Anda di halaman 1dari 10

TOPIK 2 : PENGAJARAN NOMBOR DAN OPERASI

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran hari ini, pelajar- pelajar dapat:

i. Menerangkan tentang Nombor Bulat :


o Tahap Perkembangan Nombor Bulat
o Celik Nombor
o Pra Nombor
o Nombor Awal
o Perkembangan Nombor

_____________________________________________________________________

1.1 NOMBOR BULAT


Kemahiran - kemahiran matematik dalam tajuk Nombor Bulat yang perlu ada dan
mesti dikuasai murid- murid setelah tamat sekolah rendah ialah:

 Menggunakan istilah seperti banyak, sedikit, sama banyak, tidak sama banyak
atau lebih besar daripada, lebih kecil daripada semasa membuat perbandingan.
 Mengenal dan menamakan nombor bulat
 Mengira, membaca dan menulis nombor bulat
 Menentukan nilai tempat bagi digit dalam nombor bulat
 Membanding beza nilai- nilai nombor bulat
 Menyusun nombor bulat secara menaik atau menurun
 Membundar nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yang hampir.

Kemahiran Pedagogi ialah satu aspek yang amat penting bagi guru untuk
menyampaikan isi kandungan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
pedagogi bermaksud guru dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi yang
bersesuaian dalam pengajaran dengan tujuan membantu murid memahami dan
menguasai sesuatu konsep.Seorang guru matematik yang efektif perlu arif tentang
langkah- langkah perkembangan yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesuatu
konsep khususnya bagi nombor bulat.
1.1.1 Tahap Perkembangan Nombor Bulat

Perkembangan suatu konsep matematik selalunya akan melalui beberapa


langkah- langkah tertentu. Ia berlaku secara berturutan dari konsep yang
mudah ke konsep yang agak sukar dan seterusnya ke tahap yang susah.
Murid- murid perlu didedahkan mengikut pemeringkatan seperti dalam
tajuk nombor bulat iaitu:

 Celik Nombor
 Pra Nombor
 Nombor Awal
 Pengenalan Nilai Tempat
 Pengukuhan tentang Nilai Tempat
 Lanjutan tentang Nilai Tempat

1.1.2 Celik Nombor

Celik nombor merangkumi:

• Pemahaman tentang konsep nombor dan operasi ke atas nombor.

• Pembentukan strategi berguna bagi memahami nombor dan operasi


ke atas nombor.

• Kebolehan untuk mengira dengan tepat dan efisyen, boleh mengesan


kesilapan.

• Kebolehan dan kecenderungan untuk menggunakan kefahaman


tentang nombor , dan dalam pelbagai cara yang fleksibel apabila ingin
membuat keputusan.

• Mempunyai jangkaan bahawa nombor adalah berguna, dan bekerja


dengan nombor adalah bermakna dan boleh diterima akal (make
sense).

- cth: dapat tempat pertama dalam kelas

1.1.3 Pra Nombor

Pada peringkat ini, kanak- kanak perlu ada kemahiran pra syarat untuk
mempelajari tentang nombor. Kemahiran pra syarat ini termasuklah:
 mengklafikasi /mengisih objek melalui sifat- sifat fizikal seperti warna,
saiz
 membandingkan kuantiti dua objek melalui padanan satu ke satu.
 menentukan hubungan kuantiti antara dua set sebagai sama banyak,
lebih banyak atau kurang daripada.
 Keabadian kuantiti

Konsep Pranombor adalah yang bukan berkaitan dengan nombor tetapi


kemahiran ini penting sebagai asas kepada konsep dan kemahiran
nombor yang seterusnya.

1.1.4 Nombor Awal

Di sini, kanak- kanak akan menumpukan perhatian untuk mempelajari


nombor 1 ke 10, juga sifar. Mereka akan diajar membaca, menulis dan
menyusun nombor berasaskan objek- objek konkrit dahulu, diikuti dengan
objek- objek dalam gambar dan akhirnya hanyalah simbol atau nombor
sahaja. Mereka juga perlu faham konsep sifar yang mewakili kuantiti
kosong atau tiada.Guru matematik perlu berhati- hati di sini kerana kanak-
kanak biasanya menghadapi masalah untuk memahami makna sifar.Oleh
itu, adalah wajar untuk mengenalkan sifar hanya setelah kanak- kanak
kenal nombor sekurang- kurangnya sehingga nombor 3. Begitu juga
dengan nombor 10 kerana ia melibatkan nombor dua digit dan nilai
tempat.

