Anda di halaman 1dari 1

SOALAN 3 (i)

Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004
sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan
pengkongsian maklumat secara online. Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan
aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk
berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”. Antara aplikasi Web 2.0
yang biasa digunakan adalah seperti Facebook, Google docs, Twitter, Scribd, Blogger,
Wiki dan Flickr.

Melalui penggunaan aplikasi tersebut, guru tidak hanya menggalakkan


pelajar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat
membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan
menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam
persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan
pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara
pelajar dan pendidik.

Selain itu, aplikasi Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian
(online) serta mobil melalui telefon pintar ataupun tablet. Oleh itu, guru dapat memantau
perkembangan akademik murid walaupun pada waktu cuti dengan memberikan tugasan
kepada murid secara ‘online’. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi Web 2.0 adalah
menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan pengumpulan
maklumat yang disumbangkan oleh pengguna. Hal ini akan mempelbagaikan sumber
dalam pengajaran bagi mendedahkan kepada murid mengenai ilmu baru dan terkini.

SOALAN 3 (ii)

1.Mengadakan kempen kesedaran tentang jenayah siber dan etika dalam menggunakan ICT.

2. Menghukum murid untuk hasil kerja ciplak.

3. Memantau penggunaan internet dalam kalangan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan etika internet dipatuhi semasa menggunakan internet.

4. Kawalan secara luaran melalui penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan
penggunaan komputer.

Anda mungkin juga menyukai