Anda di halaman 1dari 15

PIDATO :

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB


BERSAMA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,


Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.
Kepentingan menjaga Alam Sekitar.
Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada
hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan
saya mendefinisikan dahulu tajuk pidato ini.

Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai


segala yang ada di bumi dan di langit.
menjaga pula ditakrifkan sebagai
amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang,
manakala bersama pula diertikan sebagai
semua yang terlibat.

Oleh itu dapatlah disimpulkan


bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau
mencorakkan alam sekitar merupakan satu
kesedaran dan tanggungjawab
semua pihak.
Bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat.
Maka segala usaha untuk membersihkan
dan mencantikkan alam sekitar
adalah tanggungjawab kita bersama.

Hadirin yang dihormati,

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai k


epada kesejahteraan
kehidupan. Negara
kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus
pembangunan
yang maha hebat. Di sana sini
mata dapat menikmati bangunan pencakar langit.
Kita amat berbangga dengan arus
pembangunan yang kita nikmati. Namun di
sebalik pembangunan yang semakin rancak,
janganlah pula kita leka dengan
isu pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya
kedua-dua pembangunan
ini amat berkait rapat.

Hadirin yang dihormati,

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan


ternakan. Rasa
tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana
menjaga alam sekitar
tidak boleh dilakukan secara sendirian.
Semua pihak wajib mencintai
alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari
ke arah pihak lain sekiranya
alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan
adalah melihat ke dalam diri
kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk
memulihara alam.

Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu,


Sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi
toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar
mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak
menyayangi alam sekitar.

Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun


yang yang mempercayai semangat alam. Mereka
percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia
dan penghuninya juga demikian.

Hadirin yang dikasihi.

Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar.


Alam sekitar ialah imej kita. Alam yang cantik akan
menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini
secara tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu
dasar ekonomi Negara.
Kita boleh beralih ke sektor pelancongan untuk menarik
pelabur luar. Oleh ituamat wajar sekiranya kita
mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara
alam sekitar.

Hadirin yang dihormati,

Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?


Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-
kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu
diberi pendidikan supaya mencintai alam sekitar.

Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya


menjadi teladan kepada golongan muda terhadap
kepentingan menjaga alam sekitar. Para pengusaha
perlu beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan
semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk
menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu
berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk
sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar
kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian
bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa
tanggungjawab ini.

Benar kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya


pendidikan sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-
kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab
yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai
alam sekitar.
Hadirin sekalian.

Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang


pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Sambutan
Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April
menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar.

Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka


tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga
alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.

Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran.


Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah
sumber makanan dan udara yang sihat.

Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat,


semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di


dalam dewan ini agar sama-sama bertanggungjawab
untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah
bait-bait ini sebelum saya menutup bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa Dia
dikelar manusia, yang jahil tentangnya.

Sekian, terima kasih.


Pidato Sayangi Alam Sekitar
Terima kasih saudara peneraju acara.Yang dihormati barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru besar, guru-guru
dan seterusnya sidang hadirin yang saya hormati sekalian.
Selamat pagi dan salam perpaduan diucapkan. Berdirinya pokok
kerana akarnya, berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya
saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang
bertajuk Sayangi alam sekitar.

Hadirin yang saya hormati,

Sebelum sauh dinaikkan, sebelum bahtera dilayarkan, izinkan


saya mendefinisikan tajuk pidato pada pagi yang berbahagia ini.
Sayangi menurut Kamus Dewan bermaksud mengasihi atau
mencintai. Manakala alam sekitar pula bermaksud dunia atau
bumi. Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa setiap
kita perlu menyayangi alam sekitar.

Sidang hadirin yang saya hormati,

Pada masa kini, arus modenisasi menderaskan lagi


pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan
dengan begitu rancak namun secara tidak sedar, alam sekitar
sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh
Negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi
sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,
bak kata pepatahditelan mati mak, diluah mati bapa. Kehidupan
manusia banyak bergantung kepada persekitaranya. Alam
sekitar yang bersih dan tidak tercemar akan menjadikan hidup
kita lebih selesa dan bahagia.

