Anda di halaman 1dari 32

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP EDISI 2013

BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH
EDISI 2013

154
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP EDISI 2013

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
EDISI 2013

1.0 PENDAHULUAN
Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau
persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan
akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau
tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam pasukan itu akan
ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau,
lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang
nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai
suara solo.

2.0 PENGENALAN
Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit
Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat
menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa
Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid
sekolah menengah khasnya.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


3.1 Sasaran
Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan
Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari
sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.

3.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan selama DUA BELAS(12) hingga LIMA
BELAS(15) minit.

3.3 Pasukan
Setiap pasukan mestilah berjumlah TIGA PULUH(30) orang
(termasuk SEORANG(1) konduktor). Setiap pasukan mestilah diiringi
oleh TIGA(3) orang guru pengiring.

154
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP EDISI 2013

3.4 Teks/Skrip
3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang
dikarang/reka sendiri dan autentik.
3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu
sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang.
3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur
dalam lima salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum
pertandingan.
3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku
skrip dan isi kandungannya.
3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis,
kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran.
3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk
nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat
persembahan.

3.5 Pakaian
Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah
(pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama
dibenarkan). Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan
putih.

3.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut
hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

3.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan
latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama
ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan.
Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang
persembahan. Rakaman muzik ‘minus one’ sahaja dibenarkan pada
segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang
markah diberi.

3.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan
masing-masing. Susunan yang dbenarkan tidak melebihi tiga baris.
Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti


kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.

154
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP EDISI 2013

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)


Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan
dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah)


Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat
dan sebagainya serta pergerakan setempat.

5.3 Kreativiti (10 markah)


Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang
bermakna serta rakaman muzik ‘minus one’ yang sesuai.

5.4 Kesan bunyi (5 markah)


Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki
dan lain-lain lagi.

5.5 Penghayatan (10 markah)


Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

5.6 Tempo dan ritma (10 markah)


Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara
segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA
RAMAI

5.7 Konduktor (20 markah)


Keselarasan gerak tangan, mimik muka, bahasa badan yang bersopan,
tempo dan kepimpinan.

5.8 Penalti (tolak 10 markah)


Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi
had masa atau kurang LIMA(5) minit dan persembahan yang
keterlaluan.

154
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP EDISI 2013

5.9 Skrip

5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)


Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai
kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa (40 markah)


Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan.
Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan
bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)


Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan
keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas
dan difahami

5.9.4 Watak (10 markah)


Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.
Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

5.9.5 Kreativiti (5 markah)


Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,
menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak
dan sesuai dengan tema.

5.9.6 Markah Bonus (5 markah)


Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat
kesungguhan pasukan.
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.

6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0 HAL-HAL LAIN


Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan
pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat
keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

154
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN


BORANG MARKAH PERSEMBAHAN
Pasukan Ujaran Keseragaman Kreativiti Tempo dan Penghayatan Kesan bunyi Penalti Jumlah Masa
Nombor (30 Persembahan (10 Ritma (10 markah) (5 markah) (-10 Markah Persembahan
markah) (15 markah) markah) (10 markah) markah)
1

10

11

12

13

14

15

16

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan _______________ Tarikh :_______________


175 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN


BORANG MARKAH SKRIP
Pasukan Tema/Mesej Bahasa Cerita Watak Kreativiti (5 Markah Bonus Jumlah Markah
Nombor (10 markah) (40 markah) (30 markah) (10 markah) markah) (5 markah)
1

10

11

12

13

14

15

16

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan __________________ Tarikh :___________


175 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN


CATATAN MASA

PASUKAN MASA DIAMBIL

10

11

12

13

14

15

16
175

NAMA PENJAGA MASA : ____________________ TARIKH :


_____________

TANDATANGAN :________________________

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


RUMUSAN KEPUTUSAN

KEDUDUKAN MASA HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM KEDUDUKAN


1 2 3 4 5 TEMPAT
1

NAMA KETUA HAKIM: _______________________


TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN :


_________

HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN :


_________

175
HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN :
_________

HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN :


_________

TARIKH : ________________

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


KONDUKTOR TERBAIK

Panduan Pemarkahan

Markah Sangat Lemah Sederhana Baik Cemerlang


Penuh Lemah
20 1- 4 5- 8 9- 12 13 - 16 17 - 20

BORANG MARKAH

Nombor Keselarasan Mimik Kawalan Kepimpinan Jumlah


Pasukan Gerak Muka Tempo (5 markah)
Tangan (5 (5 markah)
(5 markah) markah)

