Anda di halaman 1dari 2

Tarikh : 13 Oktober 2011

Masa : 8.15 pagi – 8.45 pagi

Kelas : 4 Bestari

Bilangan murid : 22 orang

Subjek : Pendidikan Kesihatan

Objektif pengajaran : Di akhir pengajaran, murid memahami langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila gigi kekal tercabut.

Hasil pembelajaran : Murid dapat:

i) Menyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila gigi kekal tercabut.

ii) Mengenalpasti perkara yang perlu dielakkan semasa mengendalikan gigi yang tercabut.

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui bahawa gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal.

Bahan pengajaran dan pembelajaran : ICT


Peringkat Aktiviti Rasional

Permulaan 1. Secara berpasangan, guru meminta setiap murid mengira - Menarik minat murid untuk memberi
( 5 minit) bilangan gigi yang dipunyai oleh pasangan masing-masing. fokus.
2. Guru mengajukan beberapa soalan berkaitan gigi.
- Berapa batangkah gigi yang kamu ada?
- Mengapakah gigi yang kamu miliki tidak mencukupi?

Perkembangan 1. Guru menunjukkan video berkaitan langkah-langkah yang perlu - Memberi pendedahan kepada murid
( 20 minit) dilakukan apabila gigi kekal tercabut. tentang langkah-langkah yang perlu
2. Guru berbincang tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan dilakukan apabila gigi kekal tercabut.
dan perkara yang perlu dielakkan apabila gigi kekal tercabut
- Menjelaskan dengan lebih terperinci
bersama-sama murid. tentang langkah-langkah yang perlu
- Ambil gigi yang tercabut. dilakukan dan dielakkan apabila gigi
- Bersihkan gigi sama ada menggunakan susu segar, cecair kekal tercabut.
saline atau air paip.
- Masukkan gigi ke dalam soket dan pegang. - Memberi kesedaran terhadap
- Jika gagal memasukkan gigi ke dalam soket; letakkan gigi kepentingan menjaga gigi.
diantara pipi dengan gusi atau rendam gigi tersebut di dalam
susu segar, air liur atau cecair saline.
3. Dapatkan rawatan lanjutan di klinik gigi dalam tempoh masa 60
minit.
Penutup 1. Murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada hari - Merumuskan perkara yang telah
( 5 minit) ini. dipelajari.
2. Murid menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’ bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai