Anda di halaman 1dari 12

SJK(T) LABIS

UJIAN BULANAN MAC 2017


BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
TAHUN 5
( 1 JAM 15 MINIT )

NAMA:
KELAS : TARIKH :

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling tepat.

Bahagian A
(20 Markah)

Soalan 1 hingga Soalan 12


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. En.Zaki seorang majikan yang baik. _____________ sentiasa mengambil berat


akan para pekerjanya.
A Dia
B Beliau
C Anda
D Kamu

2. Tiga ___________ rumah setinggan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
A kawan
B batang
C buah
D biji

3. Lantai yang baru dibasuh oleh Zalida itu ________________.


A kelam
B licin
C kukuh
D berat

4. Shahrul menonton televisyen _______________ menunggu ibu dan ayahnya


pulang.
A walaupun
B sementara
C sehingga
1
D semenjak
5. Kertas kerja yang disiapkan oleh Encik Fauzi itu _________________.
A sempit
B cuai
C kemas
D berat

6. Ibu membeli ________ helai kain sarung dan ___________ pasang selipar.
A lapan …… sebahagian
B berdua …… semua
C ketiga …… setiap
D dua …… se

7. Shanti telah berjaya _______________ pingat emas dalam acara lompat jauh.
A merangkul
B memegang
C menjulang
D mengangkat

8. ”___________ makan mi goreng ini , kawan-kawan,‘ kata Hisyam.


A Minta
B Tolong
C Usah
D Sila

9. Hatinya _________ apabila memikirkan anaknya yang sudah tiga hari tidak
pulang.
A lintang-pukang
B gundah-gulana
C umbang-ambing
D huyung-hayang

10. Zalina dan keluarganya sedang menonton televisyen di ________________.


A dewan makan
B bilik tidur
C ruang tamu
D bilik air

11. Jamilah berasa gembira ________________ memenangi peraduan itu.


A bahawa
B jika
C sambil
D apabila

12. ”Farid dan Amran ______________ sejak pergaduhan itu,‘ kata Amuthan.
A orang rumah
B telingan lintah
C patah hati
2
D bermasam muka

Soalan 13

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang digariskan.

13. Latihan bola jarring telah dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat.
A diputuskan
B dimainkan
C dihentikan
D dimansuhkan

Soalan 14

14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Sarvin melepaskan tali yang dipegangnya itu.
II Setelah seharian di sawah, Pak Ali melepaskan penat di pondok itu.
III Navina dikatakan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua
Pengawas.
IV Datuk melepaskan mata di atas sofa itu.

A I dan II
B I, III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15. A Tidak Janani yang menjahit baju itu.


B Beg tangan itu bukan beg tangan saya.
C Rumah Kamal tidak di Taman Panglima.
D Sekolah itu bukanlah sebesar sekolah saya.

16. I Kuih lapis itu ibu masak.


II Padang sekolah saya bersih.
III Pak Kumar bapa saudara Avinesh.
IV Keluarga Sudin berasal dari Jengka.

A I dan II C I,III dan IV


B I, II dan III D II,III dan IV

Soalan 17 hingga Soalan 20

3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Persatuan Sains,
Sekolah Kebangsaan Batu II,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan

Pengurus,
Kilang Nippon Sdn. Bhd,
31 Jalan 5/3 B,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. 19 FEBRUARI
2017

Tuan,
Kebenaran Mengadakan Lawatan
Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa
persatuan kami ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke
syarikat tuan.

2. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui cara-cara membuat


cat yang dijalankan oleh syarikat tuan.

