Anda di halaman 1dari 14

1.

hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan
dahulu.
....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.

2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan


menggunakan kayu.
....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu
kepadaku.
....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak
kepada kakak.

4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.

5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.


....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada
saya tadi.

6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.


....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan
panas.

7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.


....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang
tersayang.

8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya


petang semalam.
....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat
kepada pemandu bas.

9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.


....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal
dunia.

10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.


......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama
Jibon.

11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas


lantai itu.
......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di
dalam kelas.

12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap


hari.
......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka
bumi ini.

13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara


badminton.
......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.

14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang


berkembang.
......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan
Sultan Muzaffar.

15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe


siber.
......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor
itu.

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu
lepas.
......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan
burung berkicau.

17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.


......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak
Mat.

18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.


......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan
bumi.

19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang


membangun.
......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan
rapi.

20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.


......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan
Melaka.

21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang


ini", katanya.
......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada
sikap menghormati.

22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan


jarum.
......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah
dengan tembok batu.
23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik
Kulasingam.
......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata
pengadil itu.

24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara


menyeluruh.
......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak
kering gusi.

25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua
tentera itu.
......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai
tersebut.

26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar


bagi menarik
pelancong.
......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang
diberi oleh ibunya.

27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon


Dioksida.
......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.

28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.


......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya
sendiri.

29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat
pelancongan.
......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada
tetamunya.

30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul


di kantin.
......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat
hadir semalam.

31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.


......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan
permata.

32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua
itu.
......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-
putihan.
33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk
mendapatkan tebusan.

34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang


rumahnya.
......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata
Encik Chew.

35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat
lain.
......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.


......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.

37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan
dadah.

38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di
kantin itu.

39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak


semalam.
......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di
buku lama itu.

40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan


sehingga bergaduh.
......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.

41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang


ditanamnya.
......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang
sedang mendidih.

42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan


menggunakan tuala.
......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika
bersama Hayati.

43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan


jalan raya.
......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang
amat tinggi.
44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu
digunakan sebagai air mandian.

45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat


kemaraan penyerang pasukan Mancister.
......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak
besar.

46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.


......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di
televisyen.

47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja
lama.

48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan
sombong.

49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.


......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan
ternakan.

50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.
......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.

51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.

52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila


banyak duit.
......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti
berpakaian kemas.

53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk
tubuhnya.
......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu
bertambah harum.

) BINA AYAT
(i) hias
ayat: Pelamin itu perlu kita hias dengan bunga ros.

(ii) berhias
ayat: Kereta berhias itu menggunakan bunga ros dan
bunga raya.

(iii) menghiaskan
ayat: Ayah menghiaskan rambut adik dengan pin
berwarna merah.

(iv) menghiasi
ayat: Berita kemalangan ngeri itumenghiasi dada-dada
akhbar hari ini.

(v) perhiasan
ayat: Ibu suka mengenakan perhiasanrambut sebelum
keluar menghadiri majlis makan malam.

(vi) penghias
ayat: Penghias kereta pengantin itu seorang wanita
yang kreatif.

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH


BERASRAMA PENUH (SBP) 2008
(a) BINA AYAT
(i) penampilan
ayat: Setiap murid mesti menjagapenampilan diri
dengan memakai pakaian yang kemas dan bersih.

keterampilan
ayat: Pemimpin yang memiliki ciri-ciriketerampilan itu
telah dipilih menjadi Perdana Menteri

ii) bertempiaran
ayat: Budak-budak kecil itu laribertempiaran selepas
dikejar seekor anjing yang garang

berkeliaran
ayat: Anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan
petempatan itu telah ditangkap oleh pihak kerajaan
tempatan.

(iii) mengkaji
ayat: Pihak kerajaan akan mengkajicadangan untuk
memansuhkan kutipan bayaran tol di Lebuh Raya Utara
Selatan.

mengaji
ayat: Adik berusia tiga tahun tetapi sudah
pandai mengaji al-Quran.

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH


BERASRAMA PENUH (SBP) 2009
(a) BINA AYAT
(i) penawaran
ayat: Kerajaan membuat penawaranprojek MRT itu
kepada syarikat-syarikat yang besar secara tender.

tawar-menawar
ayat: Remigius suka tawar-menawardengan penjaja
ikan di pasar untuk mendapatkan harga ikan yang
berpatutan.

