Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)


SMK PANCHOR
SEREMBAN

PENDAHULUAN

Pembelajaran elektronik atau ‘e-Learning’ merupakan salah satu pendekatan


pembelajaran yang akan dilaksanakan dalam era perkembangan “information
Communication Technologies’ (ICT), melalui media elektronik khasnya teknologi baru
interaktif untuk mengakses maklumat. Penggunaannya di institute pendidikan khasnya
di sekolah dijangka dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang
akhirnya dapat melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran berfikir secara
kreatif, kritis dan inovatif.

Bagi mencapai matlamat tersebut, prasarana ICT perlu diwujudkan terlebih


dahulu, justeru perkembangan sains dan teknologi yang bergerak begitu pantas
memerlukan satu wadah baru yang efisyen dengan menggabungkan system-sistem bagi
pengumpulan, pengurusan, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk
seperti audio visual, grafik, penggunaan rangkaian elektronik serta multimedia interaktif.

Hari ini kita terdedah kepada kecanggihan teknologi yang menakjubkan. Kita
tidak dapat menyangkal reality kemajuan teknologi multimedia telah meresapi bilik
darjah dan merubah peranan pelajar dan guru masa depan. Dalam hal ini, sekolah
menjadi medan untuk memupuk minat dan kebolehan pelajar supaya melibatkan diri
dalam dunia ICT. Kemahiran maklumat dikaitkan dnemgan kebolehan menggunakan
segala punca akses, alat-alat bibliografik termasuk teknologi maklumat.

Bagi mencapai matalamat tersebut, sekolah tidak seharusnya dibiarkan sendirian


dalam usaha yang murni ini. Adalah menjadi tugas semua pihak untuk sama-sama
melengkapkan pelajar dnegan kemahiran, pengetahuan dan kecenderungan bagi
mneghadapi cabaran era teknologi maklumat.
RASIONAL

Sejajar dengan matlamat Negara untuk mencapai kemajuan berasaskan konsep k-


ekonomi (knowledge economy) beberapa isu yang perlu dipertimbangkan ialah cara
memupuk generasi pelajar yang mempunyai kemahiran maklumat supaya tidak
ketinggalan dalam pasaran pekerjaan masa hadapan yang mengutamakan pekerja atau
pemimpin organisasi yang boleh mengakseskan maklumat daripada pelbagai sumber.

Untuk menjadi pekerja dan pemimpin yang berjaya, pemikiran kritikal perlu dipupuk di
kalangan generasi pelajar melalui kemahiran maklumat. Hal inilah yang menjadi
matlamat pendidikan masa kini sebagaimana yang ditegaskan oleh Kementerian
Pelajaran bahawa:

Education in Malaysia therefore has to incorporate the


latest trends in education to meet national needs.
Assessments has to change in order to support and
reinforce these changes to ensure effective teaching
and learning.

Malaysia. Ministry of Education, (1975); Smart Assessment: An Introduction, Kuala


Lumpur : 5.

Kemahiran maklumat amat perlu dipupuk di kalanagan pelajar kerana


seandainya kemahiran ini tidak dikuasai, mereka akan ketinggalan apabila mereka
melangkah ke IPT dan masuk ke pasaran pekerjaan. Secara tidak langsung matlamat
untuk melahirkan pekerja yang mahir dalam mengaseskan, menggunakan dan
mempakej maklumat serta mempersembahkan maklumat dengan berkesan tidak akan
tercapai.
KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) ALAF BARU

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat sedunia
(global information network) yang merangkumi perpustakaan, pusat sumber dan pusat
maklumat. PSS merupakan nadi bagi institusi pendidikan khususnya sekolah. Di sinilah
ditempatkan perpustakaan yang menyimpan segala sumber ilmu dan maklumat sama
ada dalam bentuk bercetak seperti buku, majalah, ensiklopedia, akhbar, di samping
bahan-bahan terbitan yang lain. Di sini juga ditempatkan makmal computer, bilik tayang
dan studio yang lengkap dengan perkakasan dan perisian yang boleh membantu
meningkatkan keberkesanan penguasaan ilmu seperti alat-alat audio dan visual
termasuk bahan perkakasan dan perisian computer.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) sememangnya menjadi nadi kepada warga


sekolah dengan menjadi pusat untuk pelajar mendapatkan bahan-bahan rujukan bagi
menambahkan pengetahuan dan pemahaman tentang tajuk-tajuk yang dipelajari di bilik
darjah.

