Anda di halaman 1dari 2

AGNESI AWAM

Penempatan pekerja (placements) – Pemohon akan didaftarkan, diklasifikasikan, dipilih dan seterusnya
dirujuk kepada majikan yang memerlukannya. Kelayakan pemohon akan dilihat supaya ianya
bersesuaian dengan spesifikasi yang dikehendaki oleh majikan.

Kaunseling kerjaya – Pemohon yang tidak mempunyai rekod pengalaman kerja ataupun pemohon yang
mempunyai pengalaman yang tidak mencukupi akan diberi bantuan kaunseling.

Perkhidmatan kepada golongan veterans seperti bekas perajurit dan sebagainya yang mana bantuan
akan diberi kepada golongan ini yang memerlukan pekerjaan.

Perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) – Pendaftaran dibuat bagi membolehkan majikan
mengenal pasti mereka yang berkelayakan sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.

Mengumpul maklumat mengenai tenaga di pasaran – Menyediakan statistik yang lengkap mengenai
perubahan dan trend pekerjaan.

Bekerjasama dengan agensi di peringkat komuniti bagi memastikan semua pihak khususnya pencari
pekerjaan mengetahui tentang peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan setempat.

AGENSI SWASTA

Kebanyakan agensi pencari pekerjaan swasta terletak di kawasan bandar.

bandar-bandar utama seperti di Lembah Klang, dan Georgetown.

(i) Agensi Pekerjaan Zenith Services Sdn. Bhd. – menyediakan perkhidmatan perundingan
dalam pengurusan sumber manusia, pencarian pekerjaan professional, kaunseling kerjaya
dan sebagainya.
(ii) ADECCO Personnel Sdn. Bhd. – menyediakan kemudahan pekerja kontrak dan pekerja
sementara, penyelesaian kepada permasalahan kakitangan, menyediakan perkhidmatan
untuk majikan dan sebagainya.
(iii) Manpower Staffing Services (M) Sdn. Bhd. – menyediakan kemudahan pekerja kontrak dan
pekerja sementara; pekerja tetap, pameran kerjaya dan sebagainya.

-Kos bayaran ke atas perkhidmatan yang ditawarkan agak tinggi. Namun pulangannya dapat
memuaskan hati majikan dan pencari pekerjaan. bayaran akan dikenakan sekiranya pemohon
menerima jawatan yang dicarikan oleh agensi berkenaan.

Agensi ini tidak menghadkan dari segi pelanggannya, iaitu semua individu boleh mendaftarkan diri
masing-masing.
terhad atau menghadkan pelanggannya menerima permohonan bagi perjawatan kumpulan
profesional sahaja contoh: professional

agensi ini dilantik oleh organisasi untuk mendapatkan calon yang khusus bagi jawatan tertentu
dalam organisasi berkenaan. Jawatan ini lebih kepada jawatan di peringkat pengurusan atasan.

Anda mungkin juga menyukai