175

Nama Hakim : _______________________

Tandatangan : ____________

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BIL SUKATAN PEMBELAJARAN


 Tema cerita
- Isu semasa, persekitaran,
kemasyarakatan, sains, dll

 Unsur bahasa / seni yang digabungkan


- Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur
3.1 Konsep dengan betul, menyampaikan mesej dan
menghafal skrip

- Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni


peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi
(dramatik), seni pergerakan kreatif

 Kerangka cerita / jalan cerita /masa


- Mengingati cerita/jalan cerita

 Kesinambungan / pertautan idea


- Jalinan antara idea mengikut segmen

 Ketepatan dialog / bermakna


3.2 Cerita/Skrip
- Berdasarkan tema, suara solo dan suara
beramai-ramai

 Bahasa (ringkas, padat, bermesej)

 Tema yang jelas

3.3 Melodi  Kesesuaian


- Pelbagai jenis nada dalam penceritaan
dan penyampaian
175
 Suara / suara latar
- Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan
sebutan, suara dalam atau suara luaran

 Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)

 Korus = sekumpulan peserta yang


‘menyanyi’ bersama-sama dalam sesuatu
persembahan
- ditekankan keseragaman persembahan

 ‘ad lib’ (sahut-menyahut) – suara solo


(soloist)
- nada suara yang lantang

 Kepelbagaian irama
- Tempo muzik berentak perlahan atau
cepat 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

- Kata dan frasa yang puitis

 Tempo / jeda
- Berdasarkan ujaran kata atau dialog
serta ekspresi emosi
 Susunan cerita
- Berplot (pengenalan, perkembangan,
klimaks dan kesudahan cerita)

 Kesatuan dan harmoni


- Keseragaman korus, melodi dan irama

 Keseragaman keseluruhan
- Suara ramai, suara solo dan konduktor

 Kreativiti
- Bahasa badan dan bergantung pada
arahan konduktor
Teknik
3.4
Penyampaian  Ekspresi
- Mimik muka terhad kepada ujaran kata
atau frasa
- Sorotan mata dan lirikan mata
- Suara tinggi, rendah dan lantang
- Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi
- Penghayatan watak

 Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan


yang berunsur jenaka yang tidak
keterlaluan)
- Rujuk situasi dalam cerita, dialek,
peniruan bunyi atau suara watak tertentu
3.5 Gerak Kreatif  Kesesuaian gerak 175
- Disiplin bahasa badan (dari paras
pinggang ke kepala)

 Gerak yang bermakna (fungsi)


- Memberi kesan kepada mesej
menggunakan kata dan frasa

 Keseragaman gerak
- Arahan daripada konduktor
menggunakan isyarat tangan dan mimik
muka

 Bentuk-bentuk gerak (formasi)


- Gerakan statik, gerakan memukau,
gerakan bermakna serta kreatif

 Kesinambungan dan keselarasan


175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

- Menyesuaikan lirik

 Peserta
- Suara solo dan suara beramai-ramai

 Muzik
- Muzik latar

 Kesan bunyi
- Terhad dan disesuaikan mengikut situasi
yang diwujudkan

 Alat / props
- CD, DVD, buku rujukan, rakaman video,
dll
3.6 Teknikal
 Pencahayaan
- Lampu sorot dan lampu limpah jika
diadakan di dalam dewan

 Konduktor
- Memahami kerangka cerita
- Mencipta gerak tangan dan mimik muka
mengikut situasi serta segmen
- Mengawal tempo, ‘ad lib’, melodi dan
ujaran frasa
- Berdiri tegak di hadapan kumpulan

175

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA

Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama


- Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak
- Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll

Menyaring isi melalui pemetaan cerita


- Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita, klimaks
dan kesudahan (isi) cerita
- Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)
- Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak
- Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai

Menentukan isi berdasarkan segmen


- Menetapkan tempoh masa penyampaian isi
- Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka
- Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik

Mengedit isi
- Menentukan istilah, kata seru
- Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna
- Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik
- Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak

Menghafal skrip
- Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan cerita/pergerakan
tubuh