Penerangan berkenaan Nilai Tempat akan dihuraikan kemudian.

Kemahiran/konsep penting yang perlu dikembangkan dalam peringkat


awal nombor

• Mengenal, menama, dan menentukan nilai nombor 1 hingga 10, dan 0

 Membilang nombor 1 hingga 10

• Menulis angka 1 hingga 10

• Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik dan menurun.

1.1.5 Perkembangan Nombor (Number Development)

Mengajar awal nombor


Dengar, lihat, sebut dan tunjuk
Strategi Membilang

• Membilang secara menaik (Counting on)


• Membilang secara menurun (Counting back)

• Membilang secara lisan (Verbal counting)

• Membilang secara sentuhan (Touch counting)

• Membilang secara visual (Visual counting)

• Membilang secara melangkau (Skip counting)

Mengajar Menulis Angka


Teknik Biasa
• Menulis di udara (write in the air)

• Menulis di atas pasir (write on sand board)

• Menekap angka putus-putus (trace dashed numerals)

• Menulis di atas ruang kosong (write on empty space)


1.1.6 Pengiraan

Apabila kita mengira, kita sebenarnya mencari bilangan elemen dalam


satu set objek. Ia melibatkan nombor- nombor selain dari 1. Contohnya
kita mengira wang, baki wang, mengira dalam kiraan dua (2, 4, 6, 8, 10,
12, ...) atau dalam kiraan lima (5, 10, 15, 20, 25, ...).

Kita boleh mengira dalam pelbagai cara yang berbeza. Mengira secara
lisan biasanya digunakan bagi objek yang ada di depan
mata.Menggunakan gundal atau tally marks, untuk mengira dilakukan
dengan mencatatkan satu tanda untuk mewakili satu kuantiti dan
kemudian menjumlahkan tanda yang dicatat . Ini adalah pengiraan
menggunakan asas 1. Pengiraan biasa ialah menggunakan asas 10

Selain dari itu kita juga boleh menjalankan pengiraan menggunakan jari
(finger-counting) terutamanya untuk mengira nombor kecil. Di sini kita
menggunakan 1 jari= 1 unit dan terhad kepada mengira 10 sahaja. Lain-
lain simbol tangan juga digunakan seperti dalam Sistem Cina di mana 1
tangan mewakili 10. Finger binary (base 2 counting) juga ialah satu cara
mengira di mana pengiraan sehingga 1023 = 210 – 1 boleh dilakukan.

Guru matematik sepatutnya mendedahkan teknik- teknik untuk mengira


seperti teknik counting on (0, 1,2,3,4,....), teknik counting back (10,
9,8,7,6,.....) dan juga skip counting (2, 4,6,8,....) . Kita patut mula dengan
nombor yang lebih kecil dahulu misalnya nombor 0 hingga 10. Apabila
murid- murid sudah mahir, barulah beralih ke nombor- nombor yang lebih
besar.

Pelbagai alat dan kaedah boleh digunakan untuk membantu mengira


seperti hand tally counters, menggunakan pensel dan kertas,
penganggaran, aritmetik mental, abakus, kalkulator dan komputer. Kita
sepatutnya dapat membuat pilihan yang bijak melalui pengalaman untuk
memilih yang mana satu yang lebih baik dan sesuai.

1.1.7 Peranan Algoritma dan Perwakilan Nombor

Algoritma ialah satu prosedur yang mengandungi langkah- langkah


khusus untuk diikuti dalam pengiraan. Mengikut al-Khwārizmī, algoritma
merujuk kepada peraturan- peraturan dalam menjalankan aritmetik
menggunakan nombor- nombor Arab- Hindu. Kepentingan untuk
memahami dan menggunakan algoritma adalah perlu dalam mempelajari
matematik. Terdapat pelbagai algoritma dalam matematik dengan
kegunaannya tersendiri.
Untuk menjadi mahir dalam pengiraan, seorang mestilah mempunyai
kaedah yang efisen dan tepat untuk mengira, dan ada kemahiran celik
nombor dan operasi. Kita perlu tahu dan faham bagaimana sesuatu
algoritma itu digunakan dan berfungsi. Ini dapat menyokong kita untuk
terus maju dalam matematik kerana algoritma itu bermakna untuk kita.
Sekiranya kita mengamalkan pembelajaran secara menghafal semasa
menjalankan algoritma matematik, maka ini akan menghalang
perkembangan celik nombor kita. Pelajar yang dapat mencipta algoritma
alternatif selalunya lebih berjaya dalam matematik kerana ia dibina
berasaskan pemikiran dan kefahaman mereka.