3. Butir-butir lanjut lawatan kami adalah seperti di bawah:


a) Jumlah murid : 30 Orang
b) Jumlah guru : 2 Orang
c) Tarikh lawatan : 19 Mac 2017
d) Masa lawatan : 10.00 pagi

4. Segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak


tuan akan kami patuhi. Kerjasama daripada tuan, kami ucapkan
terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
K.Kumari
(KUMARI A/P KUMARAN)

17. Siapakah Kumari A/P Kumaran?


A Guru Persatuan Sains
B Pengerusi Persatuan Sains
C Setiausaha Persatuan Sians
D Ketua lawatan sambil belajar

18. Perkataan dimaklumkan sama erti dengan

4
A dibenarkan
B diteruskan
C diberitahu
D dijalankan

19. Mengapakah lawatan tersebut diadakan?


A Untuk mendedahkan cara-cara membuat cat kepada peserta.
B Untuk mendedahkan cara-cara mengecat dengan betul.
C Untuk melatih guru-guru menguruskan murid yang ramai.
D Untuk mengisi masa lapang murid-murid.

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Lawatan itu dianjurkan oleh Persatuan Sains.
B Dua orang guru persatuan akan mengiringi peserta.
C Para peserta akan mematuhi segala peraturan syarikat.
D Pihak kilang telah membenarkan Persatuan Sains mengadakan
lawatan itu.

Bahagian B
(30 Markah)

Soalan 21

5
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
demikian begini
sentiasa
begitu seketika
barangkali
sebentar mungkin kerap kali

a) ”Kalau ________________ cara kamu, baik kamu berhenti kerja,‘ kata ibu kepada
Tanisha.

b) Oleh yang ___________________, kerja sekolah harus disiapkan dengan segera.

c) Syamil berhenti ______________________ di kedai makan kerana dia ingin


memesan makanan.

d) Kita harus _____________________ menjaga kebersihan supaya berada dalam


keadaan yang selesa.

(4
Markah)

Soalan 22

a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat Tanya:
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Jawapan :
Zailani yang menanam pokok manga itu.
(2 Markah)

b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


6
……………………………………………

Baiklah ibu, Amin


akan mandi
sekarang.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(2
Markah)

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(2
Markah)

7
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Orang Jepun dan Eksimo ialah penduduk dunia yang paling banyak makan
ikan. Malah orang Jepun terkenal kerana makanan ikan mentah, iaitu ’sushi’.
Mereka juga antara masyarakat yang paling kurang mengalami penyakit jantung
atau tekanan darah tinggi. Keadaan ini telah menarik minat para pengkaji untuk
melihat hubungan antara ikan dengan kesihatan.

Kandungan zat pada ikan berbeza-beza mengikut jenis ikan. Secara purata
15 hingga 20 peratus daripada ikan ialah protein berkualiti tinggi. Struktur protein
ini sama dengan daging lain tetapi lebih ringkas. Kandungan lemaknya berbeza
mengikut jenis ikan. Ikan kaya dengan asid lemak politaktepu. Ikan juga
mempunyai asid lemak yang istimewa, iaitu asid lemak omega-3 atau asid
Eikosapentanoik yang boleh membantu menurunkan paras lemak dalam darah
dan mencegah penggumpalan darah.

Jumlah vitamin pula bergantung kepada jumlah lemak. Ikan yang berlemak
mengandungi lebih banyak vitamin dan D. Semua ikan ialah sumber vitamin B,
terutamanya tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12. Telur ikan kaya
dengan vitamin tiamin dan riboflavin. Ikan juga menyumbang zat-zat galian
seperti magnesium, fosforus, zat besi dan kuprum. Kandungan zat besi pada ikan
rendah dibandingkan daging. Ikan air masin adalah sumber zat iodin. Kekurangan
iodin dalam diet boleh menyebabkan beguk, iaitu kelenjar tiroid yang
membengkak.

Ikan dijual sebagai ikan segar, dibekukan, ditinkan, ikan salai dan ikan
masin. Ikan segar ialah pilihan terbaik. Ikan segar mempunyai mata yang cerah
bersinar, bersih dan membonjol. Insangnya merah cerah, dagingnya pejal dan
tiada kotoran di bahagian luar. Ikan segar tidak berbau. Bau hanyir menandakan
ikan telah mengalami kerosakan.

Elok juga kita kurangkan penggunaan ikan masin dan ikan salai kerana
kandungan garamnya yang tinggi.

a) Orang yang tidak suka makan ikan dikatakan


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(1
Markah)

b) Mengapakan kita perlu mengurangkan pengambilan ikan masin?