Perkembangan pendidikan pada alaf ke-21 ini lebih memberikan penekanan


kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan mengakses maklumat
menggunakan teknologi maklumat. Dalam hal ini, literasi maklumat (information literacy)
diberikan penekanan dengan pelajar diberi kemahiran mencari maklumat menggunakan
komputer.

Oleh sebab itu, pengkomputeran PSS diberi penekanan. Komputer digunakan


secara meluas untuk pelbagai aktiviti pembelajaran iaitu sebagai alat mengakses
maklumat yang paling efisyen melalui pengautomasian, alat pengajaran dan
pembelajaran, alat komunikasi dan alat untuk memudah dan mempercepat tugas-tugas
rutin di PSS.

Walaupun kaedah pembelajaran secara berkelompok diberi penekanan melalui


PSS dengan menggunakan rangkaian elektronik di PSS, peranan lama PSS sebagai
pusat menyemai minat membaca dan pusat pembelajaran individu tidak diabaikan.
Sebaliknya suasana dan persekitarannya dipertingkatkan dengan pelbagai kemudahan
terkini untuk menarik minat pelajar mengunjunginya.
MATLAMAT
Pembangunan PSS SMK Panchor ini mempunyai matlamat agar setiap orang di sekolah
ini diberi peluang untuk menguasai kemahiran maklumat. Hal ini sejajar dengan konsep
Smart School yang diutarakan oleh David Perkins dalam bukunya ‘Smart School –
Better Thinking and Learning for every Child’ yang mengatakan bahawa kejayaan
seseorang pelajar antaranya bergantung kepada peluang yang berpadanan dengan
keperluan dan motivasi untuk belajar yang disediakan kepadanya.

Walaupun SMK Panchor adalah sebuah sekolah baru, ianya tidak menjadi
halangan untuk menjadi sekolah bestari, Cuma persoalannya ialah bila? Kita tidak boleh
menunggu semuanya disediakan oleh kerajaan. Dalam hal ini, kita perlu menggembleng
seluruh keupayaan komuniti untuk menyediakan prasarana sekolah bestari ini,
anataranya Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Secara khususnya matlamat pembangunan PSS SMK Panchor ini dalam jangka
panjang ialah:

Melahirkan pelajar yang menguasai kemahiran maklumat yang berikut:

1. Mendapatkan maklumat (strategi mencari, kemahiran membaca, sumber


maklumat, penggunaan indeks, penggunaan abstraks, kemahiran hubungan dua
hala)
2. Penilaian maklumat
(memilih maklumat, menilai buku, artikel dll, menginterpretasi data, dokumen, dll)
3. Mengorganisasi maklumat
(mengambil nota dari buku, artikel dll, mengindeks secara personal)
4. Kemahiran Teknologi Maklumat
 menggunakan perkakasan (hardware) dan perisian (software)
 menggunakan system akses maklumat
(sistem rangkaian tempatan dan luaran, CD-ROMs, bibliografi, reference
data, statistik, teks penuh, internet)
 pencarian secara online.
OBJEKTIF

Pembangunan Pusat Sumber Sekolah SMK Panchor bertujuan:

1. Menyediakan Pusat Sumber Sekolah dengan kemudahan yang mencukupi dan


persekitaran yang selesa dan sesuai untuk menjadi tempat kepada pelajar
menjalankan pembelajaran maya.

2. Memperlengkapkan Pusat Sumber Sekolah dengan perkakasan dan perisian


pembelajaran maya bercorak interaktif dilengkapi dengan jaringan dalaman dan
luaran untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber.

3. Memperlengkapkan Pusat Sumber Sekolah dengan koleksi bahan-bahan bacaan


dalam pelbagai bentuk meliputi pelbagai bidang ilmu dan kehidupan seharian.

4. Memperlengkapkan Pusat Sumber Sekolah dengan system pengautomasian


supaya pentadbiran dan rekod perolehan dan peminjaman dapat dijalankan
secara sistematik.

KERANGKA PELAKSANAAN

1. MENYEDIAKAN INFRRASTRUKTUR
1.1 Pembangunan fizikal (dijalankan oleh JKR melalui peruntukan kerajaan)
Menaiktaraf bilik PSS yang merangkumi 4 komponen utama iaitu:
Perpustakaan
Bilik komputer
Bilik Tayangan
Bilik SAL

1.2 Menyediakan Prasarana Multimedia


Menyediakan 35 unit computer multimedia dengan server dan pencetak
Menyediakan perisian meliputi pelbagai bidang ilmu dan kehidupan
seharian.

