Anda di halaman 1dari 4

Majlis Ceramah Keselamatan dari Pegawai BOMBA

Pembuka Bicara

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
.‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
.‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program guru penyayang


tahun 2013
Bertudung biru si anak dara,
Teruna melihat hati membara,
Pantun Melayu penglipur lara,
Dibuat orang pembuka bicara.

Protokol
1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md
Shazilli,
2. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berhimpun pada petang ini bagi sesi taklimat/ ceramah keselamatan daripada
pegawai bomba

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran penceramah


jemputan yang telah sudi meluangkan sedikit masa bagi menjayakan program
pada kali ini.

Mari pergi ke Bukit Cina


Untuk mencari si rama-rama
Hadir tuan meriah suasana
Datang duduk bersama-sama.

Semoga dengan kesudian semua pihak untuk berhimpun di dalam program ini
akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita sedia ada untuk
merealisasikan impian kita dalam mempunyai kesedaran tentang keselamatan
yang terbaik …… InsyaAllah
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Bacaan Doa

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz
Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa…… dipersilakan.

……………………………………………….Bacaan Doa………………………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Kata Alu-aluan MC

at sekelian,

Diantara tujuan utama program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya ini di
adakan adalah untuk:

1. Membasmi tempat-tempat berpotensi tinggi sebagai tempat pembiakan nyamuk

2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat

Selain itu, melalui program ini juga semua warga SMT DSMZ yang terdiri daripada
para guru, staf sokongan sekolah dan pelajar akan bekerjasama membanteras
pembiakan nyamuk berbahaya ini sekaligus menjauhkan diri daripada jangkitan
demam denggi dan chikungunya. Buat pengetahuan hadirin, selepas kita
mendengar ceramah daripada penceramah jemputan kita
____________________________ , kita akan mengadakan sesi gotong-royong perdana ,
dimana kita semua akan dibahagiakan kepada 11 kawasan utama yang setiap
satu nya akan diselia oleh seorang guru sebagai ketua .

Pergi mendaki Gunung Daik


Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Tanpa melengahkan masa lagi, kita terus kepada agenda yang pertama pada
pagi ini iaitu ceramah tentangprogram hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya.

Biodata….
Sebelum itu, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah
jemputan kita ini. ….

Majlis mempersilakan ______________________________________ untuk menyampaikan


ceramahnya tentangprogram hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya, Majlis
dengan segala hormatnya di persilakan.

Demikianlah tadi ceramah yang bertajuk program hidup sihat tanpa aedes dan
chikungunya yang telah disampaikan oleh ___________________________________
Semoga segala yang disampaikan tadi dapat dijadikan panduan dalam kita
membanteras pembiakan nyamuk aedes bagi mengelakkan jangkitan demam
denggi dan demam chikungunya.

Cenderahati

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata


sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang
telah sudi menjayakan program program hidup sihat tanpa aedes dan
chikungunya pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan En Abd
Aziz B Abu Guru Penolong Kanan HEM merangkap pengerusi program untuk
mengiringi yang berusaha tuan pengetua yang di kasihi Pn hjh semah bt mohd noh
untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________________________


untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengetua yang telah
sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Hadirin hadirat sekelian,


Seterusnya kita beralih kepada aktiviti berikutnya iaitu gotong royong
perdana, sebelum itu, dipersilakan En Md Amin B Hj Dahlan selaku penyelaras
program untuk
Memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan aktiviti gotong royong
ini, dipersilakan……

Demikian lah tadi taklimat serba ringkas yang telah diberikan oleh penyelaras
program, Untuk pengetahuan hadirin sebaik sahaja aktiviti gotong-royong yang
bakal berlangsung selama satu jam ini di laksanakan,

Para hadirin akan berhenti dan rehat dan selama setengah jam. Sesi P&P akan
disambung seperti biasa bermula jam 10.30 pagi.

Para tetamu kehormat dan penceramah jemputan pula, dijemput menikmati


jamuan ringan yang telah di sediakan sebaik sahaja habis aktiviti gotong royong
perdana itu nanti.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,


BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI

Anda mungkin juga menyukai