Anda di halaman 1dari 8

PELAJAR YANG BERWAWASAN

Menjadi seorang pelajar di zaman sekarang pada


hakikatnya jauh lebih mencabar dibandingkan dengan
pelajar di zaman dahulu. Pada zaman awal kemerdekaan
cabaran bagi seorang pelajar adalah cabaran dari sudut
kemudahan untuk mencapai ilmu pengetahuan itu sendiri.
Di masa itu belum ada internet yang berupa gerbang ilmu
pengetahuan bagi yang tahu menilainya. Kemudahan dari
segi buku-buku yang bermutu juga sukar didapati.
Kekurangan guru-guru yang terlatih serta prasarana yang
tidak kondusif juga menjadi kekangan pada masa itu. Ini
ditambah pula sikap sesetengah anggota masyarakat yang
masih memandang rendah pendidikan formal.

Pelajar zaman sekarang sepatutnya bersyukur kerana


segala kemudahan pembelajaran boleh didapati dengan
mudah. Asal saja ada kemahuan, ilmu pengetahuan boleh
dicapai di mana-mana khususnya di internet. Ibu bapa pula
tidak kedekut untuk membelanjakan wang membeli buku-
buku rujukan yang baru asal saja anaknya menunjukkan
minat dan kesungguhan untuk belajar. Tidak cukup dengan
itu, anak-anak dihantar pula ke kelas-kelas tuisyen bagi
mendapat bimbingan guru- guru pakar dan berpengalaman.
Pihak sekolah pula menganjurkan seminar-seminar
menjawab peperiksaan dan kaedah belajar berkesan, suatu
yang tidak dinikmati pada zaman dahulu. Segala
kemudahan tersebut datang bersama pembangunan
negara yang membawa kepada peningkatan taraf hidup
rakyat.

Lalu bagaimana pula dikatakan menjadi pelajar di zaman


sekarang lebih mencabar dari zaman dahulu? Ini kerana di
sebalik kesan positif pembangunan yang hadir pada zaman
sekarang, turut hadir bersamanya gejala-gejala negatif .
Gejala negatif inilah yang akan mengganggu halatuju
seorang pelajar. Justeru segala gangguan tadi akan
melalaikan seorang pelajar dari menjalankan tanggung
jawabnya yang sebenar.

Di zaman ini, pergaulan di antara pelajar menjadi semakin


luas dan mudah. Pelajar biasanya dibelikan telefon bimbit
oleh ibu bapa agar mudah dihubungi atau mungkin juga
dibeli sendiri kerana harganya yang murah sekarang.
Dengan telefon tersebut seseorang pelajar dapat
berhubung sesama mereka atau dengan rakan berlainan
jantina dengan mudah bila-bila masa dan di mana- mana
tanpa mampu lagi dipantau oleh ibu-bapa mereka. Jika
dahulu pelajar lelaki malu-malu untuk memulakan
hubungan dengan seorang pelajar perempuan, sekarang ini
mereka dapat berhubung dengan mudah melalui telefon
bimbit masing-masing tanpa diketahui sesiapa. Jika dulu
mereka malu untuk berbual hal-hal yang ‘terlarang’ namun
sekarang tiada siapa yang mampu melarang. Jika malu
berbual secara langsung boleh dimulakan dengan pesanan
ringkas (sms) dahulu sehingga akhirnya tiada apa lagi nak
dimalukan.

Pelajar lelaki (atau mungkin juga perempuan) dapat pula


berkongsi gambar-gambar lucah sesama mereka dengan
memuat turun gambar-gambar tersebut ke telefon bimbit
dan mengedarkannya sesama rakan-rakan. Lebih
menyedihkan lagi terdapat juga gambar aksi lucah yang
dilakukan sendiri oleh pelajar terbabit atau pasangannya
(seringkali tanpa pengetahuan atau kerelaan pasangan)
yang diedarkan di pasaran gelap sesama mereka. Kes-kes
disiplin yang melibatkan gejala telefon bimbit bukanlah
suatu yang asing lagi di sekolah-sekolah. Perkara-perkara
negatif terutamanya pornografi juga dapat diperolehi
melalui internet dengan mudah disamping perkara positif.
Terdapat juga pelajar yang ketagih untuk ber‘chating’ atau
bermain ‘game’ di pusat-pusat siber kafe selama berjam-
jam sehingga terlupa untuk mengulangkaji pelajaran dan
bersembahyang.

Bagi menghadapi gejala negatif tersebut, para pelajar


mestilah mempunyai perisai yang ampuh yang dapat
melindungi dirinya agar tidak sekali-kali terpengaruh
dengan segala gejala negatif tersebut. Perisai tersebut
adalah wawasan yang jelas tentang tujuan hidupnya
sebagai seorang pelajar. Pelajar pada zaman dahulu
sekalipun hanya belajar di pusat pengajian tradisional
seperti sekolah pondok tetapi diketahui mempunyai
wawasan untuk menjadi ‘tok guru’ atau orang alim agar
dapat mendidik masyarakat di sekelilingnya pula di
samping untuk dirinya sendiri. Wawasan tersebut bertolak
dari nawaitu yang ikhlas kerana Allah.