Sebaliknya, jika alam sekitar tempat kediaman kita kotor, maka


kita akan menghadapi pelbagai masalah yang tidak
menyenangkan hidup. Alam sekitar yang kotor akan
menyebabkan hidup kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Alam sekitar yang tercemar pula akan menyebabkan udara
yang kita hirup dan air yang kita minum dipenuhi dengan
pelbagai bahan yang boleh membahayakan tubuh kita. Oleh itu,
kita harus sentiasa menjaga supaya alam sekitar kita tidak
tercemar.

Hadirin sekalian,

Sekiranya kita membiarkan sampah-sarap tidak dibuang dengan


teratur, maka hidupan seperti tikus, lalat, lipas, dan sebagainya
akan membiak. Haiwan-haiwan ini boleh mengakibatkan
pelbagai jenis penyakit yang membahayakan kesihatan kita.
Lalat boleh mengkibatkan kita terkena penyakit taun dan cirit-
birit. Tikus pula boleh mengakibatkan demam kancing gigi. Di
samping itu, kawasan sekitar yang tidak dibersihkan akan
menjadi kawasan tersebut tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk
adalah punca utama penyakit demam denggi yang telah
mengorbankan banyak nyawa di negara kita.

Selain daripada itu, alam sekitar yang tercemar pula


menyebabkan kehidupan kita tidak selesa. Asap yang dihasilkan
oleh asap kenderaan dan kilang-kilang perindustrian
menyebabkan udara yang kita sedut telah tercemar. Contohnya
gas-gas beracun yang terperangkap hasil daripada asap
kenderaan , dan jerebu daripada kesan pembakaran secara
terbuka. Hal ini akan menyebabkan kita terdedah kepada
penyakit barah dan sesak nafas. Kesan yang amat dirasai
sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global
yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global ini
telahh mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.

Pencemaran air yang diakibatkan oleh pembuangan sisa-sisa


kilang, kegiatan penyemburan racun serangga dan rumpai di
kawasan perladangan dan tumpahan minyak juga
menyebabkan air yang kita minum tercemar. Ini mengakibatkan
sungai-sungai tersebut menjadi busuk, hidupan akuatik dan
tumbuhan akuatik pupus serta menjadi punca pembiakan
nyamuk yang membahayakan kesihatan penduduk sekitarnya.

Hadirin yang saya hormati,

Kesimpulannya, kita harus bekerjasama dan memainkan


peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita
tidak seharusnya meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan
semata-mata.Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah
tempat tinggal kita .

Sekian sahaja pidato yang dapat saya sampaikan pada hari ini.
Saya akhiri pidato ini dengan serangkap pantun
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.
Pidato: "Melestarikan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita
Bersama"

andai patah sayap rajawali,


bertongkat jua saya ke mari,
bukan untuk bermadah saya kesini,
tetapi untuk kita sama-sama menghayati, mendalami dan
menyelami mauduk bicara yang berbunyi Melestarikan
Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama.

Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi,


kombinasi intelektual kehakiman bervisi, guru-guru yang
saya hormati, seterusnya hadirin hadirat yang di kasihi
dekat di hati. Assalammualaikum dan salam 1 malaysia
buat anda yang sudi melapangkan masa,apa khabar
penutur bahasa Malaysia tercinta.
Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur
bicara,saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian
melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama
sebagai mengekalkan ketulenan alam amanah kita
semua. senario ini mempunyai aspek yang begitu meluas
tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya
terdapat 1 aspek yang perlu dipertekankan dibawah kata
kunci “tanggungjawab bersama”. Sebenarnya alam sekitar
bagaikan isi dengan kuku hubungannya dengan manusia,
kerana manusia dan alam sekitar memerlukan antara satu
sama lain justeru alam sekitar perlu diberi dilestarikan
agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup dangan
selesa dan harmoni.

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama bagi melestarikanalam


sekitar ialah mengadakan kempen kesedaran alam
sekitar, tujuannya bukanlah untuk membebankan,
melecehkan mahupun menyusahkan hadirin hadirat,
sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam
yang berlaku secara abnormal,sepertimana proses
penebangan dan pembakaran hutan untuk tujuan
pembangunan, yang kononnya untuk menjimatkan masa,
tenaga serta mengelakkan bebanan kos. Deklarasi demi
deklarasi telah dijalankan, memang mejoritinya semua
individu sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar
namun segalanya hanya rayuan manis dibibir senyuman
sinis yang dilemparkan. kita sebenarnya tidak sedar
bahawa bumi ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya
meminjam dari generasi yang akan datang. Tuntasnya
kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat
sedar akan tindak tanduk mereka dan segera
melestarikan alam sekitar.