175

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

CONTOH PEMETAAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA

TEMA : PERPADUAN RAKYAT MALYSIA

Langkah 1 : Memastikan bahan dan isi yang sesuai daripada tema

2 3
4
1 S2: Memperkasa aktiviti
5 S7: Berpegang pada paksi
muhibbah antara kaum
Perlembagaan dan prinsip
Rukun Negara

S3: Menjadikan Jalur Gem


ilang sebagai lambang
penyatuan rakyat Malaysia
PERPADUAN S6: Menjunjung konsep
RAKYAT gagasan 1Malaysia
MALAYSIA S1

S4: Mengamalkan nilai S5:Mendaulatkan


toleransi dan semangat bahasa kebangsaan iaitu
setiakawan Bahasa Melayu

Langkah 2 : Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)


Pengenalan : S1 (Sub Isi 1-4)) Salam pembukaan Latar
belakang negara Malaysia 1 2 175
3 Teras/Dasar Perpaduan Negara 4 Slogan/Ungkapan perpaduan

Perkembangan Cerita : S2 (Sub Isi 1-5) Memperkasa aktiviti muhibah antara kaum
Tujuan aktiviti muhibah Aktiviti rukun tetangga
1 Aktiviti rumah 2 3
terbuka perayaan kaum 4 Aktiviti sukan /sukaneka 5 Aktiviti gotong-royong

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

Langkah 3 : Menulis ujaran kata, frasa dan ayat beserta watak


SEGMEN 1 SB1. (Memberi hormat dalam bentuk pergerakan kreatif)
SB1 (SUARA RAMAI) Salam 1Malaysia
SB1 (SOLO)Dengar sini semua! (simbol telapak tangan di
belakang cuping telinga )
SB2 (SOLO) Cerita rakyat sebuah negara bernama Malaysia
SB2 (SOLO) Rakyat berbilang kaum
SB2 (SUARA RAMAI) Hidup harmoni ,sengketa dimusyawarah,
musuh disanggah
SB2 (SOLO) Melayu
SB2 (SOLO) Cina
SB2 (SOLO) India
SB2 (SOLO) Lain-lain bangsa.
SB3 (SUARA RAMAI) Toleransi, muafakat, kerjasama, faham-
memahami
SB3 (SOLO) Apa resipinya?
SB4 (SUARA RAMAI) Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat

SEGMEN 2 SB1 (SUARA RAMAI) Nyanyian lagu patriotik “Muhibah”/


Muzik latar lagu patriotik “Muhibah”

SB1 (SUARA RAMAI) Seterusnya ,memperkasa aktiviti muhibah


SB2 (SOLO) Untuk apa?
SB1 (SUARA RAMAI) Masyarakat berpadu, negara maju.
SB1 (SUARA RAMAI) Negara yang maju, aman sentosa,
kemesraan rakyat terjaga. Itulah Muhibah namanya!
SB1 (SOLO) Ha, saya tahu! Muhibah... Muhibah…Muhibah…
Itulah amalan kita semua (memelodikan lirik lagu 175
“Muhibah”)
SB2 (SOLO) Bagaimana caranya?
SB2 (SUARA RAMAI)Keamanan tempat tinggal diawasi
bersama, dengan cara amalan Rukun Tetangga
SB2 (SOLO) Slogannya “Muafakat Membawa Berkat”
SB3 (SUARA RAMAI)Apabila musim perayaan agama, jemputlah
berkunjung ke rumah terbuka tetangga
SB3 (SUARA RAMAI)Ukhuwah dipanjangkan, silaturahim
dirapatkan
SB4 (SOLO)Ada lagi!...
SB4 (SUARA RAMAI) Untuk menjaga kesihatan tubuh, anjurkan
aktiviti sukan
SB5 (SOLO) Ha,Bukan itu sahaja! Sukaneka memeriahkan
suasana, mengeratkan persaudaraan
SB5 (SUARA RAMAI) Detik ini, hubungan antara kaum kita
julang

SB5 (SUARA RAMAI) Bagai aur dengan tebing, kita teruskan 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

tradisi bergotong royong


SB5 (SOLO) Susah payah nenek moyang kita, mencipta rumah
muafakat
SB5 (SUARA RAMAI) Hasilnya… Lihatlah… apa yang
terbentang, kita warisi
SB5 (SOLO) Malaysiaku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

