Anda di halaman 1dari 7

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan

DEFINISI
Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud
mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

PRINSIP PENCEGAHAN

1) Prinsip latihan

 Penambahan beban senaman secara beransur-ansur


 Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi
terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
 Intensiti
 Motivasi
 Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif
 Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
 Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot
dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihan


Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :

 memulihkan kecederaan
 meningkatkan perkembangan
 meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging,
melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar
kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatan


Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6) Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan
aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut.
Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN

Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka
dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan
yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk
memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini
kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut
adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh
Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai
dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku
dan lutut apabila terjatuh.

Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih
seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan
permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti
yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain
lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka
akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan
berlakunya kecederaan.

Sukan, Perubatan Sukan dan Jurulatih


Sukan
Konsep Sukan

1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan.
2. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
3. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton.
4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber
pendapatan.
5. Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam
mengejar kecemerlangan.
6. Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan
sebagainya.

"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai
acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 -

Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan

1. Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).


2. Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-
kanak.
3. Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.

Perubatan Sukan
1. Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat
(wellness).
2. Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat
dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.

6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan

Kepentingan Terapi dalam Sukan

Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :

1. Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba


2. Urutan sukan

Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan

1. Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.


2. Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara
yang tidak patut dengan mangsa.
3. Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
4. Memberi perangsang kepada mangsa.
5. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
6. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
7. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
8. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.

KECEDERAAN SUKAN

Selain trauma fisiologi yang telah dijelaskan, kecederaan fizikal adalah insiden yang lumrah berlaku terutama pada atlet yang
telah mencapai prestasi tinggi. Atlet-atlet peringkat ini lebih terdedah kepada kecederaan fizikal. Hal ini kerana latihan yang
mereka lakukan adalah berintensiti tinggi. Program suaian fizikal yang mantap adalah langkah utama untuk minimumkan risiko
kecederaan ini.

Beberapa kecederaan fizikal yang umum ialah:

• Kecederaan tisu lembut


Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot, tendon, ligament, kelenjar dan lapisan yang melindungi
organ-organ dalam tubuh. Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar. Keadaan ini disebabkan
mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang tidak seiring dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Faktor utama
yang menyebabkan kekejangan otot dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau pukulan keatas otot-otot. Kekejangan otot
boleh diatasi secara melakukan regangan statik. Sekiranya kesakitan masih berterusan, hentikan regangan dan tamatkan
perlakuan aktiviti kerana otot tersebut boleh mengalami kecederaan lain akibat komplikasi.

• Ketegangan otot
Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan. Ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan
melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap mengalami
kekejangan. Ketegangan biasanya melibatkan koyakan pada fiber otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan kesakitan
yang amat sangat jika terus bergerak aktif. Ketegangan yang lebih serius boleh mengakibatkan pendarahan dalam sehingga kita
langsung tidak dapat menggerakkan bahagian anggota yang mengalami ketegangan tersebut.
• Sengal otot
Sengal otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan
masih rendah. Kencederungan mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal otot ialah
kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini boleh dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal. Rasa salit ini
boleh tertangguh sehingga selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot berlaku disebabkan koyakan kecil pada fiber
otot, dan sebagai sampingan akibat kekurangan bekalan oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat dielakkan
dengan melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan tahap kecergasan kita.

• Luka
Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis
luka terdiri daripada abrasi (cakaran pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan tebukan ( ditebuk oleh objek
yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam dan boleh mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius. Pemerhatian
kepada langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti adalah cara terbaik untuk memelihara diri daripada mengalami luka.

• Lebam akibat kontusi


Kontusi merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar atau tisu anggota. Sekiranya hentakan kuat, kapilari
darah boleh pecah dan darah terkumpul ditempat hentakan itu. Warna biru gelap akan terbentuk di kawasan kulit sebagai
tanda pendarahan dalam yang berlaku. Sekiranya tempat yang sama menerima hentakan berulang kali, menandakan kalsium
akan terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang terlibat kelak mengalamui kesukaran utk bergerak. Kaedah
pencegahan kontusi yang berkesan ialah secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan penggunaan pad seperti
disiku dan lutut.

• Kecederaan tisu keras


Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang biasanya disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang
tersebut. Tulang panjang, seperti humerus dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh daripada
fraktur. Sementara rulang-tulang kecil memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh. Kaedah simen adalah teknik
rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang yang mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau
plaster, bahagian tulang yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan rehabilitasi.

• Dislokasi
Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut atau terkeluar daripada tempat lekatannya. Tisu-tisu
lembut seperti otot, ligament, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku. Kecederaan ini
sering berlaku di bahagian sendi bahu. Rehat aktif digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. Tahap kecergasan yang
tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap adalah kaedah pencegahan dislokasi yang paling berkesan.

• Kecederaan kepala
Konkusi berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala.kecederaan ini menyebabkan trauma otak dan koma bagi
kes-kes yang kronik. Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan sukan-sukan tempur.
Atlet yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom loya dan hilang imbangan seketika. Dalam keadaan tertentu,
amnesia (hilang Ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang singkat. Selain pengsan, tanda-tanda fizikal konkusi biasanya tidak
jelas kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada pakar perubatan dengan kadar segera. Atlet yang mengalami konkusi mesti
direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang ditetapkan atas nasihat pakar perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai
kemalangan. Oleh itu, perhatian maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan semasa bersukan adalah langkah
pencegahan yang paling berkesan.
PENGURUSAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA
Semua kecederaan sukan berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti diuruskan segera .
kemampuan atlet untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kecederaan harus
dirujuk kepada pakar perubatan. Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh
dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DR. ABC dan RICE

