Anda di halaman 1dari 15

Sistem Pendidikan

Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat dititikberatkan oleh Islam. Ia tergambar
dalam bentuk ayat pertama al-Quran yang diturunkan. Lebih jelas lagi ialah pemaparan yang
dibuat oleh al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulmiddinnya khususnya dalam bab `kitab al-Ilmu’
[Kitab / Bab ilmu]. Pendidikan bukan sekadar pemindahan maklumat dari seorang guru
kepada murid bahkan ia merupakan suatu proses untuk membentuk insan yang cemerlang
menurut kaca mata atau ajaran Islam. Kecemerlangan di dalam Islam mempunyai perspektif
yang berbeza berbanding dengan Barat. Individu yang cemerlang adalah individu yang
dapat melaksanakan tugasnya sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam iaitu sebagai
hamba dan juga sebagai Khalifah Allah dalam erti yang dihuraikan oleh Rasulullah [s.a.w.],
para sahabat dan para ulamak ulamak pewaris Rasul. Setiap individu yang berjaya
menjalankan fungsi di atas dengan baik akan disebut 2 sebagai insan rabbani. Untuk
mencapai tahap sedemikian, maka sistem pendidikan juga tatacara pengajaran mestilah
berteraskan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah [s.a.w].

Sistem pendidikan di dalam Islam menekankan aspek pembangunan Insan.


Pembangunan insan bermaksud manusia dibangunkan dengan sifat-sifat kemanusian
sesuai dengan fitrah kejadiannya. Setiap manusia dijadikan dengan komposisi yang sama
iatu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Pendidikan Islam menekankan bahawa ke
empat-empat eleman tersebut mestilah dibangunkan secara bersepadu. Pengabaian
terhadap salah satu dari aspek di atas akan menyebabkan berlakunya kepincangan di
dalam masyarakat.

Dalam konteks individu, pendidikan termasuk salah satu keperluan asasi manusia.
Sebab, ia menjadi jalan yang lazim untuk memperoleh pengetahuan atau ilmu. Sedangkan
ilmu akan menjadi unsur utama panduan kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, Islam tidak
saja mewajibkan manusia untuk menuntut ilmu, bahkan memberi dorongan serta arahan
agar dengan ilmu itu manusia dapat menemukan kebenaran hakiki dan menggunakan
ilmunya di atas jalan kebenaran itu. Rasulullah Saw bersabda, “Tuntutlah oleh kalian akan
ilmu pengetahuan, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah azza
wa jalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah.
Sesungguhnya ilmu itu akan menempatkan pemiliknya pada kedudukan tinggi lagi mulia.
Ilmu adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan akhirat.” [HR. ar-Rabî’].

Sumber Pendidikan dalam Islam

Pendidikan di dalam Islam mestilah berpandukan dua teras utama ini iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah.
Pendidikan menurut al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui Malaikat Jibril dan membacanya dikira ibadah. Al-Quran merupakan sumber paling
utama bagi umat Islam kerana ilmu yang ada di dalamnya tidak terjangkau akal manusia. Al-
Quran juga menjadi panduan kepada setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian
kerana di dalamnya terdapat peraturan-peraturan, hukum dan segala perkara yang mesti
diikuti oleh manusia. Dalam tidak sedar Al-Quran merupakan petunjuk kepada manusia
untuk kehidupan ini kerana ilmu pengetahuan di dalamnya yang banyak mendidik manusia
menjadi khalifah di dunia ini.

Allah telah menjanjikan darjat yang tinggi kepada manusia yang mencari ilmu dan
mempunyai ilmu pengetahuan. Hal ini berdasarkan firman Allah SAW dalam surah Al-
Mujadalah ayat 11:

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

Selain itu, perkara pertama yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
melalui malaikat Jibril ialah membaca kerana daripada membaca itulah kita akan dapat
memproses ilmu pengetahuan, membezakan perkara hak dan batil dan sebagainya.