175

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BICARA BERIRAMA


Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)
SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka
masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan
badan.
2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I… I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan
lagu ikut tempo)
10. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising
sekali (irama minus one tanpa muzik)
11. (SRP) Hebatkan!
12. (SRL) Nak tengok ,boleh?
13. (SRP) Boleh.
14. (SRL) Nak pinjam?
15. (SRP) Tak boleh!
16. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!
17. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
18. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2 19. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman
nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai
pedagang menggunakanya. 175
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak
kira tua , muda, di desa atau di kota
24. (SRP) Gunakanlah bahasa kebangsaan kita…Marilah amalkan ramai-ramai…
Bahasalah menyatukan kita semua… Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa (irama lagu
Bahasa Jiwa Bangsa)
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan
27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…

29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada
orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )

30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok
laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu) 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek
tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta.
(lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa
Melayu.
34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni…
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin
kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak
lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
44. (Lagu instrumental Joget Serampang Laut dalam jangka masa 25 saat)
SEGMEN 3 45. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa
46. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
47. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
48. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
49. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup
rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
50. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
(SRP) Luruihlah jalan payakumbuah, Babelok jalan kayu jati, Dima hati den indak
karusoh, Ayam den lapeh ei, ei... Ayam den lapeh
Pagaruyuang batusangka, Tampek bajalan urang baso. Duduok tamanuong tiok
sabanta, Oi takanang juo oi oi, Ayam den lapeh
51. Kat timur pula, ada ore… Kelate. 175
52. Dengar ye. Demo lo ni tak supa mulo, tak beghani hambo nak tegor, demo
kherling ujung mato, nyo maghi angin , sekat demo kayo…
53. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa
Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin
kedaulatan bangsa. Macam lagu ni…

54. (SR)Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang
tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat-menghormati ,
Budi bahasa…budaya kita…a..a…a…a
SEGMEN 4 55. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
56. (SOLO L)Satu, dua, tiga .
57. (SR) Goooooool (gerakan pegang tangan beramai-ramai dan membuat
gelombang)
58. (SOLO) Satu, dua, tiga .
59. (nyanyi ikut irama lagu) Ole..ole…ole Kita menang … kitalah juara. (2x) 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

60. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan
bahasa tanpa rasa curiga
61. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…
62. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan
dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
63. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar
bangsa.
63. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang
cantik itu budi.
64. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
65. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
66. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik
back up drum roll)
67. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
68. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
69. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
70. Lagu 1Malaysia nyayian Faizal Tahirdalam jangka masa 1 minit 32 saat.
(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil
menyanyikan lagu verse ke 2 )
71. (SOLO) 1Bahasa
72. (SOLO) 1Bangsa
73. (SOLO) 1Malaysia
74. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke
4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )

Catatan Petunjuk :
 SOLO – Suara Solo ( 9 orang)
 SR – Suara Ramai
 SRL – Suara Ramai Lelaki
 SRP – Suara Ramai Perempuan
175

SKRIP BICARA BERIRAMA : PENDIDIKAN MENJANA TRANSFORMASI


175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SEGMEN 1 1. (Murid sedang santai dan berbuat bising di dalam kelas)