(ii) persimpangan
ayat: Apabila kami tiba di persimpanganlebuh raya itu,
kereta ayah rosak secara tiba-tiba.

simpang-perenang
ayat: Jalan ke rumah guru itu simpang-
perenang sehingga sukar untuk kami mencarinya.

(iii) penurunan
ayat: Penurunan harga makanan yang diumumkan oleh
kerajaan itu merupakan berita baik kepada rakyat.

turun-temurun
ayat: Adat resam itu diamalkan secaraturun-
temurun oleh masyarakat Orang Asli.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH
BERASRAMA PENUH (SBP) 2010
(a) BINA AYAT
(i) menyalahi
ayat: Perbuatan rasuah menyalahiundang-undang
negara.

menyalahkan
ayat: Pihak atasan menyalahkan pegawai bawahannya
dengan bukti yang kukuh.

(ii) mengotori
ayat: Sampah sarap itu mengotoribelakang rumah saya.

mengotorkan
ayat: Adik mengotorkan dapur rumah apabila ibu tidak
berada di rumah.

(iii) menghiasi
ayat: Berita kemalangan itu menghiasidada-dada
akhbar hari ini.

menghiaskan
ayat: Murid-murid menghiaskan dewan dengan bunga
segar.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH
BERASRAMA PENUH (SBP) 2011
(a) BINA AYAT

(i) gamat
ayat 1: Ibu menggunakan minyak gamatuntuk disapu
pada kaki adik yang terluka supaya cepat sembuh.
ayat 2: Suara sorak-sarai penonton di stadium
menyebabkan suasana konsert itu menjadi gamat.

(ii) diam
ayat 1: Saya diam di Kota Kemuning sejak lima tahun
yang lalu.
ayat 2: Saya terlihat adik terduduk diam di sebelah
ayah kerana dia sakit.

(iii) bidang
ayat 1: Dada lelaki yang bidang itu menjadikannya
disukai golongan gadis.
ayat 2: Lelaki itu mula terlibat dalambidang lakonan
sejak berusia lima tahun.

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH


BERASRAMA PENUH (SBP) 2012
(a) BINA AYAT
(i) lama
ayat: Adik sudah lama tidak menonton rancangan kartun
kerana dia sibuk membuat persiapan menghadapi
peperiksaan.

(ii) berlama-lama
ayat: Ayah tidak suka akan sikap ibu yangberlama-
lama sewaktu membeli-belah di pasar raya.

(iii) lama-kelamaan
ayat: Jika kamu tidak memberitahu saya,lama-
kelamaan rahsia itu akan terbocor juga.

(iv) jauh
ayat: Rumah saya terletak tidak jauh dari sekolah.

(v) menjauh
ayat: hubungan antara adik dengan abang saya
semakin menjauh kerana mereka tidak tinggal
bersama.

(vi) kejauhan
ayat: Hati ibu saya kejauhan kerana anak-anaknya tidak
bersatu hati.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH
BERASRAMA PENUH (SBP) 2013
(a) BINA AYAT

(i) mengupas
ayat: Ibu sedang mengupas kulit oren di dapur.
mengelupas
ayat: Luka pada kaki adik itu semakin kering
dan mengelupas.

(ii) bercanggah
ayat: Pendapat antara saya dengan adik
sering bercanggah kerana sikap kami berbeza.

berceranggah
ayat: Tanduk rusa yang berceranggah itu kelihatan
amat cantik dan unik.

(iii) menjajah
ayat: Negara Jepun pernah menjajahTanah Melayu
selama tiga tahun lapan bulan

menjelajah
ayat:Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga
telah menjelajah ke benua Afrika.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH
BERASRAMA PENUH (SBP) 2014
(a) BINA AYAT
(i) rumah ibu
ayat: Pada cuti sekolah, saya akan pulang ke rumah
ibu selepas mendapatkan kebenaran ayah yang telah
bercerai dengan ibu.

ibu rumah
ayat: Ruang tamu yang besar di rumah banglo
merupakan ibu rumah yang menjadi perhatian pelawat
dan sanak saudara.

(ii) pokok pangkal


ayah: Ayah terus memarahi kami tanpa
mengetahui pokok pangkal kejadian yang berlaku.

pangkal pokok
ayat: Adik suka membaca buku sambil duduk di pangkal
pokok di belakang rumah.

(iii) orang-orang tua


ayat: Orang-orang tua yang mendiami rumah kebajikan
itu terabai oleh ahli keluarga mereka.

orang tua-tua
ayat: Kita mestilah menghormati dan mentaati orang
tua-tua supaya mereka berasa disayangi.

Anda mungkin juga menyukai