Anda di halaman 1dari 1

TUJUAN

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan untuk membantu Murid Berkeperluan
Khas (MBK) ialah Kad Token. Tujuan kad token ini digunakan untuk membantu meningkat
motivasi diri MBK agar tidak rasa rendah diri yang melampau sehingga menggangu dirinya
untuk berkembang dengan baik seperti murid-murid normal yang lain. Tambahan lagi kad
token ini juga digunakan untuk memberikan murid semangat agar mengulang-ulang tingkah
laku yang diingini seperti bekerjasama dalam kumpulan, berani bertanya dan menjawab
soalan dan sebagainya.

PENERANGAN SETIAP BAHAGIAN

Kad token ini mempunyai empat halaman yang disediakan. Halaman yang pertama
disediakan untuk MBK meletakkan maklumat dirinya seperti nama, tahun dan gambar agar
MBK tersebut sedar berkaitan kad token tersebut adalah miliknya. Seterusnya pada
halaman yang kedua dan ketiga, merupakan halaman untuk kegunaan bagi melekatkan
token-token yang diperolehi semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Akhir sekali
halaman yang keempat disediakan untuk ibubapa MBK melekatkan gambar-gambar yang
mampu memberikan motivasi kepada MBK untuk terus berusaha dalam bidang pendidikan.

LANGKAH-LANGKAH KEGUNAAN

Kad ini akan dilekatkan sticker yang menjadi token apabila MBK menunjukkan
tingkah laku yang diingini seperti terlibat dalam kerja kumpulan, berani bertanya dan
menjawab soalan kepada guru dan sebagainya. Apabila ruangan yang disediakan dipenuhi
dengan token yang diperolehi dalam tempoh masa tertentu, MBK akan diberikan ganjaran
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) untuk meningkatkan motivasi dirinya.

Anda mungkin juga menyukai