Anda di halaman 1dari 13

ANJAKAN MINDA PEMIMPIN ABAD KE-21

8 CARA BERFIKIR YANG PERLU DIUBAH

Susunan;
MOHSIN BIN IBRAHIM
Pegawai SIP+ PPD Batu Pahat

ANJAKAN MINDA PEMIMPIN PENDIDIKAN

Pemimpin pendidikan terutama di sekolah seperti Pengetua dan Guru Besar di


zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift)
untuk kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin.

Sekurang-kurangnya 8 aspek yang berkaitan dengan cara berfikir perlu diubah


selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di luar bidang
pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja yang tahu dan
betul, orang lain tidak tahu, sentiasa salah dan mesti mengikut kehendaknya telah
berlalu dan tidak relevan lagi.

Berikut disarankan 8 perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh
pemimpin pendidikan abad ke-21.

1. Daripada Berfokus Masalah Kepada Berfokus Penyelesaian

Sebagai pemimpin sememangnya kita sering menghadapi banyak masalah dan


cabaran. Sikap yang diserlahkan seorang pemimpin melalui cara berfikir dan
bertindak apabila menghadapi masalah berbeza-beza mengikut dan sekaligus
menggambarkan kekuatan daya kepimpinannya. Pemimpin yang lemah apabila
menghadapi masalah dan cabaran, fikiran dan tindakannya berlegar sekitar mencari
apa dan siapa yang menjadi punca masalah, mengapa masalah timbul dan
menyesali keadaan atau tindakan orang lain yang menyebabkan masalah timbul
tanpa cuba memahami isu sebenar dan cara mengatasi atau menyelesaikan
masalah.

Pemimpin yang berjaya dan berkesan seringkali tidak menganggap isu atau
masalah yang dihadapi sebagai masalah, sebaliknya sebagai peluang baginya
belajar menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berbeza dari kebiasaan.
Pemimpin seperti ini tumpuan pemikiran dan tindakannya adalah mencari jalan
penyelesaian sama ada secara individu atau jemaah bersama rakan dalam
organisasi pimpinannya. Dia akan mencari peluang mempengaruhi sesiapa sahaja
yang dipimpinnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Pelbagai cara
digunakan yang matlamatnya ialah menyelesaikan masalah tanpa bising
menyalahkan orang lain yang didakwa menyebabkan masalah tersebut.

2. Daripada Menetapan Matlamat Kepada Orang Lain Kepada Menjajarkan


Matlamat Bersama
Sememangnya setiap pemimpin perlu ada maltamat (goal) untuk diri dan
organisasinya. Dia perlu tahu ke mana hala tuju kehidupan dan pekerjaannya dan
organisasi yang dipimpinnya. Namun untuk mencapai matlamat diri dan organisasi,
dia tidak sepatutnya menyuruh (dictate) orang lain berbuat sesuatu mengikut
kehendaknya semata-mata tanpa memikirkan kesukaran atau masalah yang
dihadapi orang yang disuruh.

Ada kalanya matlamat organisasi telah ditetapkan dengan perancangan yang baik
oleh pemimpin sebelumnya atau pihak atasan yang lebih tinggi daripadanya. Tidak
perlu sebenarnya untuk dia menetapkan matlamat organisasi yang baru melainkan
dia hanya perlu membuat penjajaran (alignment) kepada pelaksanaan perancangan
untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama anggota dalam organisasi.

Dalam merancang matlamat organisasi, pemimpin abad ke-21 tidak membuatnya


secara bersendirian atau sentiasa mengikut kehendaknya semata-mata. Pandangan
dan buah fikiran orang ramai termasuk pakar dalam bidang berkenaan perlu diambil
kira. Apabila percanggahan atau perbezaan pendapat berlaku, penjajaran dalam
bentuk kata sepakat perlu diperoleh.