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
8
(2
Markah)

c) Padankan penyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Orang Jepun sukan makan


’Sushi’

Kandungan zat besi pada ikan


BETUL
tinggi berbanding daging.

Ikan salai mempunyai SALAH


kandungan garam yang
rendah.

Struktur protein dalam ikan


lebih ringkas berbanding
daging.

(3 Markah)

9
Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas (SKPN) muncul juara olahraga Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Pontian, selepas mengenepikan juara
tahun lalu, SK Pekan Manggis dengan lebih tujuh emas.

SKPN mengumpul 153 mata (18emas, 10perak, 2gangsa), manakala SK


Pekan Manggis 118 mata (11emas, 11perak, 12gangsa), ketiga SK Besut 89.5
mata (8emas, 5perak, 11gangsa).

Sebanyak 14 sekolah rendah di Pontian menyertai kejohanan kali ke-46


itu. Antaranya SKPN, SK Pekan Manggis, SK Besut, SK TPG, SK Parit, SK Teknik
Pontian, SK Kayu Ara, SK Sri Kukup, SK Batu 37, SK Batu 19, SJK(T) Batu 28,
SJK(C) Batu 37, SK Pandan, SJK(C) Pei Chun, SJK(T) TPG dan SJK(C) Pei Ming.

Sebanyak 1200 peserta berkampung di padang SKPN selama empat hari


dengan 14 rekod baharu Berjaya diperbaharu sepanjang kejohanan itu.

Bagi kategori sekolah menengah pula, sebanyak empat zon menyertai


sukan itu dengan Zon Bandar menjadi juara apabila mendapat 100 mata
(11emas, 12perak, 6gangsa). Tempat kedua disandang Zon Pekan Nanas 93.5
(8emas, 10perak, 9gangsa) dan ketiga Zon Benut 89 (10emas, 6perak, 2
gangsa).

a) Berapa buah sekolahkah yang menyertai kejohanan itu?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(1
Markah)

b) Perkataan mengenepikan dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


_______________________________________________________________________________
(2
Markah)

c) Bagaimanakah juara kejohanan itu ditentukan?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
10
(2
Markah)

d) Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
(2
Markah)

Soalan 25

Baca catatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.
7.00 pagi : Bertolak dari sekolah dengan bas ke Teluk Kemang,
Port Dickson. Sebanyak 60 orang ahli Persatuan Sains dan
Matematik berserta dengan enam orang guru pengiring
menyertai program pada kali ini.

8.45 pagi : Berhimpun di tapak perkhemahan. Menyanyikan


Lagu Kebangsaan, lagu Negeri Selangor, dan lagu sekolah
’Pertiwiku’ dengan penuh bersemangat. Guru
membahagikan kerja mengikut kumpulan yang telah
dibentuk lebih awal.

9.15 pagi : Mendirikan khemah kumpulan dan dua khemah guru


selepas undian tapak khemah diadakan. Setiap ahli bekerja
dalam suasana gembira.

10.15 pagi : Pertandingan memancing ikan dijalankan. Pasukan


Biru memenangi pertandingan, manakala Pasukan Ungu
tidak mendapat apa-apa hasil pancingan.

11.45 pagi : Pertandingan mencari kepah. Pasukan Kelabu, Merah


dan Hijau masing-masing mendapat tempat pertama, kedua
dan ketiga. Kepah-kepah itu dikumpulkan untuk dibawa
balik ke sekolah.

12.45 petang : Rehat

2.00 petang : Cuaca agak cerah. Pertandingan membina istana


pasir diadakan.

11
a) Perkataan membahagikan boleh digantikan dengan
_______________________________________________________________________________

(1
Markah)

b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah.

Lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Selangor dinyanyikan di


sekolah.

Sebanyak lapan khemah didirikan dalam program itu.

Pasukan Ungu tidak mendapat seekor ikan pun.

(3
Markah)

c) Pada pendapat kamu, apakah program yang diadakan itu?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

(3
Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

12