Anda di halaman 1dari 1

Kegagalan persatuan bola sepak negeri mendapatkan dana dan penajaan berpunca daripada

pengurusan pasukan yang kurang cekap.Pihak pengurusan tidak menguruskan persatuannya dengan
baik di samping tidak mempunyai sikap integriti dan amanah. Kerajaan Negeri Selangor dikatakan tidak
akan membantu dan menyokong Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selagi tiada reformasi dilakukan
bagi menggantikan pengurusan sedia ada yang tidak berintegriti. Sebahagian besar pasukan negeri juga
jelas terlalu bergantung kepada dana kerajaan negeri atau penaja utama serta tiada perancangan
memajukan persatuan. Pihak pengurus juga tidak menguruskan wang yang diperuntukkan kepada
Persatuan Bola Sepak dengan baik.Penyelewengan juga dilakukan dengan kuasa yang dimiliki.Presiden
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung tugas untuk beberapa tahun kerana terlibat dengan
kegiatan rasuah berkaitan isu gaji pemain.Pengurusan yang kurang cekap ini menyebabkan pihak penaja
tidak berminat untuk menaja pasukan-pasukan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai