Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Bilangan Jurnal : Kedua

Minggu Praktikum : Minggu 2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 Februari 2016 - 25 Februari 2016

Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa

1. Masalah / Peristiwa :

Pada minggu kedua ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa sewaktu
menjalankan bimbingan kelompok di dalam kelas. Hal ini menyebabkan aktiviti atau modul
yang saya rancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kekurangan masa.
Secara tidak langsung, masalah kekurangan masa ini juga memberikan kesan kepada saya
dalam mencapai matlamat modul saya.

2. Analisis

Saya menghadapi masalah ini kerana murid-murid menjadi sangat gembira untuk terlibat
dalam aktiviti yang saya lakukan. Saya tidak dapat kawal murid-murid dalam kelas. Selain
itu, mereka juga mengambil masa untuk memahami apa yang saya sampaikan pada masa
itu. Murid-murid juga mengambil masa yang agak lama sewaktu mempersembahkn hasil
tugasan mereka di dalam kelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya akan mengingatkan murid-murid tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi
setiap kumpulan supaya membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya topik perbincangan adalah sama bagi setiap kumpulan, saya akan memilih
beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan.
b. Saya akan mendapatkan bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing untuk
mengatasi masalah pengurusan masa sewaktu menjalankan aktiviti kumpulan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam beberapa hari. Pengurusan
masa ini haruslah diselesaikan secepat mungkin bagi mencapai objektif sesuatu
bimbingan kelompok dengan sempurna dan lancar.

5. Penilaian Kejayaan

Saya telah menetapkan jangka masa bagi menyiapkan tugasan yang diberikan supaya
murid-murid berbincang dalam kumpulan dan menyiapkan tugasan dengan cepat. Murid-
murid bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang
ditetapkan. Melalui ini, saya dapat mencapai matlamat modul saya yang ditetapkan
dengan betul.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : _________________________ Tandatangan : ______________________

Nama : _________________________ Nama : ______________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : ______________________