Warga dewan yang bijak bestari,

Indikator saya yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan


peranan dalam mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang
mempunyai masa senggang yang panjang bersama anak-
anak. Terdapat segelintir remaja mahupun kanak-kanak
yang masih lagi acuh tak acuh dalam aspek kebersihan.
saya bawakan contoh yang mudah, pembuangan puntung
rokok dan kertas pembalut gula-gula di merata-rata
tempat, acapkali kita lihat tempat-tempat seperti
perhentian bas dan tandas awam dicemari oleh benda-
benda kecil ini, sebenarnya setiap individu daripada kita
mempunyai peranan dalam usaha melestarikan alam
sekitar, walaupun ianya remeh, namun jangan di
sebabkan remeh kelak membinasakan masyarakat
sekaligus merobek keindahan alam. Tegasnya ibu bapa
perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada
anak-anak di samping menasihati mereka supaya
mencintai kerbersihan alam sekitar bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Warga dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu


mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan
undang-undang alam sekitar di Negara kita sekaligus
mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan yang
dilakukan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 29
akta kualiti alam 1974 yang menyatakan bahawa sesiapa
yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh didenda
RM500 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya sekali. Hal ini kerana segelintir individu
masih lagi tidak bertanggungjawab dengan melakukan
perbuatan yang mencabul keindahan alam sedangkan kita
dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar
begitu juga Mahatma Gandhi, pemimpin india tersohor
ada mengatakan bumi pada hari ini hanya mencukupi bagi
orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak haloba,
yang membawa maksud mereka yang mencemarkan alam
sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak berhak
keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup
terpanggil untuk mengajak saudara saudari memikirkan
kepentingan manusia melestarikan alam sekitar kita.
Rasionalnya jika amalan ini tidak dipratikkan maka
sukarlah untuk kita merealisasikancabaran ke-4 dengan
wawasan 2020.
Sidang dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-4 menekankan pihak media massa


sebagai salah satu medium efektif dalam melestarikan
alam sekitar, hal ini merujuk kepada peranan media
massa yang mampu mempengaruhi minda masyarakat,
terutamanya remaja selaku generasi pelapis untuk
melesterikan alm sekitar tercinta. Pelbagai informasi
tentang alam sekitar dapat di perolehi melalui media ini,
sama ada melalui iklan, berita, wawancara mahupun
rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini secara
tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan alam sekitar, apakan
kesan-kesan kemusnahanya? serta yang paling utama
bagaimanakah cara-cara untuk kita menjaganya, enak
lauk di kunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang, sekiranya
iklan tentang kepenting melestarikan alam sekitar ini
sering diulangi, acapkali didengar, sudah pasti setiap
individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab
yang harus dipikul dalam mengekalkan keindahan alam
sekitar. Tegasnya pihak media massa perlu berganding
bahu kerana mereka merupakan salah satu pihak yang
penting dalam memberi pendekatan kepada masyarakat
dengan lebih efektif.
Warga dewan sekalian,

Harus di kejut mana yang lena,


Harus ditegur mana yang alpa.
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu, bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita


memulakan anjakkan paradigma dangan menanamkan
semangat cintakan alam sekitar. Ingatlah “alam
cemerlang, hidup gemilang”. Jadi anda bayangkan
andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan
perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor semut
merah. konklusinya manusia mengancam manusia yang
terancam. Persoalannya demi mengejar sesuatu
kemajuan, haruskah alam menjadi taruhan? Fikir-fikirkan
agar masalah ini tidak akan berleluasa sehingga
mengakibatkan ledakan tsunami di jepun, gunung merapi
memuntahkan lavanya, dan taufan Katrina serta Wilma
Amarika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah
sendiri, “melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita
bersama”

Anda mungkin juga menyukai