3. Daripada Memberi Nasihat Kepada Menimbulkan Kesedaran

Pemimpin alaf baru tidak menganggap dirinya serba tahu sehingga dia mendakwa
hanya layak memberi nasihat dan tidak layak untuk menerima nasihat apatah lagi
tunjuk ajar. Sebanyak mana kita belajar, seluas mana pengalaman kita dan sejauh
mana kita telah lalui liku-liku hidup pasti ada lagi perkara yang tidak kita ketahui.
Kadang-kadang kita menyangka kita tahu dan mengambil tindakan yang betul
tentang sesuatu perkara namun kerap kali sangkaan kita meleset kerana apa yang
kita ketahui selalunya terbatas kepada konteks, masa, maklumat dan situasi tertentu
sahaja.

Oleh itu, untuk mengajak dan mempengaruhi orang lain mencapai matlamat
organisasi yang kita pimpin, lebih baik kita menimbulkan kesedaran mereka tentang
pentingnya kita memikir, merancang dan mengambil tindakan yang strategik secara
bersama untuk proses pembetulan dan penambahbaikan kepada dasar dan strategi
sedia ada. Banyak cara boleh diteroka untuk menimbulkan kesedaran warga
organisasi yang bukan dalam bentuk nasihat. Antaranya, coaching dan mentoring,
pembelajaran dan pembangunan (learning and development) dan pembangunan
profesional berterusan (continuous professional development atau CPD). Kesemua
kaedah tersebut boleh mendatangkan kesedaran kendiri warga organisasi tanpa
perlu terlalu memberi nasihat berulang-ulang yang boleh membosankan.

4. Daripada Tahu Semua Hal Kepada Rasa Ingin Tahu

Sebagai ketua, perbanyakkan menyoal daripada menjawab. Soalan atau permintaan


juga boleh dijawab atau direspons dengan soalan. Sebagai contoh, soalan
permintaan “Tuan, bolehkah saya bercuti esok?” boleh dijawab “Mengapa anda
hendak bercuti?”. Banyak lagi contoh soalan yang boleh dijawab dengan soalan.

Menjawab soalan dengan jawapan atau memberi jawapan atau penyelesaian


kepada permasalahan menggambarkan orang yang yang disoal atau dikemukakan
masalah atau diminta pendapat, tahu semua hal. Seperti yang saya katakan
sebelum ini, zaman seseorang mendakwa serba tahu telah berakhir. Satu perkara
kita tahu, puluhan perkara malahan mungkin ribuan lagi yang kita tidak tahu
walaupun dalam perkara yang sama.

Oleh itu, sebagai pemimpin mahupun pengikut adalah lebih baik kita timbulkan rasa
ingin tahu dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan tentang sesuatu
walaupun mungkin kita telah tahu konsekuennya. Peribahasa ‘dont leave the stone
unturn’ sangat baik diamal sebelum membuat keputusan.

5. Daripada Mengarah Dan Mendesak Kepada Mempengaruhi

Pemimpin yang hanya pandai mengarah, mengerah, memerah dan memarah akan
berakhir dengan pengikut mengatakan ‘porah’ kepadanya. Gambaran ini sesuai bagi
seorang yang pemimpin yang mengarah dan mendesak dalam gaya kepimpinannya.
Pemimpin sedemikian, terutama di sekolah dikuatiri boleh menjejaskan
keberkesanan sekokah yang sekaligus kemenjadian murid kerana guru dan staf
yang boleh bertindak negatif ekoran tindakan yang pasti tidak disukai.

Pemimpin sekolah sedemikian seringkali dikaitkan dengan pemimpin yang lemah,


kurang berhemah dan seperti tidak pernah mengikuti latihan kepimpinan dan
pengurusan pendidikan sebelum atau sepanjang perkhidmatannya. Pemimpin yang
pernah mengikuti kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan seperti
National Professional Qualification for Educational Leadership (NPQEL)atau lain-lain
kursus anjuran Institut Aminudin Baki (IAB) pasti tahu bahawa definisi memimpin
ialah usaha mempengaruhi orang lain dalam lingkungan kepimpinannya untuk
mencapai matlamat organisasi.