175

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

2. (SOLO) Kawan-kawan hendak pinjam kerja rumah matematik,


boleh tak? Saya tak datanglah semalam.
3. (SOLO)Eh, cikgu sudah sampai!!! Hisssh… (simbol jari
telunjuk di atas daun bibir mulut)
4. (SOLO) Selamat pagi, kelas.
5. (SR) Selamat pagi, cikgu.
6. (SOLO) Anda semua sudah bersedia?
7. (SOLO) Ya, cikgu
8. (SOLO) Baiklah. Hari ini kita akan belajar sejarah… sejarah
pendidikan negara.
9. (SOLO) Dari dahulu hingga merdeka, banyak dasar telah
digubal. (Murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat)
10. (SOLO) Salah satunya Dasar Pendidikan Negara.
11. (SOLO) Apa laporan yang terdapat di dalamnya?
12. (SOLO) Siapa tahu?
13. (SOLO) Cikgu, saya tahu jawapannya.
14. (SOLO) Apa dia, Yusri.
15. (SOLO) Laporan Barnes.
16. (SOLO) Cikgu, saya.
17. (SOLO) Laporan Fenn Wu.
18. (SOLO) Laporan Razak.
19. (SOLO) Ha, eer… Laporan Rahman Talib
20. (SOLO) Ya, betul, kamu membaca sebelum diajar.
SEGMEN 2 21. (SR) Salam 1Malaysia
22. (SR) Dunia pendidikan negara mengalami pelbagai
transformasi
23. (SR) Dari DPN ke PIPP dan sekarang NKRA
24. Apa itu NKRA?
25. (SR) Bidang Keberhasilan Utama Negara
26. (SRP) NKRA mempunyai 6 dasar
27. (SRL) Ya, segalanya bermula dengan teknologi.
28. (SOLO) Ilmu, maklumat ditransformasi, terhasillah e- 175
pembelajaran (suara robot lelaki)
29. (SOLO) Apa faedahnya?
30. (SRP) Banyak
31. (SOLO) Satu
32. (SRL) Lahirnya rakyat berdaya maju
33. (SRP) Ooooh…
34. (SOLO) Kedua
35. (SRL) Masyarakat berprestasi tinggi
36. (SRP) Uuuuu…
37. (SOLO) Ketiga
38. (SRL) Wujudkan kecemerlangan negara bangsa
39. (SRP) Aaaaa…
40. (SRP) Wah, bagusnya!
41. (SOLO) Tapi… Bagaimana caranya?
42. (SR) Modal insan terbaik bermula daripada pendidikan awal
43. (SR) Belajar sambil bermain
44. (SR) Itulah PERMATA 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

45. (SOLO) Eh, awak emak kita kata, sahsiah diri, jati diri boleh
memupuk apa tu…
46. (SRL) Perpaduan rakyat kita
47. (SOLO) Mari kita rujuk buku
48. (SRP) Dulu ‘a’ bunyinya [ a ]
49. (SRP) Cikgu, betul tak?
50. (SOLO) Ya, tepat sekali
51. (SRP) Sekarang ‘a’ untuk angklung…
52. (SRP) Jom… kita main angklung
53. (SR) Klong, klang, klung,klung,klung…
SEGMEN 3 54. (SRL) Seterusnya, memperkasakan sukan
55. (SRL) Satu Murid Satu Sukan
56. (SOLO) Ek…Eleh
57. (SRL) Nak jadi atlit ke…! (menyindir)
58. (SRP) Tak semestinya…!
59. (SOLO) Siti, tukar baju sekarang!
60. (SOLO) Murid sekarang mesti bijak lagi cergas.
61. (SOLO) Jelas semua
62. (SRL) Huh,huh,huh,huuuh…
63. (SOLO) Hah, itu akibatnya tidak cergas, kalau tidak bersukan!
64. (SR) Gol, gol, gol, gooooool…
65. (SRL) Arumugam
66. (SRP) Tangkas
67. (SRL) Mokhtar Dahari
68. (SRP) Lincah
69. (SRL) Marina Chin
70. (SRP) Pantas
71. (SRP) Kalau boleh, kita mahu, ramai lagi macam mereka
SEGEMEN 4 72. (SR) Selamat Hari Guru
73. (SR) Guru Pembina Negara Bangsa
74. (SRL) Patuhi standard
75. (SRP) Iyaaa, Guruku mendidik tanpa jemu. Lagi-lagi kalau 175
muridnya panjang akal seperti kami…
76. (SRP) Hi,hi,hi,hi…
SEGMEN 5 77. (SOLO) Ayuh, kita semua ke pautan pelayaran Internet
78. (SOLO) Tut, tut, tut… Tut,tut… Tutut,Tutut,tut..
79. (SR) Dunia di hujung jari kita
80. (SRL) Macam-macam ada
81. (SRP) Yahoo, hoo..
82. (SRL) Goggle
83. (SRP) MSN
84. (SRP) Twit,twit,Twitter…
85. (SRL) SKMM
86. (SOLO) Streamyx… pendidikan berjalur lebar berprestasi
tinggi
87. (SOLO) http : www.moe.gov.my
88. (SR) Itulah Dasar Jalur Lebar Negara
SEGMEN 6 89. (SR) Semuanya cukup dan nampak mudah
90. (SR) Itu kelebihan anak kota 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

91. (SRL) Tapi, bagaimana dengan anak desa?


