Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 6

Tarikh SELASA, 17 JUN 2018


Masa 9.00 – 10.00 PAGI
Kelas 6 AL FARABI
Aspek Kemahiran Membaca
Tema KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Tajuk Selamat Dalam Perjalanan
Standard Kandungan 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat
dariapada pelbagai bahan untuk memberikan respons dengan betul.
Standard Pembelajaran 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat
untuk membuat ulasan dengan betul.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;


a) Membaca poster Langkah-langkah Keselamatan Pejalan Kaki
untuk membuat ulasan.
( Guru Sebagai Perancang)
Kriteria Kejayaan 1. Murid membaca dan dapat menyenaraikan sekurang-
kurangnya 3 daripada 5 langkah-langkah keselamatan pejalan
kaki dengan betul.
2. Murid membaca dan menyenaraikan 3 isi tersurat dan 3 isi
tersirat untuk membuat ulasan .
3. Murid menulis 1 ulasan lengkap berdasarkan isi tersurat dan
isi tersirat dengan betul.
Aktiviti Set Induksi (5 minit)
1. Murid menonton tayangan video tentang Lima langkah
melintas dengan selamat. (Alamat URL:
https://www.youtube.com/watch?v=hDzck360OKc )

2. Murid bersoal jawab tentang video tersebut.


i. Siapakah yang hendak melintas jalan?
ii. Berapakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
sebelum kita melintas jalan ?
iii. Apakah yang perlu dilakukan sebelum melintas jalan?
iv. Bilakah waktu yang sesuai untuk melintas jalan?
v. Pada pendapat kamu apakah yang akan berlaku sekiranya kita
tidak mengamalkan lima langkah melintas dengan selamat?
vi. Bagaimanakah cara untuk membantu orang kurang upaya
melintas jalan dengan selamat?
Langkah 1 (10 minit)

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan


diedarkan sekeping poster bertajuk Langkah-langkah
Keselamatan Pejalan Kaki. ( Lampiran 1)
2. Murid membaca maklumat yang terdapat dalam poster.
3. Dengan menggunakan kaedah 5W 1H murid dalam kumpulan
berbincang untuk membina satu soalan untuk dijual kepada
kumpulan lain.
(Guru Sebagai Pendorong)

Langkah 2 (25 minit)

i. Setiap kumpulan diedarkan jadual pengurusan grafik (BAM


PKJR halaman 7) (Lampiran 2)
ii. Dalam kumpulan kecil, murid berbincang untuk
menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi tersirat dan 3 isi
tersurat berkaitan langkah-langkah dan rasional.
iii. Selepas jadual pengurusan grafik dilengkapkan, wakil setiap
kumpulan akan bergerak ke kumpulan lain untuk menyemak
jawapan daripada kumpulan lain dalam keadaan yang
terkawal. (stay and stray). (Guru Sebagai Pengawal)
iv. Wakil setiap kumpulan akan memaklumkan maklumat yang
diperoleh daripada kumpulan lain.
v. Guru membentangkan jawapan kepada murid untuk setiap
kumpulan mengedit jawapan masing-masing. (Guru Sebagai
Penilai)
vi. Murid membuat penambahbaikkan pada jawapan kumpulan
masing-masing.
(Pembelajaran Koperatif)

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid dikehendaki menyalin maklumat yang telah diperoleh


melalui aktiviti berkumpulan dalam buku tulis.
2. Murid menulis ulasan tentang Langkah-langkah Keselamatan
Pejalan Kaki dengan lengkap dan betul. (10 minit)
3. Rakan kumpulan lain menyemak hasil penulisan ulasan
dengan menggunakan borang penilaian ulasan (lampiran 3).

Penutup (5 minit)

1. Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan


menerapkan nilai murni berdasarkan tajuk.
EMK Ilmu: PKJR (HP: 2.2.6)(Aktiviti 5, halaman 7)
Nilai: Menghargai nyawa.

BBM Poster, video, BAM

Penilaian Menulis ulasan berdasarkan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat daripada
bahan yang dibaca.

Lisan (guru kepada murid)–soal jawab tentang video


Lisan (murid kepada murid)- aktiviti kumpulan
Bertulis – menulis ulasan berdasarkan jadual.
Refleksi Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid
yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi
akan datang.

PdP ditunda kerana……………………………………………………………………


POSTER LAMPIRAN 1
BORANG PENGURUSAN GRAFIK LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3

BORANG PENILAIAN ULASAN

KUMPULAN YANG DINILAI : ……………………….

KUMPULAN PENILAI :………………………………….

Bil Aspek Kriteria Markah


Lemah Baik Cemerlang
1 3 isi tersurat
/15 markah
2 3 isi tersirat

3 Bahasa

Anda mungkin juga menyukai