Maksud mempengaruhi ialah mengajak, memujuk, memupuk dan menanamkan rasa


suka untuk bekerja bersamanya bagi mencapai hasrat atau visi organisasi dengan
bahasa dan kaedah yang baik. Selain mempengaruhi, memimpin juga membawa
konotasi membuat perubahan (change) dari kurang baik kepada lebih baik. Dalam
pendidikan, Dato’ Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pedidikan Malaysia
menyarankan bahawa istilah memimpin itu sendiri bermaksud mendidik atau
sebaliknya mendidik itu adalah memimpin. Hal ini bermaksud mendidik ialah proses
mempengaruhi orang lain iaitu murid dan orang-orang di sekitarnya untuk mencapai
objektif pembelajaran supaya perubahan berlaku kepada diri murid itu, sekolah dan
sistem pendidikan negara.

6. Daripada Mengkritik atau Menghukum Kepada Menghargai atau Memuji

Kritikan dan hukuman oleh pemimpin ke atas pengikut tidak dinafikan boleh
membawa kebaikan kepada organisasi. Namun apabila selalu digunakan oleh
pemimpin kepada pengikutnya boleh menyebabkan pengikut demotivated. Kritikan
selalunya digunakan pemimpin ke atas pengikut yang rendah mutu kerja dan
hasilnya. Hukuman pula ialah natijah yang diterima pengikut apabila kerja dan hasil
kerjanya tidak mencapai jangkaan ketua atau organisasi. Kritikan juga merupakan
hukuman. Malahan kadang-kadang hukuman berbentuk kritikan lebih berat
kesannya daripada bentuk yang lain.

Oleh kerana kritikan dan hukuman selalu dikaitkan dengan kesan yang negatif,
ramai yang tidak suka sama ada orang yang menerima kritikan dan hukuman atau
orang lain di sekelilingnya atau pakar pengkaji bidang pengurusan dan kepimpinan
pendidikan. Mereka lebih cenderung untuk menerima penghargaan, pengiktirafan
atau pujian. Sememangnya, tiada siapa yang gemar kepada kelemahan,
kekurangan dan kesilapan. Namun selain melakukan kesilapan, seseorang itu pasti
banyak juga melakukan kebaikan kepada organisasi. Adalah lebih baik kita
perbanyakkan menghargai, mengiktiraf dan memuji kerja atau hasil kerja seseorang
terutama orang bawahan kita apabila membuat kerja dengan baik daripada
mengkritik atau menghukum kesilapan kecil yang selalunya tidak disengaja.

Orang yang sering dihargai dan dipuji akan besar jiwanya. Sebaliknya orang yang
sering dikritik dan dihukum kecil jiwa dan harga dirinya. Orang yang besar jiwa dan
harga dirinya juga akan menghasilkan mutu kerja yang tinggi dan besar keuntungan
yang diperoleh organisasi. Oleh itu sebarkan penghargaan dan pujian. Kesilapan
kecil lupakan dan maafkan sahaja

7. Daripada Mengurus Kepada Mengupaya

Mengurus ialah proses mengekalkan (maintain) kecekapan dan keberkesanan


organisasi. Untuk mengekal kecekapan dan keberkesanan organisasi ketua perlu
aktif merancang, mengorganisasi, mengawal dan memimpin kumpulannya dengan
pelbagai cara dan gaya pengurusan. Selalunya pihak yang menerima kesan
daripada gaya dan cara pengurusan seseorang ketua ialah pengikut. Ketua yang
mengurus selalunya aktif sedangkan pengikut pasif menerima arahan ketua tanpa
atau kurang diberi pengupayaan (empowerment).