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, latihan perlu diberi


setelah mempelajari tajuk matematik. Kadangkala latihtubi dan latihan
tidak akan menjadi berkesan dan perlu sekiranya ia tidak membawa apa-
apa makna kepada pelajar. Jadi seharusnya pelajar perlu jelas dan faham
apa yang mereka buat. Kefahaman konseptual mesti dilengkapi dulu
sebelum latihan dijalankan. Konsep yang kukuh tentang ide- ide
matematik akan memudahkan lagi menyelesaikan masalah yang
berkaitan.

Kelajuan dan kecekapan menggunakan algoritma matematik melibatkan


nombor- nombor besar bukan lagi merupakan satu isu kritikal kerana isu
ini dapat diatasi menggunakan teknologi. Kita memerlukan fasiliti kepada
algoritma untuk pengiraan itu. Walaupun begitu, teknologi tidak boleh
menafikan keperluan untuk memahami dan menjalankan algoritma-
algoritma asas.

1.1.8 Nilai Tempat


Dalam sistem Arab- Hindu , nilai tempat merupakan satu konsep
utama.Nilai bagi sesuatu nombor ditentukan melalui kedudukannya dalam
nombor itu.

Sebagai contoh nombor 3578 dibaca sebagi tiga ribu lima ratus tujuh
puluh lapan. Ribu, ratus, puluh dan sa menunjukkan tempat bagi nilai.

3 5 78
8 sa
7 puluh, atau 70 sa
5 ratus, atau 500 sa
3 ribu, ataqu 3000 sa

Dalam bentuk kembangan (expanded form), 3578 boleh ditulis sebagai


3000 + 500 + 70 +8.
Guru perlu membimbing murid memahami nilai tempat asas sepuluh
supaya mereka faham sistem nombor Arab Hindu. Ini membolehkan
mereka membina sebarang nombor menggunakan 10 digit itu dan
menentukan nilai tempatnya. Konsep nilai tempat dapat dikukuhkan lagi
melalui pengalaman mencerakinkan nombor dalam bentuk expanded
form.

Apabila tajuk nilai tempat diperkenalkan, murid- murid akan mula


menggunakan nombor 11 hingga 20 . Ide tentang nilai tempat dikaitkan
terus dengan konsep pengumpulan semula dalam nombor asas 10 (10 sa
= 1 puluh). Satu contoh bahan untuk menunjukkan nombor asas sepuluh
ialah dengan menggunakan straw. Kita katakan satu straw mewakili nilai 1
dan 1 ikatan yang mengandungi 10 straw menunjukkan ide
mengumpulkan 10 straw kepada satu kumpulan 10.

Lihat rajah di bawah.

sa
puluh

Idea nilai tempat diteruskan lagi kepada nombor 20 sehingga 100. Untuk
membina kefahaman dan pengalaman ini, kita mesti melalui proses
mengumpulkan objek dalam kumpulan sepuluh- sepuluh. Sekali lagi kita
boleh gunakan straw untuk menunjukkan ide 1 ratus = 10 puluh = 100
sa. Di sini guru memainkan peranan penting untuk membimbing murid
untuk belajar dan memahami konsep nilai tempat dengan mudah melalui
pengalaman konkrit.

Kini masanya untuk anda berfikir.

Aktiviti 1
Apakah bahan- bahan lain yang boleh anda gunakan sebagai
objek asas 10 semasa mengajar konsep nilai tempat?
Bagaimana anda menggunakan bahan itu untuk menunjukkan
nilai sa, puluh dan ratus?
Konsep nilai tempat dilanjutkan kepada nombor melebihi 100. Idea
pengumpulan sepuluh- sepuluh dilakukan untuk menunjukkan 10 puluh =
1 ratus; 10 ratus = 1 ribu dsb. Sehubungan dengan itu, kefahaman murid
tentang nilai tempat diperluaskan kepada ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu
dan juta. Murid perlu diingatkan tentang digit 0 dalam ide nilai tempat.
Sifar di sini ada makna tertentu. Guru perlu membimbing murid supaya
faham. Contohnya dalam nombor 709, sifar terletak pada tempat puluh
dan tiada nilai puluh di sini.

Ada banyak cara yang baik yang boleh digunakan untuk mengajar konsep
nombor. Sebagai seorang guru matematik kita tahu, murid membina
konsep melalui kefahamannya dan pembelajaran akan berlaku daripada
pengalaman belajar yang bermakna. Oleh itu, guru harus merancang
pengajaran yang menyediakan ruang untuk berfikir melalui aktiviti – aktiviti
yang melibatkan penglibatan aktif , mencabar, praktikal dan relevan.

CONTOH AKTIVITI :

a) Contoh Aktiviti P&P - Mengira

Hasil Pembelajaran:
 Mengira sekumpulan objek dari 1 hingga 10
 Mengira ke belakang dari nombor 10 to 0.

Bahan :

 10 pembilang
 Kad Nombor 0 – 10

Prosedur:

1. Guru berkata: “Lihat, saya ada banyak pembilang.


Mari kita kira bilangan pembilang yang saya ada.”

2. Guru mengalihkan satu kaunter ke tepi dan berkata “satu”.


3. Guru mengalihkan satu lagi pembilang dan berkata “dua”.
4. Guru ulang untuk “tiga”, “empat” sehingga “sepuluh”.
5. Kerja berpasangan:
Secara bergilir lakukan seperti di atas- seorang alihkan pembilang sambil
seorang lagi menyebut bilangan yang dialih.
Beri pujian jika dapat mengira dengan betul.
6. Murid- murid bermain “Permainan Mengira” dalam kumpulan berlima
mengikut peraturan berikut:
 Kocok kad (0 – 10) dan terbalikkannya.
 Seorang pemain ambil kad teratas dan terbalikkan sambil menyebut
nombornya , contoh : “tujuh”.
 Pemain lain mengira ke belakang “enam, lima , empat, tiga,....., sifar”
mengikut giliran.
 Pemain yang menyebut sifar akan mengambil kad seterusnya dan
permainan diteruskan seperti di atas.

b) Contoh Aktiviti P&P – Nilai Tempat

Hasil Pembelajaran:

 Menukar nombor 10 hingga 20 dalam puluh dan sa menggunakan strip-puluh


dan kepingan sa.

Bahan:

 Bahan Asas 10 : strip- puluh dan kepingan sa


 Kad nombor : 0 hingga 9
 Kad Manila dengan dua poket.

Prosedur:

1. Guru bimbing murid untuk menukar 10 kepingan sa dengan


satu strip- puluh

strip- puluh

kepingan sa
2. Murid diminta menyebut satu nombor antara 11 dan 20. Contohnya 15.
Guru bimbing murid tukar 15 sa dengan 1 strip- puluh dan 5 sa

3. Guru bimbing murid pilih satu kad nombor untuk mewakili nombor di atas dan
letakkan dalam poket seperti di bawah:

Puluh Sa

1 5

4. Guru bimbing murid untuk menulis 15 = 1 puluh + 5 sa = 10 + 5


5. Murid kemudian menyebut nombor itu dalam dua cara iaitu :
satu puluh dan lima sa dan lima belas..
6. Ulang langkah- langkah di atas untuk nombor- nombor lain.

Ringkasan:

1. Nombor mewakili kuantiti sesuatu objek dan diterjemahkan dalam bentuk


simbol digit.

2. Ide sifar diperkenalkan selepas murid- murid kenal sekurang- kurangnya tiga
nombor pertama.

3. Ide pengumpulan bersepuluh penting untuk membina konsep nilai tempat.

4. Tiada satu cara terbaik yang tertentu untuk mengajar tajuk nombor bulat. Oleh
itu, gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai kaedah yang boleh
digunakan untuk menyokong pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai