Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN BERTUTUR

3.0 KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan
(artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa.
Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan
diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang baik
yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.

3.1 KONSEP BERTUTUR

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan
berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami
dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman
daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan,
persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan
kepada aspek fonologi, struktur,intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti
perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan
betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bertutur Haruslah Membolehkan Murid:

Menyebut dengan jelas

Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi

Menunjukkan arah

Bertemu ramah

Memberikan penerangan dan memberi alasan

Membina soalan untuk mencari maklumat

Bertukar-tukar pendapat dan maklumat

Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat

Bertutur secara bertatasusila

Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-

a)Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan
menghasilkan bahasa.

b)Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di
masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan
sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

c)Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak
itu tidak boleh bertutur dengan baik.

d)Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

e)Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan
lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani
kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih
cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding
dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini

3.3 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya
ialah sebutan, tekanan, mora, jeda,intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan laras bahasa.

i.Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf danbunyi-bunyi setiap huruf,
suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut
sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi,
ejaan dan makna.

ii.Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata
dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

iii.Mora(panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan.
Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam
Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna.Penggunaan unsur ini agak lebih
ketara dalam Bahasa Inggeris danArab.
iv.Jeda(persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. La digunakan untuk memisahkan
elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat
yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna
yang berbeza jika ia digunakan.

v.Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu
dilafazkan. la kadang kala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu
biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik,
menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik
diakhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.

vi.Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan
atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi,
Fa, So,La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.

vii.Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan


kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu.
Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun
lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan
bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

viii.Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik,
kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada
gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix.Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang
kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap
seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

x.Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa
dalam berbagai-bagai konteks,suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-
murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara
berkesan.f)disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).

3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

•PERINGKAT AWAL

a)Melafazkan pengucapan bertatasusila.

b)Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.

c)Menyoal untuk mendapatkan maklumat .


d)Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.

e)Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.

f)Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

g)Memberi arahan.

h)Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.

i)Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

•PERINGKAT PERTENGAHAN

a)Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.

b)Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.

c)Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.

d)Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.

e)Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa


bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.

f)Membaca iklan dan peraturan-peraturan.

g)Memberi ucapan pendek dan mudah.

h)Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.

i)Memberi komen secara mudah.

j)Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

•PERINGKAT MAJU

a)Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan


sebagainya.

b)Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.

c)Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.

d)Bertanya untuk mendapatkan maklumat.

e)Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.

f)Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.


g)Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).

h)Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,perbincangan, seminar dan lain-lain.

i)Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.

j)Mendeklamasi puisi.

k)Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

l)Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

3. 5 Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur

Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria yang
berikut;

a)Bahan yang sedia ada

b)Kesesuaian dengan objektif pengajaran

c)Keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu;

a)Guru, Murid dan Bilik darjah

Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu Proses
pengajaran dan pembelajaran, misalnya;

i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi
menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.
ii. ii.Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan
iii. iii.Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu
digunakan oleh murid apabila bertutur.

b)Objek Sebenar

Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang
berkesan, untuk membolehkan murid;

i.Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air
dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.

i.Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya, pertuturan
sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh
ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual seperti television, video, filem dan
transperansi.
iii.Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah,
kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.

c)Gambar

Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam
pengjaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh
digunakansebagai bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita, berlakon,berpuisi dan
berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklahsesuai dari segisaiz, terang dan jelas.

3.6 AKTIVITI-AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temu-ramah atau temubual dan
lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid
mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan
situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi
dapat dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti
lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.

1. Aktiviti Perbualan

Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan


tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah
guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa
perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceritakan hal dirinya
atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan
berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.
Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: -

1.Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu.
2.Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan
secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh
murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

Contoh:

Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

i) Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan


dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian
tertentu seperti posman, kerani,penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan
lain-lain lagi.

ii. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem,
bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya.
i. iii.Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas:

•Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan,seperti setem, telegram, bungkusan


dan lain-lain.

•Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.

•Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli, penghantar surat,
penghantar bungkusan dan sebagainya.

•Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: -

Minta beli setem.

Bertanyakan harga setem.

Minta borang telegram.

Hendak menyimpan wang.

Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

iv.Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga-harganya
(misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan
pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid.

v.Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.

vi.Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang diperlukan dalam
aktiviti yang akan dijalankan.

vii.Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti itu.

viii.Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.

ix.Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semula apa
yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.

x.Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang apa
yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.

xi.Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan untuk aktiviti
selanjutnya. Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan

tajuk-tajuk seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku dan kedai runcit.

2.Aktiviti Bercerita
Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja di kalangan
kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang dewasa.

OBJEKTIF BERCERITA

a)Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:

Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan
seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya, menjadi angkasawan, gergasi dan haiwan.

b)Membina rasa hati:

Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau mengalami bahaya-
bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam perkembangan
emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan
lain-lain dalam kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka kepada
tema cerita itu.

c)Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:

Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-muriddibangkitkan. Mereka digalakkan
menyoal, mengemukakan pandangan dan memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak
dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya.

d)Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:

Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat,peribahasa, teka-teki dan


sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh diperluaskan.

e)Asas untuk pendidikan agama:

Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik. Melalui cerita-cerita
seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku
dan sikap yang baik akan dapat disemai di kalangan murid-murid.

PRINSIP-PRINSIP BERCERITA

Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi tema atau jalan cerita,
bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian dengan umur, latar belakang dan pengalaman
murid-murid.

a)Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud bahasa perlulah mudah, tepat
dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai kata yang boleh mengelirukan.
Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan.
b)Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada kesudahan. Semasa
menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya, menggunakan gerak
isyarat,pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk, lakonan dan sebagainya.

c)Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan intelek, emosi dan
kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. lni diikuti dengan aktiviti-aktiviti sebagai
gerak kerja

KEMAHIRAN BERCERITA

Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita. Kemahiran-kemahiran ini


boleh dikumpulkan kepada dua komponeniaitu :-

a)Komponen struktur.

b)Komponen penyampaian.

Komponen Struktur

-Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :-

 Permulaan
 Pembentukan
 Penutup

i.PERMULAAN

a)Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-baiknya dapat dikekalkan
sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran. Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui
penggunaan gerak isyarat yang sesuai, pernyataan muka, gambar,perhubungan penglihatan,
media dan sebagainya.

b)Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk membentuk satu perhubungan
yang baik dengan kelas.

ii.PEMBENTUKAN

a)Bahasa yang sesuai :


Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud cerita dapat disampaikan dan
difahami.Penggunaan cakap ajuk di tempat-tempat yang boleh menambahkan kesan dan
menjadikan pendengar-pendengar memberi lebih banyak perhatian kepada cerita hendaklah
selalu diadakan. Perkataan-perkataan dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan dan jika ada
perkara-perkara baru, ia patut digambarkan sarna ada melalui lisan atau dengan cara
menggunakan gambar.

b)Kelancaran pertuturan:
Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin. Kefahaman murid-murid akan lebih baik dan
berkesan.

c)Suara guru:

Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan jika ada perubahan-perubahan
dalam suara guru. Ini ditegaskan dari segi nada, intonasi, ketinggian, kekuatan dan sebagainya.
Ini biasanya berlaku pada tempat-tempat yang sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa
dalam cerita itu.

d)Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:

Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna membantu menerangkan atau
menyampaikan maksud atau kandungan sesebuah cerita. la juga membangkitkan minat dan
memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.

e)Rangsangan yang tepat:

Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan untuk mengarahkan minat dan
perhatian murid kepada cerita keseluruhannya; misalnya, media yang sesuai digunakan,soalan-
soalan boleh dikemukakan, atau cadangan-cadangan dan pendapat murid-murid di mana-mana
yang sesuai boleh diterima dan disesuaikan dengan cerita.

f)Aturan perkembangan cerita:

Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita yang membentuk keseluruhan cerita mesti


dalam susunan'dahulu-kemudian'.

g)Penjelasan tema cerita:

Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-pendengar boleh membincangkan plot cerita,
watak-watak utama dan dapat membuat gambaran mengenai moral cerita tersebut.

h)Penglibatan murid-murid:

Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh terlibat sama secara efektif, kognitif dan kadang-
kadang fizikal. Mereka boleh terlibat secara lisan, atau dengan melakukan sesuatu, atau
memberi pandangan dan pendapat atau sebagainya.

iii.PENUTUP

a)Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif guru.

b)Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk aktiviti boleh mengikut sesi
bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan dalam perbincangan, lakonan, ekspresi, bersoal jawab
dan sebagainya.
Komponen Penyampaian

Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita denganlebih berkesan lagi,
pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru. Di antaranya ialah:

i.Penggunaan bahasa:

a)Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah mustahak. Bahasa juga harus mudah,
elakkan perkataan dan rangkai kata yang kabur. Kata-kata penghubung digunakan untuk
membantu dalam perkembangan cerita.

b)Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan intonasi. Ini mustahak kerana ia boleh
menjadikan cerita lebih hidup,menarik, bermakna dan dramatis.

ii.Keceriaan guru:

a)Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang bermakna dapat membentuk minat


dan kefahaman yang lebih. la dapatmenyampaikan maksud yang sebenar.

b)Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan pencerita bergerak tetapi dia harus
pasti yang pergerakannya mempunyai tujuan dan bersesuaian pula untuk membentuk kesan
yang diperlukan

iii.Penglibatan murid-murid:

a)Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh dipanggil untuk melakonkan
sesuatu babak, situasi atau peristiwa dalam cerita. Pergerakan yang bertujuan itu membantu
dalam pembentukan cerita dan dapat mengurangkan rasa bosan. Secara tidak langsung ia
menambah penglibatan murid-murid.

b)Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap cerita si pencerita. Dengan
maklumat ini, guru dapat menyediakan gerak laju yang sesuai dan mengubah ceritanya di
tempat tertentu.

iv.Penggunaan alat bantuan:

a)Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang dipilih mestilah berkaitan dengan
situasi cerita dan digunakan untukmembangkitkan minat serta memberi kefahaman yang lebih
baik kepada murid-murid.

b)Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong murid-murid meluaskan lagi


kefahaman mereka serta berpeluang menikmati cerita itu sepenuhnya.

v.Peneguhan:
a)Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-manayang perlu. Idea murid-murid,
kata-kata galakan serta komen mereka perlu diberi perhatian dan ini penting dari segi
peneguhan kognitif danefektif.

b)Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan badan, jika digunakan dengan
betul, akan membantu menjadikan cerita lebih jelas, hidup dan bermakna.

vi.Perkembangan cerita:

a)Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa bercerita. lni bergantung kepada bagaimana
ia disampaikan; dengan perkataan lain, ia mengikuti satu corak atau aturan yang sesuai untuk
mengembangkan cerita.

b)Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan dalam cara yang lain. Kata
penghubung yang betul penggunaannya, akan memastikan tidak ada sekatan dalam aliran cerita.

c)Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mendengar secara imaginatif
memikirkan masalah dan isu-isu yang disampaikan.

DASAR PEMILIHAN CERITA

a)Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman,latar belakang, peringkat umur,
kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak.

b)Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak berbelit-belit serta
betul pula tatabahasanya.

c ) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama dari segi
pendidikan akhlak dan budi pekerti.
d)Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita yang boleh dijadikan bahan
lakonan atau kerja bertulis.

e)Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham.

f)Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung mana-mana agama,
kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

g)Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan atau bertentangan dengan
dasar tersebut.

h)Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan yang susah yang hendak digunakan dan
menerangkan juga perkara-perkara yang menjadi latar belakang cerita itu

CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA

i. Guru menerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata yang susah yang hendak
digunakan dan menerangkan juga perkara-perkara yang menjadi latar belakang cerita itu
ii.Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus becerita sambil
rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu mengajar yang lain untuk menguatkan lagi
perhatian dan kefahaman mereka.

iii.Setelah selesai bercerita, guru bolehlah mengemukakan soalan--soalan. Guru bolehlah


rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga boleh menyoal.

iv.Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rne-lakonkannya jika sesuai dengan
masa dan keadaan.