Kepimpinan abad ke-21 adalah kepimpinan yang mengutamakan pengupayaan


daipada pengurusan. Pemimpin yang mengupayakan pengikutnya adalah pemimpin
yang memberi kepercayaan untuk membuat perubahan tanpa perlu terlalu disuruh
dan diawasi. Dia cukup memberi garis panduan dan motivasi kepada pengikut untuk
bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat organisasi.

8. Daripada Menyediakan Penyelesaian Kepada Meneroka Kemungkinan

Walaupun pemimpin abad ke-21 memberi tumpuan atau fokus kepada penyelesaian
masalah, namun dia tidak cenderung untuk menawarkan apatah lagi menyediakan
jawapan atau penyelesaian kepada masalah. Sebaliknya dia lebih cenderung untuk
meneroka kemungkinan untuk mencari jalan bagi bukan sahaja mengatasi atau
menyelesaikan masalah malahan mendapat keuntungan yang lebih besar.

Pemimpin seperti ini selalu dikaitkan dengan pemimpin yang kreatif dan inovatif
serta berani mencuba dan mengambil risiko. Mereka selalunya berfikiran terbuka
dan berlapang dada terhadap sesuatu yang baharu. Berbekalkan pengetahuan,
kemahiran, nilai dan pengalaman serta bantuan tenaga muda, yang lebih kreatif,
kritis dan inovatif, pemimpin seperti ini mampu membawa perubahan besar kepada
organisasi.

Kuasa Yang Berunsurkan Kebolehan Yang Perlu Ada Kepada Pemimpin Abad
Ke-21

1. Mentaliti
 Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum
bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan
ilmu dan pengalaman.
 Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan
masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
 Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu
orang lain datang kepadanya minta bertindak.
 Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-
masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

 Kesediaan memberi dan menerima pendapat.


 Sikap positif dan terbuka.
 Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
 Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

 Mempunyai disiplin diri yang unggul.


 Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan,
kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai
seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan
lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara
yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan
yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya.

Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

 Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
 Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang
bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka
barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
 Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah
laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa
yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia
hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima
sebagai baik:

 Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa
yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus
dipelajari dari latihan dan pengalaman.
 Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada
sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
 Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan
menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang
bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
 Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-
orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang
mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar
dengan orang-orang bawahannya.
 Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila
masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan
keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan
hal-hal tugas di mana juga dia berada.
 Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang
malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh
diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini.
Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
 Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang
bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya
pandai mengeluarkan arahan saja.
 Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan
pengalaman mengenai tugas dan manusia.
 Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja
orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
 Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat
mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak
dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa
bersikap positif.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa


kesimpulan dapat dibuat. Di antaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang
yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-
cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan
motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian
matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada
kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang


disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan
adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak
formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

Sekian.

Dipetik Daripada Ucapan Yang Berbahagia Dato’ Dr Amin Senin,


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Bahan dari Internet.

http://azmanss.blogspot.my/2014/11/anjakan-minda-pemimpin-abad-ke-21.html
Kepimpinan Berkesan dalam Kalangan Pengetua di
Sekolah Adalah Penentu Pendidikan Abad ke 21
M. Khata Jabor, Zaipah Binti Ismail Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia 81300 Skudai, Johor, Malaysia
Tel: +60-7-553-2620 E-mail: mkhata@utm.my

Abstrak

Kepimpinan pengetua yang berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh ubah


kepada kejayaan sekolah. Pengetua memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin
yang mempunyai wawasan yang jelas tentang organisasi dan kakitangannya. Pencapaian
kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada pengurusan yang baik dan
kepimpinan yang strategik. Pengetua perlu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk
menjadi pemimpin yang berkesan, berpengalaman dan proaktif di pelbagai peringkat.

