam era moden mampu bertahan dan berdiri
teguh sekiranya institusi tersebut berupaya menyesuaikan sistemnya dengan
peredaran zaman.
Sidang hadirin intelektual minda bestari,
Wahana terakhir saya diteruskan dengan cetusan idea ketiga, pengekalan adat
lambang kedaulatan.

“Biar mati anak, jangan mati adat. “


“Hukum berdiri dengan saksi, Adat Berdiri dengan Tanda “

Begitulah pepatah orang dulu-dulu, betapa mereka sangat mementingkan


budaya dan tradisi sebagai lambang sebuah ketamadunan bangsa.

Adat perpatih, adat temenggung baik Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang


99 Perak, Undang-Undang Tubuh Johor, istiadat keberangkatan dan protokol
istana setiap satunya mempunyai nilai yang tersendiri.
DI Malaysia, adat dan budaya Melayu masih mempengaruhi corak
pemerintahan beraja. Adat istiadat diraja terus dijunjung biarpun melangkaui
peredaran zaman.
Pengekalan ini bukti lambang kebesaran dan kedaulatan institusi raja di negara
ini.
Adat istiadat diraja seharusnya dipelihara supaya menjadi wasilah, tamsilan dan
wadah kearah pengekalan institusi beraja pada era modenisasi.
Raja Melayu ialah / adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara,
kewujudannya menjadi sebahagian identiti negara bangsa.
Jangan kita biarkan insititusi ini diperendahkan ATAU diperkotak-katikkan oleh
sesiapa sahaja, biarlah dikatakan konservatif, adat diraja itulah visi, resolusi dan
gagasan sebuah negara bangsa merdeka.
Sidang hadirin yang saya hormati,

Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan bahawa kita perlu sentiasa cakna dan
meningkatkan jati diri dalam memastikan ketinggian dan kemurnian institusi
raja terpelihara. Malaysia juga bisa berbangga kerana masih tergolong antara
negara yang wujud fungsi rajanya.
Secara kontradiksi, Institusi Raja yang sering dilupakan, seharusnya menjadi
mauduk dan subjek istimewa dalam minda dan jiwa rakyat kerana pada
institusi inilah akan tersematnya kesetiaan dan rasa cinta terhadap negara
justeru memastikan kelangsungan tradisi institusi raja pada era modenisasi.

Sembah patik harap diampun, Daulat Tuanku sejahteralah sentiasa,


Rakyat bersatu, rakyat berhimpun, Jadi dirgahayu negara bangsa.

Bunga raya di atas para, indah mekar cantik nian,


Kalau tersilap tutur bicara, kemaafan jua saya pohonkan.

Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah


Sekian, Pidato SEJATI mengundur diri.

BEST MAN WIN !

FIGHT UNTIL THE LAST REBEL

Anda mungkin juga menyukai