Anda di halaman 1dari 2

Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid.

Program ini berjalan sepanjang tahun dan pada setiap


ketika murid berada di kawasan sekolah. Setiap murid akan dinilai berdasarkan keperibadian dan
sahsiah yang ditonjolkan oleh setiap daripada mereka serta diberikan markah yang telah
ditetapkan. Murid-murid diagihkan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan akan
dibimbing oleh seorang guru mentor. Guru mentor dilantik dan berperanan memberi arahan dan
taklimat mengenai tema dan sahsiah yang perlu dipraktikkan oleh setiap pelajar. Pelajar akan
dinilai sepanjang tahun berdasarkan sahsiah yang ditonjolkan dalam kawasan sekolah.

Instrumen Pemantauan Program Pendidikan Sahsiah ini dibina adalah untuk menilai
keberkesanannya.

Guru juga mengingatkan pelajar tentang peri pentingnya setiap pelajar untuk berakhlak dengan
akhlak yang terpuji. Beliau seterusnya menyarankan agar pelajar-pelajar mengamalkan Kempen
6S iaitu:

1. Senyum

2. Salam

3. Sapa

4. Sayang

5. Syukur

6. Segak

Program ini dijalankan berdasarkan 3 modul yang dirangka oleh pihak sekolah sendiri. Modul-
modulnya adalah seperti berikut:

A. PROGRAM BERBUDI BAHASA

1. Hormat- menghormati

2. Tolong- menolong

3. Mengenang Budi/Menghargai

4. Laras Bahasa
B. PROGRAM PENAMPILAN DIRI

1. Pemakaian

2. Adab Sopan

3. Kepimpinan

4. Sikap Positif & Proaktif

C. PROGRAM JATI DIRI

1. Berkeyakinan

2. Sabar&Tabah

3. Tetap Pendirian

4. Semangat Juang

Dengan adanya program pendidikan sahsiah ini, pihak sekolah dan ibu bapa berharap bahawa masalah
disiplin dapat dikurangkan dan tinglah laku pelajar yang positif dapat dibangunkan.

Anda mungkin juga menyukai