Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Alam Melayu

Pengenalan Alam Melayu Alam Melayu dapat ditakrif sebagai kawasan geografi yang
meliputi seluruh wilayah yang kaya dengan budaya Melayu-Polinesia Ilmu arkeologi,
linguistik sejarawi dan antropologi membuktikan ketamadunan Alam Melayu dan jati
dirinya telah berlaku selama lebih dari 5000 tahun dari zaman Neolitik Terdapat
pelbagai teori yang dapat mengesahkan kewujudan alam Melayu Teori dari India: Teori
dari China Teori dari Arab Istilah “Alam Melayu” juga boleh merujuk kepada pengaruh
kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kawasan-kawasan
kepulauan yang kini menjadi unit-unit geopolitik Kelompok manusia Mongoloid selatan,
khususnya Malayo-Polinesia atau Austronesia, yang menguasai rantau kepulauan Asia
Tenggara ini telah bermastautin dan membina sistem kemasyarakatan, kenegaraan
serta ekonomi pertanian dan perdagangan yang mentakrifkan nama serta jati diri
kepada alam ini sebagai‘alam Melayu’ Teori dari India
Teori dari China
Teori dari Arab Terjumpanya makam Sultan Malik al-Salleh, pemerintah Pasai yang
disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah
pertama di Kepulauan Melayu telah mengukuhkan teori Islam yang hanya tersebar di
rantau Melayu sekitar abad ke-13M. Selainitu, catatan Marco Polo dan Ibn Batutah
yang pernah melawati Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan 14 M telah mengukuhkan
bukti kemunculan nusantara ini. Terdapat bukti dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di
Langgar, Kedah, batu bersurat Phan-rang di Kemboja, batu nisan Pahang dan batu
bersurat Terengganu 1303M. Pengaruh China juga dapat dibuktikan dengan bentuk
kubah masjid di Melaka dan Jawa yang menyerupai Pagoda Penggunaan tulisan jawi
yang meluas di Alam Melayu di mana huruf jawi sama dengan huruf Arab dan Cuma
berlaku penambahan seperti ga dan cha ialah pengaruh dari Parsi. Selain itu, terdapat
Syed dan Syarifah yang merupakan keturunan Arab di Tanah Melayu.Bukti catatan
sejarah pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur
Tengah, contohnya Maharaja Drebar II yang memerintah Kedah pada 1136M telah
memeluk Islam dari S.Abdullah bin S. Ahmad dari Yaman dengan memakai nama baru
iaitu Sultan Muzafar Syah. Begitu juga dengan Parameswara yang pula memeluk Islam
dari Sheikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama kepada Sultan Muhammad
Syah

Anda mungkin juga menyukai