3. Aktiviti Lakonan

Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik malah dapat juga
rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang bersahaja. Jenis lakonan yang boleh
digunakan ialah:-

Lakonan Bisu.

Lakonan Berkait.

Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.

Lakonan Menggunakan Patung.

1.LAKONAN BISU

Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata apa-apa. Dengan
berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh
pelakon itu. Dalam hal ini,murid-murid akan sentiasa berfikir dan memerhatikan dengan teliti
perhubungan pergerakan itu. Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan
sesuatuyang hendak dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan sesuatu kejadian itu.
Lakonan jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan atau melepaskan
emosi yang meluap-Iuap di kalangan mereka. Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan
murid-murid yang akan mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-
murid lain diminta memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka.
Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah :-

I.Pekerjaan rumahtangga:

Membelah kayu, menyapu, membasuh kereta, mengangkat air, menyiram bunga, membasuh
baju, nmembuai adik dan lain-lain.

II.Permainan:

Main gasing, guli, layang-layang, bermain bola, mandi sungai dan lain-lain.

III.Binatang:
Kambing makan rumput, itik berjalan, burung terbang, kambing dikejar oleh anjing dan
sebagainya.

IV.Situasi:

Membeli barang-barang, membeli setem,mengambil air sembahyang dan sebagainya.

2.LAKONAN BERKAIT

Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru menyebut sesuatu perkataan
sambil melakonkannya sekali, misalnyaduduk, tidur, saya buka buku, saya menulis di papan
hitam, saya bersikatdan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat menangkap perkaitan antara
percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya berulang-ulang kali.

3.LAKONAN BERSENI KATA DAN MENGGUNAKAN PERGERAKAN

•Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu :-

i.Lakonan yang tidak bersengaja.

Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau kejadian dengan tidak
memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru memberi nasihat dan cadangan sahaja.
Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan perkataan--perkataan mereka sendiri.

ii. Lakonan yang bersengaja.

Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku cerita. Murid-murid dilatih dan
diberi tugas untuk menjayakannya. Biasanya guru akan menyediakan seni kata untuk mereka.

Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut :-

a.Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada dengan menceritakan
peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi senikatanya.

b.Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa pemilihan dibuat, pastikan
peluang berlakon itu diberi kepada semua. Guru tidak seharusnya bergantung kepada murid-
murid yang pandai sahaja.

c.Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana seharusnya diperbuat oleh setiap
orang pelakon.

d.Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh jalan


ceritanya. Jangan ganggu kanak-kanak semasa berlakon walaupun didapati tidak memuaskan.

e.Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu mereka diminta
melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang kepada kanak-kanak lain berlakon.
f.Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau menyalahkan kanak-kanak
sehingga boleh membunuh semangat dan minat mereka untuk berlakon.

g.Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian yang sesuai supaya lakonan
itu menjadi lebih realistik danberkesan.

4.LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG

Lakonan patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh juga digunakan untuk
menyampaikan pelajaran Bahasa Malaysia disekolah-sekolah. Jenis-jenis patung yang boleh
digunakan ialah

i.Patung kayu

Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian dilekatkan kepada kayu.

ii.Patung sarung tangan:

Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat daripada pelbagai alat dan diberi pakaian.

iii.Patung tali

Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang diikatkan kepadanya.
Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada murid-murid dan melaluinya kanak-kanak
dapat membetulkan kesalahan bahasanya.

4. Aktiviti Perbincangan

Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan
murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Sewaktu berbincang, murid-murid
diberi peranan aktif untuk menyatakan segala pandangan dan pendapat mereka mengenai
sesuatu topik. Sambil itu guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka itu
ke satu prinsip idea yang menyeluruh. Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat
memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan
berfikir dengan jelas, mengutarakan idea-idea bernas dan lojik serta bekerjasama dengan murid-
murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Aktiviti
perbincangan biasanya dapat menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dan dinamik.