Pengetua perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan mendatang, lebih berprestij
dan berkaliber untuk membentuk pendidikan abad ke 21. Penekanan kepada nilai-nilai murni
dan ketuhanan adalah penekanan yang memang sewajarnya sebab nilai-nilai murnilah yang
menjadikan seseorang itu pemimpin yang berkesan dengan kedinamikan dan kekreatifan-
nya dalam menghadapi masalah-masalah, mencapai matlamat-matlamat dan juga membuat
pilihan-pilihan yang diperlukan dalam menghadapi apa-apa halangan. Kepimpinan yang
berkesan, dinamik dan berwawasan berupaya mewujudkan para pendidik yang mempunyai
komitmen yang tinggi untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti abad ke 21. Dengan ini
akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mempunyai
akhlak yang mulia. Kata kunci: Kepimpinan Berkesan, Pendidikan Abad ke 21.

1. Pengenalan

Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi


orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Organisasi yang
berjaya dapat dibezakan dengan organisasi yang tidak berjaya bergantung kepada gaya
kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan
yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd.
Karim 1989). Atan Long dalam kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang
mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua
yang berkesan. Menurut Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin Pengarah UNISEL Shah Alam,
Kepemimpinan unik seorang pemimpin yang baik merangkumi kebolehan memberikan hala
tuju yang jelas, menggalakkan organisasi supaya cenderung kepada pendidikan, memacu
organisasi supaya lebih berkesan dan berkeperibadian yang menyokong usaha
percambahan ilmu. Beliau menjelaskan, faktor kritikal yang menentukan pencapaian
cemerlang organisasi adalah pengurusan yang baik dan kepemimpinan strategik. Pemimpin
yang dinamik, berpengalaman dan proaktif dapat mengatasi masalah perbezaan antara
kakitangan dengan bijak menerusi perbincangan yang telus dan ada permuafakatan, sekali
gus mencari kaedah dan pendekatan kerjasama yang jelas serta kukuh. Husin (1993) dalam
buku, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, membezakan keberkesanan sekolah ialah
kepimpinan pengetua. Kepimpinan pengetua yang dinamik dan bersungguh merupakan
pemboleh ubah kepada kejayaan sekolah.

Pengetua berkesan ialah pengetua yang memainkan peranan sebagai pemimpin


yang berwawasan jelas tentang organisasinya dan kakitangannya. Menurutnya ada empat
peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan perubahan sikap
kakitangan:

1. Mempunyai kemahiran teknikal


2. Pemimpin berperanan sebagai jurutera manusia
3. Pemimpin simbolik
4. Pemimpin budaya Cabaran

Pendidikan masa kini dan masa hadapan memerlukan pemimpin sekolah peka dan
sensitif terhadap perubahan yang mendatang, justeru barisan pemimpin perlu lebih
berprestij dan berkaliber. Pengetua perlu menilai semula prestasi masa sekarang dan
menyusun tindakan supaya lebih dinamik serta melaksanakan perubahan berani
bersesuaian dengan cabaran semasa bagi persediaan pendidikan abad ke 21.

2. Objektif Kajian

Sebab utama kertas kerja ini adalah untuk menentukan bagaimana kepimpinan
berkesan boleh digunakan dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Sementara itu, objektif
kajian ini adalah untuk;

1. mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan berkesan penentu pendidikan abad ke 21.