1.3 Menyediakan alat Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran


Peralatan audio-visual (televisyen, radio, perakam video, pemain VCD,
kamera video, kamera digital, mesin fotostat).

2. MEWUJUDKAN JARINGAN DALAMAN (LAN-Local Access Networking)

2.1 Pembinaan perisian aplikasi asas


2.1.1 Mewujudkan rangkaian setempat (LAN) antara unit dengan unit yang
lain iaitu PSS, Pentadbiran, Unit HEM, Penilaian dan Peperiksaan,
Kaunselor dan sebagainya.

2.1.2 Mewujudkan rangkaian antara PSS dnegan makmal bahasa, makmal


sains dan makmal computer.

2.2 Pembangunan Laman Web SMK Panchor


2.2.1 Mewujudkan rangkaian maklumat yang informative, integratif dan
‘service-oriented’

3. LATIHAN
3.1 Melatih guru dan kakitangan dan pembantu PSS untuk mentadbir dan
menggunakan peralatan dan sistem dengan berkesan.
PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi pembangunan PSS ini ialah

A. Penyediaan Infrakstruktur

BILIK KOMPUTER DAN NETWORKING

PERKAKASAN HARGA SEUNIT UNIT JUMLAH

Komputer RM1900.00 35 RM 1,900 x 35 = RM66, 500

Networking RM200.00 35 RM200 x 35 = RM7000.00

Server – Gate away RM8000.00 1 RM8000 x 1 = RM8000.00

Hub – 20 Port RM800.00 2 RM800 x 2 = RM1600.00

Pencetak
Laser – Hewlet Packet RM1800.00 2 RM1800 x 2 = RM3600.00
Injection – Canon S200SPx RM285.00 2 RM285 x 2 = RM570.00

JUMLAH 87, 270.00

BILIK TAYANG

PERKAKASAN HARGA SEUNIT UNIT JUMLAH

Transparensi 4 Valve RM3500.00 1 RM3500.00 x 1 = RM3500.00


(mudahalih)

LCD Projector 1200 RM 20,000.00 1 RM20,000 x 1 = RM20,000.00


Ansilumen

Big Screen TV 34” RM4800.00 1 RM4800.00 x 1 = RM4800.00

Sony Digital Camera RM5500.00 1 RM5500.00 x 1 = RM5500.00

Mesin Fotostat NP 1215 RM5800.00 1 RM5800.00 x 1 = RM5800.00

JUMLAH = RM39,600.00
PERPUSTAKAAN

PERKAKASAN HARGA SEUNIT UNIT JUMLAH

PERALATAN:

Rak buku besi 8 x 12 kaki


(adjustable)
Meja Perpustakaan berbentuk
3 segi
Kerusi pengguna
Kaunter perkhidmatan
‘Split air condition untuk
penstoran kaset dan video RM50,000.00
Satu set kerusi rehat
‘Casing’ untuk pameran
bahan terkini
Satu set Hi-Fi

Alatan untuk tujuan repografi


bahan perpustakaan

Perisian untuk
pengautomasian
perpustakaan

KOLEKSI BAHAN

Buku-buku
Majalah
Jurnal
Bahan bacaan ringan
Bahan Bantu mengajar RM76,870.00

CD pembelajaran
Video
Kaset

JUMLAH KESELURUHAN RM250,000.00

* Sebut harga bahan-bahan dan perincian kepada item ini akan disempurnakan kemudian.
PENUTUP

Pembangunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah ini merupakan satu projek besar
yang bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar dan kakitangan
meningkatkan keberkesanan menguasai maklumat demi meningkatkan kecemerlangan
mereka. Kejayaan projek ini bergantung kepada komitmen yang disumbangkan oleh
semua pihak. Kejayaan projek ini bergantung kepada komitmen yang disumbangkan
oleh semua pihak, kerajaan, masyarakat terutamanya ibu bapa, guru-guru dan para
pelajar sendiri.

Dengan kekuatan yang ada pada semua pihak, dan dengan yang disumbangkan oleh
mereka, harapan untuk melihat sebuah PSS yang setaraf dengan perkembangan dunia
maklumat masa kini akan dapat terlaksana.

Disediakan oleh

Anda mungkin juga menyukai