5. Aktiviti Syarahan atau Pidato

Aktiviti ini boleh dijalankan apabila murid-murid sudah dapatmenguasai bahasa dengan baik,
boleh bertutur dengan gaya, nada danintonasi yang betul. Tajuk yang dipilih haruslah
bersesuaian dengan minat dan umur murid-murid. Tajuk boleh diberikan beberapa hari sebelum
aktiviti dijalankan tetapi pastikan yang murid-murid tidak membaca teks yang telah
disediakannya.

6. Aktiviti Berpuisi
Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan murid-murid membaca puisidengan gaya, gerak-geri,
nada suara dan intonasi yang betul di sampingmemperkenalkan bentuk-bentuk puisi itu atau
menyuruh murid-muridmenciptanya atau boleh juga memetiknya daripada petikan-petikan
luar.Di antara bentuk-bentuk puisi ialah pantun, syair, gurindam dan seloka,teka-teki dan sajak.

7. Aktiviti Temuramah

Sesi-sesi temubual atau temuramah juga boleh diadakan untuk menambahkan kemahiran lisan.
Pilih dua atau tiga orang murid bagi satu-satu sesi yang mengambil masa lebih kurang lima
hingga enam minit.Tentukan siapa yang berperanan sebagai orang yang menemuduga dan
ditemuduga. Soalan-soalan boleh dikemukakan secara spontan atau disediakan sebelumnya.

2.11 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi,mencadangkan beberapa kaedah


pengajaran kemahiran bertutur bagimemastikan ketepatan penggunaan aspek-aspek bahasa
dalamkemahiran lisan. Mickey mencadangkan aktiviti-aktiviti latihan sepertimeniru dan
menghafal dialog, latih tubi pola ayat, latihan pandang dansebut dan karangan lisan.

Latih Tubi

Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-muridmeniru dan mengulangi
sebutan tersebut secara beramai-ramai, dalamkumpulan besar,kumpulan kecil dan selanjutnya
secara individu.Sekiranya murid menghadapi masalah guru akan menyebut semula danmeminta
murid-murid mengulangi sebutan itu lagi. Latih tubi sebutanmeliputi latih tubi penyebutan ayat,
frasa, perkataan, suku kata, dan danbunyi-bunyi fonem yang diambil daripada bahagian dialog
yang akanditirudan dihafal oleh murid-murid. Latih tubi penyebutan bunyi meliputi lati
tubimenyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkanmasalah sebutan di
kalangan murid-murid. Latih tubi pasangan minimal juga digunakan. Dalam latih tubi ini,
pasangan perkataan yang mempunyaiperbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan
makna digunakan.Contohnya perkataan daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan baludan
lain-lain.

Dialog Dan Nyanyian

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalamlatihan lisan. Bahagian-
bahagian dialog akan dilatih tubi oleh gurusebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan
menghafal dialog. Tekniklatih tubi dialog adalah sama dengan teknik latih tubi pola ayat.
Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaloleh murid-
murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-muridmenguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutanbunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang
tertentu.
Latihan Pandang Dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut
merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakangambar-gambar yang digunakan dalam teks
latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid
sering juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid
dapat menghsailkan pertuturan yang diperlukan oleh guru.

Karangan Lisan

Karangan ini merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkanoleh murid-murid
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bersoal jawab,
latihan penghasilan dan karangan bebas.Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan yang
bedasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang diberi. Dalam latihan ini, murid-
murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dalam
latihan penghasilan pula, murid-murid diberikan petikan untuk dikaji. Kemudian murid-murid
dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka
sendiri.Karangan bebas hanya diberikan pada peringkat tertentu sahaja. Murid-murid
dikehendaki mencari bersama, butiran tentang tajuk tersebutdan mereka dikehendaki berbual
tentang tajuk tersebut.