92. (SOLO) Penoreh getah?
93. (SOLO) Bagaimana keluarga miskin?
94. (SOLO) Nelayan pula macam mana?
95. (SRP) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
96. (SOLO) Tanggungjawab siapa?
97. (SOLO) Siapa pula yang mendukungnya?
98. (SOLO) MARA!
99. (SOLO) RISDA!
100. (SOLO) FELDA!
101. (SOLO) Dan YAYASAN PENDIDIKAN
102. (SRL) Sama menyokong, meningkatkan taraf pendidikan
negara
103. (SRP) Barulah kita hidup sama rasa, sama kata…
SEGMEN 7 104. (SR) Hebat, bertenaga dan berkualiti
105. (SR) Kita mampu menjadikan pendidikan bertaraf dunia.
106. (SRP) Bak kata orang-orang tualah, kalau hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih
107. (SR) Mari kita bersama gemblengkan tenaga, jayakan NKRA.
108. (SR) Tiada yang mustahil, semua dirintis
109. (SR) Kerana kita
110. (SR) Satu Malaysia : Transformasi Pendidikan

Catatan Petunjuk :
 SOLO – Suara Solo
 SR – Suara Ramai
 SRP – Suara Ramai Perempuan
 SRL – Suara Ramai Lelaki

175

SKRIP BICARA BERIRAMA


Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka
masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki
175dan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

badan.
2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I… I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan
lagu ikut tempo)
10. (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)
11. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising
sekali (irama minus one tanpa muzik)
12. (SRP) Hebatkan!
13. (SRL) Nak tengok ,boleh?
14. (SRP) Boleh.
15. (SRL) Nak pinjam?
16. (SRP) Tak boleh!
17. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!
18. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman
nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai
pedagang menggunakanya.
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, 175tak
kira tua , muda, di desa atau di kota
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan
27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…
29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada
orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )

30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok
laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek
tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta.
(lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa
Melayu.
34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni…
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin
kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak
lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
SEGMEN 3 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa
45. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup
rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
50. (SRP) Kat timur pula, ada ore… Kelate.
51. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa
Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin
52. kedaulatan bangsa.
SEGMEN 4 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan
bahasa tanpa rasa curiga
55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…
56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan
dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun) 175
57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar
bangsa.
58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang
cantik itu budi.
59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!

60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)


61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik
back up drum roll)
62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat.
(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil
menyanyikan lagu verse ke 2 )
66. (SOLO) 1Bahasa
67. (SOLO) 1Bangsa
68. (SOLO) 1Malaysia
69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke
4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk :
 SOLO – Suara Solo ( 9 orang)
 SR – Suara Ramai
 SRL – Suara Ramai Lelaki
 SRP – Suara Ramai Perempuan

Skrip disediakan oleh :


Abd Razak b. Abd. Malek

175

SKRIP BAHASA BERIRAMA BALQIS


SEGMEN 1 1. Engkaulah ratu, di mahligai permata
2. Istana bagaikan syurga
3. Harta dan takhta telah mengaburi mata
4. Tersesat baginda diterangi cahaya
4. Langsung tidak kau
5. Endah kata bicara, utusan hud-hud yang 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

benar
6. Seruan mengajakmu, taat yang Esa
7. Tinggalkan menyembah tuhan sang suria

8. Balqis, kau bijak dalam menilai


9. Dan membuat pemilihan
10. Di antara yang sementara
11. Dan yang kekal buat selamanya
12. Keindahan dunia yang hanya pinjaman
13. Untuk seketika
14. Atau kebahagiaan hidup di akhirat
15. Yang dijanjikan-Nya.

SEGMEN 2 16. Tidak perlu kau singkapi labuhkan


kainmu
17. Ketika kau melangkah ke istana Nabi
Sulaiman
18. Bukannya air yang kau pijak tetapi kaca
19. Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
20. Hanya sekelip mata, mahligaimu pun
beralih
21. Abid memindahkannya tanpa kau sedari
22. Kebijaksanaan Nabi Sulaiman telah
merubahi
23. Sekeping hati

SEGMEN 3 24. Akhirnya Balqis akur jua


25. Akan kelemahan pada diri
26. Kau kutip ikhtibar dari apa
27. Yang telah engkau lalui
28. Menjadikan kau isteri yang taat
29. Kepada seorang Nabi
30. Pangkat dan jua harta 175
31. Tak menjamin bahagia
32. Cantik dan keayuan wajah
33. Kan pudar akhirnya
34. Kemiskinan di dunia tak bererti
35. Kau terhina,
36. Itu hanyalah di pandangan mata
37. Kemewahan tak bermakna
38. Hidupmu akan sentosa

SKRIP BAHASA BERIRAMA


SELAMATKAN BUMI KITA

SEGMEN 1 1. SELAMAT PAGI TUAN PUAN WARGA DEWAN


2. ( SELAMAT PAGI!!!)

