Anda di halaman 1dari 3

Antara durian dan perangai bermusim - Utama http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-durian-dan-perangai-bermusim-1.

715478

Antara durian dan perangai bermusim - Utama

Fauziah Arof

SEKARANG ini, di sana sini bau durian. Dalam rumah bau durian, dalam kereta dan di
pejabat pun ada bau durian. Bukan setakat itu, dalam media sosial juga, sama ada Facebook
atau Instagram ramai yang memuat naik gambar durian. Kalau tidak buah durian, buah
manggis.

“Hah dah habis ‘up’ gambar durian?” Itu status seorang pemilik akaun Facebook, Abang
Rezal, yang memuat naik gambar dirinya bersantai di atas bukit membuat saya tergelak
membacanya kerana tidak ada kena mengena dengan buah durian.

Memang, melayari media sosial ketika ini, kira-kira 80 peratus memuat naik gambar
durian. Begitulah pengaruh dan kegilaan terhadap durian agaknya. Tenggelamlah sekejap
sembang-sembang politik yang asyik mencari salah di media sosial. Itu yang bagusnya.

Hakikatnya, durian amat digemari oleh kebanyakan orang di negara ini. Bila musim durian,
hujung minggu, jalan raya menuju kampung-kampung dan dusun-dusun jadi sesak. Masa
itulah, ramai yang balik ke kampung, sebab hendak angkut buah durian. Yang jarang-jarang
sekali balik ke kampung pun sanggup menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kalau
tidak, tak nampak batang hidung.

Yang ada kawan-kawan mempunyai dusun durian, masa itulah mereka ini dicari. Sebelum
ini tanya khabar pun tidak. Inikan pula datang bertandang ke rumah. Bila musim durian,
mesra lain macam pula. Buah bermusim, adakah perangai yang baik juga bermusim?

1 of 3 26/7/2018, 1:27 AM
Antara durian dan perangai bermusim - Utama http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-durian-dan-perangai-bermusim-1.715478

Yang saya hendak cerita di sini, bukanlah pasal durian sangat. Saya tidak begitu gemar
buah itu. Bolehlah makan seulas dua. Tetapi saya hendak cakap pasal perangai dan
kesungguhan ikut musim.

Yalah, hari ini nampak sangat bersungguh-sungguh. Bila sudah dapat apa yang diinginkan,
batang hidung pun tak nampak. Macam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 hari itulah.
Hari-hari boleh turun padang, tak panggil pun datang. Tak suruh potong rumput pun, dia
pergi potong. Mana saja orang sakit, dia tahu saja mana rumahnya dan datang menziarahi,
tetapi sekarang ini kita hendak menghadap dia cukup payah pula. Tak kiralah yang menang
atau kalah. Nampaklah main wayangnya.

Dalam memperjuangkan sesuatu isu pun, ikut musim juga. Kalau kemalangan jalan raya
berlaku yang meragut banyak nyawa, banyak pihak termasuk persatuan dan pemimpin
memberikan cadangan itu dan ini. Menyaring pemandu bas atau lori supaya bebas dadah
misalnya, beberapa bulan selepas itu, ada lagi kes pemandu di bawah pengaruh dadah
hilang kawalan, langgar kenderaan lain, ramai nyawa terkorban. Bising-bising lagi macam
sebelumnya kemudian senyap kembali ikut musim.

Usahawan pun ada yang bermusim. Mula-mula bukan main lagi dia menjual sesuatu
produk. Rajin betul dia memuat naik gambar produk-produk jualannya dalam akaun media
sosial. Followers pun jadi ramai. Bila dah ada pelanggan tetap, bisnes tak berapa jalan pula.
Sedangkan, produk itu memang laris di pasaran.

Mulalah bagi alasan pada pelanggan, tiada stok. Walhal, semangat meniaga sudah hilang.
Mungkin sebab rasa lambat hendak jadi kaya. Tak sabar dengan kerenah pelanggan yang
komplen itu ini. Akhirnya, Facebook atau Instagram yang dibuka khusus untuk jualan
online ini jadi sarang labah-labah.

Dalam kerja pun begitu juga. Buatlah apa-apa yang dikatakan penambahbaikan. Orang lain
hendak buat penambahbaikan, kita pun hendak buat. Musim penambahbaikanlah katakan.

2 of 3 26/7/2018, 1:27 AM
Antara durian dan perangai bermusim - Utama http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-durian-dan-perangai-bermusim-1.715478

Masa mula-mula ikut saja semuanya. Bila dah lama, akhirnya semua balik ke asal.

Sama jugalah, masa bulan Ramadan dulu, semua bersungguh-sungguh jaga kelakuan.
Tidak mahu melakukan perkara-perkara yang mengurangkan dan membatalkan puasa.
Amal ibadat pun berlipat ganda daripada sebelumnya.

Rajin membaca al-Quran, rajin melakukan solat-solat sunat dan bersedekah. Tetapi masuk
saja bulan Syawal, semuanya kembali ke asal. Kembali ‘membawang’ dan solat pun ada
yang tinggal kerana lebih utamakan kerja.

Musim durian dan musim rajin tunjuk kesungguhan, memang tak sama. Langsung tak
sama. Sebabnya, durian sedap pada penggemarnya manakala yang hanya teruja dan
bersungguh-sungguh mengikut musim ini selalu beri kita semak kepala.

3 of 3 26/7/2018, 1:27 AM