Al-Quran juga merupakan mukjizat Hissi yang memerlukan mata hati kita untuk
menilai kemukjizatannya. Mereka yang beramal denngan al-Quran sepanjang hidupnya
mesti tidak akan sesat selama-lamanya.

Pendidikan menurut As-Sunnah

As-sunnah bermaksud setiap perbuatan, percakapan, iktikad dan ucapan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad SAW dalam kehidupannya. As-sunnah merupakan sumber utama
yang kedua dalam Islam selepas al-Quran.

As-Sunnah membawa banyak fungsi dan kepentingan dalam pendidikan. Antaranya


ialah menetapkan dan menguatkan hukum-hukum yang telah ada dalam al-Quran,
memperincikan dan menafsir ayat-ayat al-Quran yang masih mujmal, mentakhsis ayat-ayat
al-Quran yang umum, menjelaskan ayat-ayat al-quran dan menetapkan hukum yang tidak
terdapat dalam al-Quran.

Jelaslah bahawa as-Sunnah membawa fungsi yang amat penting dalam pendidikan
Islam kerana fungsinya yang pelbagai.
Pendidikan Kanak-Kanak

Islam sangat menekankan tentang pendidikan pada setiap peringkat umur termasuklah
kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan tahap yang paling penting di mana segala bentuk
ilmu pengetahuan dan informasi yang diberi dan dilihat dapat diserap dengan baik. Proses
pembesaran kanak-kanak mestilah diisi dengan perkara-perkara yang baik kerana mereka
berada di peringkat yang paling laju perkembangan kognitifnya berbanding peringkat lain.

Pada zaman Rasulullah, kanak-kanak pertama yang memeluk agama Islam ialah Ali
Bin Abi Talib. Walaupun masih di peringkat kanak-kanak, beliau amat cergas dan cerdas
dalam mempelajari agama Islam dan sentiasa bersama-sama Rasulullah dalam
memperjuangkan agama Islam. Kanak-kanak seperti beliaulah yang mesti diacu oleh
system pendidikan sekarang.

Sistem masyarakat

Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas ikatan
syariah rabbani yang bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman damai.
Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling
berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Masyarakat Islam yang pertama ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat di Madinah. Umat Islam yang berada di bawah kepemimpinan Nabi
Muhammad s.a.w. telah melaksanakan tugas yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan
cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan
menjadi contoh bagi masyarakat Islam selepasnya.

Tegasnya, walaupun masyarakat Islam terdiri daripada pelbagai kelompok manusia


seumpama lelaki, perempuan, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun perbezaan ini
tidak menyekat masyarakat Islam daripada mengenali atau berinteraksi antara satu sama
lain. Uniknya, masyarakat Islam dari segi definisinya bukanlah kerana perbezaan warna,
kulit, bangsa, bahasa dan negara, tetapi sejauhmana masyarakat itu tunduk dan patuh
kepada Allah s.w.t. Ketakwaanlah yang menjadi ukuran penting dalam menentukan konsep
masyarakat Islam.

Asas-asas pembinaan masyarakat Islam


Al-Qur’an dan al-Sunnah telah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam
pembentukan kehidupan masyarakat Islam. Berikut adalah asas-asas yang membentuk
masyarakat Islam:

1. Akidah Islam

Asas utama pembentukan masyarakat Islam adalah untuk memelihara, menjaga dan
menegakkan akidah Islam. Akidah tauhid amat penting untuk membebaskan manusia
daripada belenggu khurafat yang boleh membawa kemunduran iaitu kepercayaan karut-
marut yang tidak berasaskan akal rasional. Akidah tauhid juga akan membebaskan manusia
daripada belenggu modenisme yang menafikan kewujudan Tuhan sehingga membawa
kehancuran akhlak manusia dan sistem nilai.

2. Tolong-menolong atas kebaikan bukan kerosakan

Masyarakat Islam mesti bekerjasama untuk kebaikan dan tidak bekerjasama untuk
melakukan dosa dan perbuatan keji.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janga

(Surah al-Maidah: 2)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik.