3. TIKA INI , SAAT INI, INGIN KAMI BERKONGSI


SESUATU 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

4. PARA HADIRIN DAN JUGA TETAMU


5. KAMI MENYERU DI SINI
6. SELAMATKANLAH BUMI KITA! DUNIA KITA!
ALAM KITA!

7. LIHAT DAN PANDANGLAH SEKELILING KITA,


8. CANTIK SUNGGUH TAK DAPAT DIKATA
9. AWAN DAN LAUT BERWARNA BIRU
10. POKOK DAN RUMPUT KEHIJAUAN

11. TETAPI.. KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU


12. TAK PERNAH AMBIL PEDULI
13. TENTANG APA YANG KITA LAKUKAN PADA
BUMI INI
14. TENTANG KEMUSNAHAN YANG KITA
LAKUKAN HARI INI

15. ITU PROTES, INI PROTES,


16. JEREBU KITA PROTES, PANAS PUN KITA
PROTES
17. KEMARAU KITA PROTES, HUJAN PUN KITA
PROTES….
18. PELIK..PELIK..PELIK…
19. MANUSIA ZAMAN SEKARANG
20. TAHU BUAT TAK TAHU NAK TANGGUNG.

SEGMEN 2 21. DENGAR SINI, LIHAT SINI..


22. RINTIHAN INI DATANGNYA DARI KAMI
23. BERGELAR ALAM SEMULAJADI
24. BUKA MATA PASANGLAH TELINGA
25. KEMBAR KARAM SINGH WALIA NAK MULA
BICARA,
26. BETULKAN KERUSI DAN JUGA MEJA 175
27. DI HADAPAN PENTAS KAMI DAH SEDIA
28. EHEM…EHEM…

29. DULU…..
30. PEPOHON ITU TEGAP BERDIRI MEGAH
KERANA KEGAGAHANNYA
31. TATKALA DITIUP ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA
32. KINI….
33. POHON-POHON YANG DAHULU KAYA DENGAN
KEHIJAUAN
34. TIDAK SANGGUP MEMBERI KHIDMATNYA
LAGI
35. PEPOHON ITU MULA REBAH DAN TERUS
SUJUD KE BUMI
36. PM DAH KATA JANGAN ADA PEMBALAKKAN
HARAM
37. MEREKA PULA KATA....DUIT CIK... DUIT,,,, 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

38. PEPOHON OOH PEPOHON


39. KENAPA ENGKAU REBAH?
40. MACAM MANA AKU TAK REBAH
41. MANUSIA ZALIM SANGAT!

SEGMEN 3 42. DULU…..


43. UDARA KITA SEDUT SUNGGUH BERSIH…
SUNGGUH SEGAR DAN
44. SUNGGGUHHHHH NYAMAN…….(
MMMMMMM…. NYAMAN….)
45. KINI…..
46. UDARA KITA TELAH TERCEMAR…( UHUK…
UHUK…)
47. ADA VIRUS DAN ADA BAKTERIA
48. PM DAH KATA…… ASAP MOTOR …
49. ASAP KILANG DIKURANGKAN
50. MEREKA PULA KATA....TAK KENA SAMAN PUN
51. UDARA OO UDARA
52. KENAPA ENGKAU KOTOR?
53. MACAM MANA AKU TAK KOTOR
54. HABUK BANYAK SANGAT!
55. IKAN YANG DULU BERENANG KEGIRANGAN
56. KINI LENYAP DISEBABKAN PENCEMARAN
57. SISA……SISA SINI…SISA SANA
58. SISA DOMESTIK, SISA INDUSTRI, SISA
PERTANIAN
59. DAH TAK MUAT SUNGAI KITA LAGI!
60. PM DAH KATA……….. SISA DIPROSES SEMULA