Ciri-ciri pelajar berwawasan


Seperti contoh pelajar pondok yang diberikan di atas,
pelajar berwawasan mestilah belajar semata- mata kerana
Allah. Allahlah cita-cita setiap makluk. Pelajar tersebut
yakin bahawa jika dia melakukan sesuatu bukan kerana
Allah maka segala usahanya akan sia-sia semata-mata
umpama debu di atas batu yang lama-kelamaan akan
terbang ditiup angin. Maka wawasan pelajar tersebut tidak
terhenti setakat ingin mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan SPM atau PMR semata- mata atau sekadar
untuk menjadi doktor dan sebagainya bahkan perkara
tersebut hanyalah sebagai jalan menuju ke matlamat yang
lebih tinggi iaitu keredhaan Tuhannya.

Walaubagaimanapun, pelajar berwawasan tetap


mempunyai target yang jelas tentang pencapaiannya di
dalam peperiksaan. Pelajar sedemikian akan menetapkan
target yang tertinggi yang ingin dicapainya untuk setiap
matapelajaran. Beliau juga mampu mengenalpasti tahap
kepentingan setiap mata pelajaran sesuai dengan minat
dan cita-cita kerjayanya. Kemampuan meletakkan target
untuk setiap matapelajaran adalah penting lebih-lebih lagi
pada masa sekarang menurut sijil terbuka dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sekarang ini, penilaian
tahap pencapaian pelajar adalah berbeza mengikut
matapelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan
tersebut.

Pelajar berwawasan bukan sekadar meletakkan target


secara semberono sahaja untuk setiap mata pelajaran
seperti contohnya meletakkan semuanya A1 tanpa
menggariskan pelan tindakan yang sesuai untuk mencapai
targetnya itu. Ini kerana dia mesti bertanggungjawab untuk
mencapai target tersebut. Jika dia ingin mencapai A1 untuk
setiap mata pelajaran dia mestilah menggariskan berapa
jamkah seminggu yang ingin diperuntukkan untuk
mempelajari mata pelajaran berkenaan. Apakah sub-topik
yang penting untuk dipelajari yang sering ditanya dalam
peperiksaan? Berapa soalankah sehari yang ingin dicuba
untuk menjawabnya terutamanya bagi mata pelajaran
Matematik? Berapakah karangan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu yang mesti dibuat seminggu? Dengan kata
lain pelajar berwawasan juga adalah pelajar yang bijak
kerana bukan sahaja kuat ‘bekerja’ tetapi juga ‘bekerja’
dengan bijak (work hard and smart).

Pelajar berwawasan juga mestilah jelas tentang cita-citanya


dari sudut kerjaya. Pada masa sekarang jika ditanya
kepada seorang pelajar apakah cita-citanya, ramai pelajar
yang tidak mampu memberikan sebarang jawapan.
Terdapat juga yang memberikan jawapan yang umum
sahaja seperti ingin masuk universiti atau ingin berjaya
dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ramai pula yang
menjawab seperti yang biasa kita dengar iaitu untuk
menjadi doktor, guru, akauntan atau usahawan.
Pernahkah kita mendengar jawapan seperti ini;

“Saya ingin menjadi seorang akauntan bertauliah dan


mempunyai firma perakaunan saya sendiri atau sekurang-
kurangnya saya akan bekerja di sebuah syarikat korporat
atau multinasional terbesar di negara ini.”

“Saya akan menjadi seorang doktor pakar jantung yang


akan melakukan pembedahan bagi
menyelamatkan nyawa ramai manusia.”

“Saya adalah bakal usahawan yang berjaya dimana saya


akan mengungguli bidang penghasilan besi waja bagi
membekalkan besi waja ke seluruh tanah air menggantikan
PERWAJA yang tenat sekarang ini.”

“Saya akan menceburi bidang pertanian di mana saya akan


memelihara beribu ekor kambing berbagai spesis untuk
dieksport ke seluruh dunia. Saya juga akan menyediakan
bekalan daging halal yang diyakini kepada umat Islam di
dalam negara ini. Insyaallah saya akan membeli beribu
hektar tanah untuk tujuan tersebut.”

“Saya akan menjadi seorang saintis di mana saya akan


membuat penyelidikan khusus di bidang farmasi. Saya juga
berminat untuk mencari penawar bagi penyakit AIDS
kerana saya yakin dengan sabda nabi bahawa setiap
penyakit ada ubatnya.”

Demikianlah jawapan yang sepatutnya kita dengar dari


seorang pelajar berwawasan. Jawapan sedemikian bukan
sahaja akan mengagumkan seorang guru yang
mendengarnya bahkan tentunya akan menjadi pendorong
dan memberikan motivasi kepada pelajar itu sendiri untuk
berusaha lebih gigih dan tekun bagi mencapai cita-citanya.

Cita-cita pelajar berwawasan sebenarnya timbul dari


pendedahan yang diperolehinya dari persekitarannya juga
mendapat dorongan dari kedua ibu-bapanya. Pelajar yang
berminat di bidang perubatan sebagai contohnya akan
meminati siri telivisyen seperti House, ER Scrubs dan
Medical investigation. Rencana-rencana yang berkaitan
dengan kesihatan yang selalu disiarkan dalam
sisipan akhbar harian juga akan diminati oleh pelajar ini.
Bagi yang meminati bidang kehakiman pula pastinya akan
meminati siri Law And Order, L.A. Law dan sepertinya. Siri
tv berjudul Numbers pula akan diminati oleh pelajar yang
meminati sabjek matematik dan mungkin menyimpan cita-
cita menjadi pakar matematik di masa akan datang. Bagi
yang ingin menjadi usahawan berjaya akan meminati siri
The Apprentice. Sayang sekali saluran televisyen di Negara
kita tidak banyak menayangkan cerita-cerita berfaedah
seperti di atas atau rencana-rencana yang bermanfaat
dibandingkan dengan cerita-cerita romantik, tahyul,
rancangan hiburan atau siri realiti yang tidak begitu
berguna untuk membangunkan minda masyarakat.
Pelajar berwawasan akan sentiasa mengikuti
perkembangan kerjaya yang diminatinya. Ini termasuklah
mengetahui universiti-universiti sama ada swasta atau
awam yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan
kerjaya tersebut serta syarat minima pencapaian keputusan
peperiksaan yang diperlukan. Dengan itu pelajar tersebut
dapat memberikan penekanan (weightage) yang
sewajarnya terhadap matapelajaran yang berbeza sesuai
dengan syarat minima yang ditetapkan oleh universiti
berkenaan.
Pelajar berwawasan mempunyai cita-cita yang jelas bukan
samar-samar atau sekadar tahu menyebut secara umum
sahaja. Keinginannya untuk mencapai cita-cita tersebut
sentiasa kian membara dalam dirinya. Dia akan sentiasa
terbayangkan dirinya menjadi seperti yang dicita-
citakannya itu. Jika dia bercita-cita menjadi seorang
peguam, dia akan membayangkan dirinya sedang
memberikan hujjah-hujjah mempertahankan anak guamnya
di mahkamah dengan sut hitam serba lengkap seorang
peguam. Dia akan membayangkan dirinya berjaya di
mahkamah menyelamatkan nyawa defendan yang tidak
bersalah. Siri televisyen yang sering dilihatnya akan
membantunya membuat visual yang jelas gambarannya itu.
Pakar-pakar motivasi memang sepakat bahawa teknik
visualisasi tersebut akan meningkatkan peluang kejayaan
seseorang sesuai dengan gambaran yang divisualkannya.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, pelajar berwawasan


mempunyai wawasan yang jauh melangkaui sekadar cita-
cita kerjayanya sahaja. Matlamat akhirnya adalah kerana
Allah dan dia bekerrja untuk Islam. Dia ingin memberikan
sumbangan kepada Islam dalam bidang yang diminatinya.
Jika dia ingin menjadi saintis tujuannya adalah untuk
membela umat Islam yang masih ketinggalan dari segi
sains dan teknologinya. Jika dia ingin menjadi seorang
pereka animasi digital niatnya adalah untuk membuat
cerita-carita sejarah IsIam atau berunsur nasihat. Bagi yang
ingin menjadi jurutera awam niatnya adalah untuk
menghasilkan infrastruktur yang lebih menepati dengan
kehendak Islam (seperti mesra golongan kurang upaya dan
mesra alam sekitar) serta menjadi jurutera yang jujur dan
mengelak dari rasuah.

Akhirnya, Segala ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah


ciri-ciri utama sahaja bagi seorang pelajar berwawasan.
Ciri-ciri lain seperti berdisiplin, menghargai masa dan
sebagainya akan datang dengan sendirinya bila seseorang
pelajar mempunyai wawasan yang jelas terhadap halatuju
hidupnya. Ini kerana wawasan dan cita-cita adalah
umpama magnet yang mempu menarik sifat-sifat positif lain
kepada individu yang mempunyainya. Ibarat kata di mana
ada kemahuan di situ ada jalan, insyaallah pelajar yang
berwawasan akan menncapai kejayaan selagi dia fokus
kepada wawasan dan matlamat yang dicita-citakannya.

Anda mungkin juga menyukai