• TOTAPS
Jadual 9 di bawah menunjukkan maksud akronim TOTAPS serta langkah-langkah
dalam kaedah pengurusan kecederaan yang berkenaan.
T
Talk – bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa tentang peringkat
kesakitan dan tempat kecederaan yang di alami
O
Observes – Perhatikan dan periksa tempat yang kecederaan dan keadaan
mangsa terutamanya kecederaan yang dialami di bahagian kepala
T
Touch – Sentuh tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti
yang dialami anggota badan yang terlibat.
A
Active Movement – Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggita badan
yang tercedera. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan
dengan segera.
P
Passive Movement – Bantu pergerakkan secara perlahan bahagian yang
tercedera. Tujuan tindakan ialah untuk memeriksa tahap kecederaan yang
dialami. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti
kecederaan adalah tidak serius.
S
Stand – Arahkan mangsa berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk
memastikan tahap kecederaan yang dialami. Benarkan atlit beraksi jika tiada
berlakunya kecederaan yang khusus.

• DR. ABC
Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlet yang tidak sedarkan diri
atau mengalami kejutan. Jadual dibawah menunjukkan maksud akronim DR.ABC serta
langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula tersebut.
D
Danger – Pastikan atlit bebas dari bahaya sekitarnya. Contohnya jika atlit
tersepit, singkirkan bendasing yang menyepit.
R
Respons – Cuba gerakan atau perhatikan sebarang gerak balas atlit untuk
mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan
rasa bahagian badan untuk melihat sebarang respons
A
Airway – pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut atlit
agar tiada bendasing yang menghalang salur pernafasan.
B
Breathing – Periksa sama ada atlit masih masih bernafas melalui hidung atau
mulut. Sekiranya tiada pernafasan, berikan bantuan permulihan pernafasan
dengan segera.
C
Circulation – Bermaksud memeriksa peredaran darah atlit melalui pemeriksaan
kadar denyutan nadi. Kedar yang rendah menunjukkan denyutan nadi. Kadar
yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca
kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.

• RICE
Akronim RICE merujuk kepada perkataan-perkataan rest, ice, compression dan
elavation. Jadual dibawah menunjukkan maksud RICE dalam kontaks pengurusan
kecederaan. Kaedah bantu mula Rice adalah bertujuan untuk:
• mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.
• Mengurangkan kesakitan yang dialami.
• Mengurangkan bengkak.
• Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera.
• Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera.
• Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

Pengurusan RICE ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, dislokasi, hentakan,
sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan kekejangan otot.
Atlit yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan ditempat yang
cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan
ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan.
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang
cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan
rawatan ini. Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat
cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di
sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini membantu menurunkan suhu
tisu dan sel yang telah mengalami kecederan dan dapat memulihkan sel yang
rosak dengan lebih cepat.
Bahagian yang cedera harus dibalut untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
Meninggikan bahagian yang cedera bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah ke jantung. Hal ini
akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
Semua kaedah rawatan dan bantu mula yang dijelaskan ini adalah berkesan untuk tempoh 48 jam selepas kecederaan dialami
atlet. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut, atlet
tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana proses mengurut berpotensi menimbulkan komplikasi kepada kecedeaan
tersebut. Proses-proses yang terlibat dalam terapi kecederaan biasanya dilakukan setelah diberi kebenaran oleh pakar
perubatan.

TERAPI KECEDERAAN SUKAN


Rehabilitasi atau pemulihan seseorang atlet yang cedera biasanya diuruskan oleh seorang ahli fisioterapi atas arahan pakar
perubatan. Kecederaan kronik yang dialami sendi dan otot tidak boleh dipulihkan melalui rehat sahaja. Atlet yang cedera perlu
manjalankan rawatan pemulihan atau rehabilitasi untuk mengembalikan fungsi bahagian yang cedera itu kepada keadaan asal.
Antara fungsi rehabilitasi ialah:
a) Menguatkan otot, ligament dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
b) Memulihkan tahap kecergasan atlit ke keadaan asal.COMPRESSI
c) Meningkatkan julat pergerakan an kestabilan sendi dan otot.
d) Mengembalikan keyakinan atlit terhadap keupayaannya.

Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan. Objektif
utama fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan.
Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempecepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamat
proses fisioterapi ialah untuk membantu atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk beraksi
dan menjalani sesi latihan. Antara teknik fisioterapi yang biasa dilakukan untuk tujuan ini ialah:

• Elektroterapi, iaitu penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Terapi ini
bertujuan merangsang proses peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh elektroterapi ialah teknik ultrasound, shortwave
diathermy dan terapi laser.
• Hidroterapi, iaitu teknik rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan kecederaan. Air berfungsi menyokong berat
badan melalui terapi ini, atlet yang cedera boleh meneruskan latihan kecergasan dengan bantuan daya apungan air. Keadaan ini
dapat menghilangkan daya hentakan yang boleh dialami atlet.
• Terapi haba ialah teknik yang diaplikasikan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka. Pelaksanaan terapi ini
harus sentiasa dipantau agar darjah kepanasan terapi tidak menjadi terlalu tinggi sehingga membakar tisu atau sel-sel yang
dirawat.
Terapi haba dapat meningkatkan kadar relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan pada bahagian yang cedera. Kelebihan
terapi haba ialah peningkatan peredaran darah ke kawasan yang cedera. Mekanisma ini membolehkan lebih banyak
pembekalan nutrient dan oksigen untuk tujuan pembaikan kerosakan tisu dan sel, disamping mengangkut hasil buangan seperti
karbon diokida daripada tisu dan sel tersebut.
• Urutan sukan termasuk sebagai bentuk rawatan kecederaan sukan yang diaplikasikan kepada otot-otot tertentu. Aktiviti
mengurut digalakkan hanya setelah kita kenal pastu tiada faktor-faktor kontradikasi seperti kecederaan akut, luka, patah dan
demam panas.