61. MEREKA PULA KATA....AHHH...LECEHLAH


62. IKAN OOO IKAN
63. KENAPA TIDAK TIMBUL?
64. MACAM MANA AKU NAK TIMBUL 175
65. AIR HITAM SANGAT!
64. SAMPAH….. SAMPAH SINI, SAMPAH SANA,
65. CAMPAK SINI, CAMPAK SANA, CAMPAK SITU
66. BUANG SAMPAH MERATA-RATA
67. PARIT TERSUMBAT HARUS WASPADA
68. NYAMUK DAN LALAT ADA DI MANA SAJA
69. PM DAH KATA..
70. JANGAN BUANG MERATA-RATA
71. MEREKA PULA KATA....
72. NANTI.... ORANG TAK ADA KERJA
73. SAMPAH OO SAMPAH
74. KENAPA ENGKAU BANYAK ?
75. MACAM MANA AKU TAK BANYAK
76. MANUSIA PEMALAS SANGAT!
77. LIHAT!!!…FAJAR MULA MENYINSING
78. TETAPI…….
79. MANA CAHAYA?. 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

80. MANA SINARNYA!


81. DI MANA ENGKAU????
82. DAH HILANG…..
83. KAMU KATA HILANG??
84. YA!!!….
85. AWAN BIRU MULA BERTUKAR KEHITAMAN
UNTUK SELAMA-LAMANYA
86. PM DAH KATA… LAPISAN OZON DAH MULA
MENIPIS
87. MEREKA PULA KATA....IA KA ?
88. API!…API!…API!…
89. ( BUNYI SIREN )
90. MANUSIA…MANUSIA…..

SEGMEN 4
91. BEROTAK ADA, BERAKAL TIADA
92. PM DAH KATA.....
93. DILARANG PEMBAKARAN TERBUKA
94. MEREKA PULA KATA....BIAR SAJALAH
95. (BUNYI TANGISAN)
96. WAHAI INSAN ATAU MANUSIA
97. KAU MUSNAHKAN KAMI SABAN HARI
98. FAHAMI KAMI JAUH SEKALI
99. HANYA TAHU MENUNDING JARI.
100. PM DAH KATA.. TANAM SEMULA,
101. MEREKA PULA KATA..
102. APA NAK SUSAH, CABUT SAHAJA.
103. HUTAN RIMBA DAH GANTI HUTAN KONKRIT
104. TEBANG…!…TEBANG…!!…TEBANG…!
105. BAKAR!..BAKAR!…BAKAR!!
106. (BUNYI HAIWAN DAN UNGGAS)
107. KE MANA KAMI HENDAK TUJU?….
108. RUMAH KAMI, TEMPAT TINGGAL 175
KAMI…..HANCUR…MUSNAH….
109. MANA IBU?
110. MANA AYAH?
111. MANA ABANG?
112. MANA SAUDARAKU?
113. MANA TEMAN-TEMANKU?
114. MENANGIS KAMI DALAM SENGSARA…
115. (BUNYI MENANGIS )
116. TIADA TEMAN TIADA SAUDARA….
117. HEI…MANUSIA PENTING DIRI
118. ADA UBI ADA BATAS
119. SUATU HARI TUHAN BALAS
120 (RINTIHAN HARIMAU)
SEGMEN 5
121. KENAPA KAMU DATUK HARIMAU?
122. SEDIH AKU MENGENANGKAN NASIBKU
123. DIBUNUH, DIKEJAR SESUKA HATI, 175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

124. KULITKU DILAPAH MEMANG TAK BERHATI


125. AKU DENDAM SAMPAI KE MATI
126. AEDES
127. ( BUNYI NYAMUK )
128. EII..BANYAKNYA NYAMUK
129. OH..LA…LA…LA
130. BUMI INI…
131. KITA PUNYA!
132. MILIK KITA!
133. HAK KITA!
134. PLANET YANG PALING BERHARGA DAN
TERLALU ISTIMEWA
135. OLEH ITU LINDUNGILAH IA
136. KEPUTUSAN DAN TINDAKAN DI TANGAN KITA
137. SAMA ADA BUMI INI ADA DAN JUGA TIADA.
138. SELAMATKANLAH BUMI KITA!!!

175

175
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA