Anda di halaman 1dari 9

CARTA ORGANISASI KADET POLIS 2017

PENGERUSI : MUHAMMAD RIFA’IE BIN AFFANDI

NAIB PENGERUSI : ZAHIYAH BINTI BASIT

SETIAUSAHA : SAHLAN ASLAN BIN ADNAN

BENDAHARI : NUR IZYANI BINTI MOHD AMRAN ARIF

BLOGGERS : NURUL NASZIHA BINTI MOHD NASIKIN

AHLI JAWATANKUASA T5 : NUR HASRIEZAM NAIM


: NUR AIN NABILAH

AHLI JAWATANKUASA T4 : M. AIMAN BIN MUHD NAZLI


: NUR NAJIHAH BINTI IBRAHIM

AHLI JAWATANKUASA T3 : M.IKHMAR HAKIM BIN M.GHAZALI


: NUR HAFIZAH BINTI ROSTAM

AHLI JAWATANKUASA T2 : M.ALIEF NAJMI BIN SOPIAN


: NUR SYAFIRAH BINTI MOHAMMAD NIZAR

AHLI JAWATANKUASA T1 : M.AZAMMUDDIN BIN SHAHRID


: M.AMMAR ZAHIM BIN HAMIZA
SEJARAH KADET POLIS DITUBUHKAN DI MALAYSIA
1. Dasar Penubuhan
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP
bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti
berikut:
Pangkat ACP – Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat Supt. – Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah
Pangkat DSP/ASP – Sekurrang-kurangnya 2 buah sekolah
Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi
menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah
5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan
permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.
TUJUAN DITUBUHKAN
(a) Peranan Belia Di Dalam “Nation Building”
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan
negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang
dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi,
politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin,
berpelajaran dan bertanggungjawab.
(b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
(i) Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial,
emosi, moral, mental dan fizikal.
(ii) Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta
kebijaksanaan murid-murid sekolah.
(iii) Memperkayakan masa lapang murid-murid
(c) Sebagai satu strategi ‘Perhubungan Polis-Masyarakat’
MATLAMAT PENUBUHAN
Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP
adalah berikut:-
(a) Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas
Polis pada amnya
(b) Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar
sekolah
(c) Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-
undang
(d) Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada
masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal keselamatan
(e) Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan
hubungan erat di antara Polis dengan orang awam
(f) Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan
(g) Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.
2. Organisasi
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang
inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai
Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30
orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan
dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai
Komander kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun,
seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang
sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet
senbagai Sarjan Platun, dua belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen
dan 120 Anggota Kadet.
3. Permohonan Menjadi Ahli
Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah
dibuat mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti
lampiran dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk
mendapatkan kelulusan.
Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat
mengikut borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan
dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang terdiri
daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri seperti
berikut:-
– Ketua Polis Daerah/wakil
– Pegawai Pendidikan Daerah/Wakil
– Pengetua Sekolah/Wakil
4. Kuasa Melantik
Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli
Kadet adalah seperti berikut:-
– Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat Asisten
Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan
Menteri Dalam Negeri.
– Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat inspektor oleh
Ketua Polis Negara.
– Perlantikan Pegawai Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet
oleh Ketua Polis Negeri.
5. Syarat-syarat Kelayakan
Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syarat-
syarat berikut:-
– Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21
tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.
– Guru2 dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
– Anggota-anggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet
Bomba, St John dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi
anggota PKP.
– Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm
atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah
mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
– Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120
cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah
mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.
– Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan
diakui oleh Pegawai Perubatan.
– Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh
Pengetua Sekolah.
6. Perletakan Jawatan
Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan
memberi notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut
Seksyen 71, Akta Polis 1967.
7. Latihan/Aktiviti
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan
kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang
ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:-
– Pengetahuan Am Kepolisan
Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahunn am
kepolisan meliputi kawat, syarahan undag-undang, latihan menembak,
perkhemahan dan sebagainya.
– Bina diri/kreativiti Semua anggota kadet hendaklah
didedahkan dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-
masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan
model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan sebagainya.
– Khidmat masyarakat
Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat
penyayang. Latihan-latihan kebombaan dan pertolongan cemas serta
lawatan kerumah-rumah kebajikan dan kerja-kerja amal di kalangan
masyakarat hendaklah dijalankan berterusan.
– Ketahanan diri
Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi,
berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni
mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh
dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.
– Kepimpinan
Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis
hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan
motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap anggota
bawahan dengan lebih baik.
8. Pakaian Seragam
Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam
sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2 PKP
hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua
Polis Negara.
– Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana
yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah.
– Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain
sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah.
– Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai
Pemerintah. Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada
sanggota kadet.
Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, ‘angklet’, tali pinggang
hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan).
Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan perempuan
seperti di bawah:

LOGO KADET POLIS


UNIFORM LENGKAP KADET POLIS

PANGKAT

RIBEN KENAIKAN PANGKAT

LENCANA PANGKAT
LIRIK LAGU POLIS SEDIA BERKHIDMAT

Polis sedia berkhidmat


Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahgia
Aman sentosa
Polis Sedia Berkhidmat

Polis sedia berkhidmat


Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahgia
Aman sentosa
Polis Sedia Berkhidmat

Tanda lekat di lengan


Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat


Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahgia
Aman sentosa
Polis Sedia Berkhidmat.

Anda mungkin juga menyukai