2. Mengenal pasti isu dan cabaran kepimpinan berkesan di sekolah sebagai penentu
pendidikan abad ke 21.
3. Kaedah Kajian literatur yang berkaitan telah digunakan untuk mengumpul data bagi artikel
ini. Artikel yang bersesuaian dicari melalui jurnal seperti google, dan yahoo
(http://www.google.com.my; dan http:www yahoo.com. Selain itu membuat rujukan tesis di
perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) laman web di www.utm.my / spz.
Maklumat juga dicari melalui buku teks, artikel jurnal, prosiding persidangan, kertas
perbincangan, laporan dan dokumen yang telah dibaca dan dianalisis untuk menghasilkan
jurnal ini.
4. Kepimpinan Berkesan Menurut Stogdill (1958), kepimpinan ialah proses mempengaruhi
aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian
matlamat organisasi. Terry (1960) mendefinisikan kepimpinan sebagai “aktiviti
mempengaruhi orang supaya berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat
kumpulan. Dalam sebuah sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkah laku pengetua
dan juga sejenis pengaruh. Oleh sebab kepimpinan pengetua adalah bergantung pada
kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah, maka ia disifatkan sebagai kepimpinan
formal. a. Ciri-ciri kepimpinan berkesan Kepimpinan berkesan menurut Hj. Dahari Hj Derani
ialah:  Komited terhadap kerja dan pengikut  Mempunyai pengaruh  Berupaya memujuk
 Mampu membimbing  Sebagai insan contoh  Mencipta nilai baik yang tiada sebelum
ini  Menyahut perubahan  Menumpu kepada misi organisasi dan masa akan datang 
Menjaga rahsia Menurut Haji Dahari juga kepimpinan yang efektif ialah suatu proses untuk
menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan
mendorong tindakan.

Pemimpin yang efektif adalah :

1. Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan


jangka panjang kelompok yang terlibat
2. Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
3. Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan
atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu.
4. Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu
untuk melaksanakan strategi b.

Kepimpinan berkesan menerajui perubahan Menurut Jaafar (1992), terdapat garis-


garis panduan yang boleh digunakan untuk menjadi pemimpin berkesan dan membawa
perubahan kepada organisasi dan kakitangannya:-
1. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif,
berinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Pemimpin perlu
membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri.
2. Mengetahui dan mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan. Memahami gaya
tersendiri untuk mengekalkan keadaan fleksibel supaya dapat menyesuaikan dengan
pelbagai situasi yang berkenaan.
3. Mempercayai perkara yang baik tentang orang lain. Pemimpin yang berkesan, personel
yang bijak, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan.
4. Memenuhi keperluan kakitangan. Pemimpin berkeupayaan mendorong,meyakinkan
kakitangan untuk berusaha mencapai matlamat organisasi.
5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Pemimpin berkesan membentuk matlamat untuk
dijadikan panduan staf, menguatkuasakan peraturan yang terancang dan rapi untuk
melaksanakan tugas.
6. Bertindak sebagai pemimpin. Bertindak seperti yang dijangka dan yang diinginkan oleh
pengikut agar sanjungan setaraf dengan pemimpin.

5. Pendidikan Abad ke 21
a. Definisi Abad ke 21

Abad ke 21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory,
Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001
sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya,
penggunaan umum menganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099
dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan
umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari
segi amalan, masalah ini telah pun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang
meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai
bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010- an" dan
sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox",
abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi. Razali Ismail
(2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT)
yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan
terkini dalam open sky technology membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat.
Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan
teknologi komunikasi yang canggih dan pantas.

b. Isu Dan Cabaran

Dalam keghairahan dunia abad ke 21 menikmati kemajuan sektor teknologi maklumat dan
komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai
isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya
isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan
sahaja tidak mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai
isu kemanusiaan sejagat. Cabaran pendidikan masa kini sangat memerlukan kepimpinan
pengetua berubah mengikut peredaran dan cabaran pendidikan alaf baharu. Sebagai
negara yang sedang berkembang pesat untuk mencapai Wawasan 2020 kepimpinan
sekolah memerlukan perubahan dan anjakan paradigma yang dapat merintis ke arah alaf
baru dalam segala aspek. “Sememangnya tugas ini amat berat, saya memerlukan pasukan
benar-benar komited, amanah, jujur dan sanggup bekerja keras untuk memastikan segala
perancangan kita dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, dan tidak mengulangi
kesilapan masa lalu.” YB Dato Sri Hisamudin Tun Husin On Perutusan Tahun Baru 2006
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Hal.30)

c. Pendidikan Bertaraf Dunia

Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen kepimpinan Malaysia Ke Arah


Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad
Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004. Beliau
menyatakan”Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda
kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai
hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik.
Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru,maju dan berdaya
saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di
dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara.
Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan.
(Mohd Najib , 1997). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan
bertaraf dunia.

d. Ledakan Globalisasi menimbulkan masalah sosial pelajar Pendidikan abad ke 21 lakarkan


cabaran yang menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat
telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutama para remaja
bahkan seluruh masyarakat. Kemudahan internet disalahgunakan. Fenomena ini berlaku di
kalangan pelajar yang belum matang semakin menular dan membimbangkan. Inilah isu dan
cabaran kepada pemimpin dan guru di sekolah dan tugas pendidikan di era IT ini untuk
dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jika tidak, gejala ini akan semakin teruk
dan berleluasa. Akhirnya anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa
hadapan akan rosak dan merosakkan orang lain dan nama buruk negara.

6. Kepimpinan Melalui Pengurusan

Strategik Kepimpinan yang berkesan melalui pengurusan yang strategik perlu diamalkan
oleh pemimpin sekolah bagi memastikan organisasi sekolah bersaing dengan dunia
mencabar ini. Untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa perubahan kepimpinan
berkesan, pengurusan berwawasan serta mempunyai hala tuju yang jelas menjadi teras
kepada kejayaan (Edaris Abbu Bakri, 2005). Merujuk kepada Razali Mat Zain (1989),
kepimpinan sekolah perlu:

1. Memiliki ciri kepimpinan yang berupaya menetapkan matlamat, mengarah serta


menyelaras dan mentadbir untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Memberi kepuasan kakitangan dan menghasilkan prestasi kerja cemerlang

3. Yakin dengan kepimpinan.

7. Kepimpinan Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.
Kepimpinan sekolah hendaklah berpaksikan kepada konsep ketuhanan. Paksi ketuhanan
dalam sistem pendidikan adalah wajar kerana paksi tersebut adalah amat kukuh dan boleh
menjamin pembentukan pendidikan seimbang. Paksi ketuhanan dapat menghasilkan pelajar
yang mempunyai pegangan agama yang kuat dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji.
Kepimpinan sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama
kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas
masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk
nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti
kebangsaan boleh dicapai. Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
pelaksanaannya adalah tanggungjawab bersama di antara pihak Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Namun begitu
pelaksanaannya adalah di sekolah. Langkah peningkatan keberkesanan dan
profesionalisme pengurusan dan pentadbiran pendidikan perlu diberi perhatian yang
sepatutnya.

8. Kesimpulan

Kemajuan dan perubahan organisasi bergantung pada individu dalam organisasi,


menggunakan kemudahan yang kondusif, tanpa pembaziran tenaga dan sumber. Bagi
mencapai pendidikan abad ke 21, pemimpin sekolah perlulah dinamik, mempunyai
kepimpinan berkesan, berkualiti dan cemerlang serta perubahan yang berlaku dirancang,
dilaksanakan dan dipantau secara sistematik supaya menjadi institusi penghasilan generasi
cemerlang, terbilang, gemilang dan berakhlak mulia.

Rujukan

Al. Ramaiah (2009). Kepimpinan Pendidikan. Puchong: IBS Buku Sdn. Bhd.

Husin Mahmood, (1993). Kepimpinan Berkesan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Jaafar Muhammad (1988). Asas Pengurusan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Jurnal Akademik IPGM Kampus Kota Bharu Bil. 1/2009.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-


2010. Puterajaya: Perpustakaan Negara Malaysia.

Khairina Yasin (2009). Kepemimpinan dinamik. Berita Harian 8-September-2009.

Razali Mat Zan (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication
and Distributors Sdn. Bhd. Sumber :

Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (1992).Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala
Lumpur: Arena Ilmu Sdn Bhd.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, (1993).Wawasan pendidikan Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

http://marangdtp.blogspot.my/2015/10/kepimpinan-berkesan-dalam-kalangan.html