(Surah al-A’raf: 56)

3. Bersatu padu sesama manusia adalah ibadat yang mulia

Masyarakat Islam menekankan aspek bersatu padu sebagai satu bentuk ibadat yang
dituntut dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika mereka berpeg

(Surah al-Imran: 112)

Ketiga-ketiga asas di atas adalah dasar utama pembentukan kehidupan masyarakat


Islam.

Peranan, hak dan tanggungjawab dalam masyarakat Islam

Di samping memahami konsep dan asas-asas pembentukan masyarakat Islam, anda


juga harus sedar akan peranan, hak dan tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat
Islam. Antara peranan, hak dan tanggungjawab yang digariskan dalam Islam adalah seperti
yang tertera di bawah:

1. Hak individu

Setiap individu berperanan dan bertanggungjawab menjaga diri sendiri dari segi
jasmani dan rohani. Kesihatan rohani dan jasmani amat penting dalam pembinaan individu
yang sihat dan sejahtera. Perkara-perkara yang merosakkan diri seperti minum arak dan
makan benda yang haram harus dielakkan sesuai dengan firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasan.

(Surah al-Baqarah: 195)

2. Hak keluarga
Setiap ahli keluarga perlu bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan
menyediakan keperluan asas seperti makanan, minuman dan tempat tinggal yang selesa.
Malah, hak keluarga juga termasuk peranan ibu bapa memberi pendidikan Islam yang
sempurna kepada anak-anak agar ahli keluarganya tunduk kepada Allah sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu serta ahli keluarga kamu daripada api

(Surah al-Tahrim: 6)

3. Hak untuk hidup

Nyawa adalah sesuatu yang mulia dalam Islam dan setiap individu dalam
masyarakat harus menghormati dan menghargai nyawa manusia. Malah syariah Islam
memberi keutamaan dalam memelihara nyawa manusia sepertimana tercatat dalam firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesiapa yang membunuh manusia tanpa alasan yang membolehkan dia membunuh
dia telah membunuh manusia kesemuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup
manusia keseluruhannya.

(Surah al-Maidah: 32)

4. Menjaga maruah dan peribadi

Islam melarang setiap ahli masyarakat terlibat dalam perbuatan menjatuhkan


maruah peribadi seseorang insan. Maruah dan peribadi adalah suatu nilai yang sangat mulia
dalam Islam. Orang yang bermaruah dan berperibadi tinggi tidak akan melakukan perbuatan
mencari kesalahan atau keburukan orang lain sehingga mencemarkan maruah dan peribadi
orang itu. Malah, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

Dan janganlah sesetengah daripada kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lai
panggilan yang buruk.
(Surah al-Hujurat: 11)

5. Kebebasan berfikir dan menyatakan pendapat

Setiap individu bebas berfikir dan menyuarakan pendapat untuk menyatakan


pandangan peribadi mereka. Namun begitu, kebebasan ini tidak boleh melanggar ketetapan
syariah seumpama menyebarkan fitnah dan khabar buruk tentang seseorang yang tidak
disukainya.

6. Kebebasan bergerak

Setiap manusia adalah bebas bergerak dalam negara yang sah sebagai tempat
tinggalnya. Oleh itu, tiada siapa yang berhak untuk memaksanya meninggalkan sesuatu
tempat itu tanpa sebab-sebab yang munasabah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan maka berjalanlah di me
oleh Allah.

(Surah al-Mulk: 15)

7. Hak sama rata

Setiap manusia berhak untuk mendapatkan layanan yang sama rata tanpa mengira
bangsa dan keturunan. Malah, semua orang adalah sama di sisi Allah s.w.t. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:

Bagi mereka masing-masing (daripada jin dan manusia yang berbuat baik dan jaha
telah mereka kerjakan.

(Surah al-Ahqaf: 19)

8. Hak keadilan dan kehakiman


Tiada perbezaan kelas dalam perundangan Islam kerana setiap orang berhak
mendapatkan pengadilan dan kehakiman untuk dirinya daripada penindasan dan
penganiayaan. Pemerintah bertanggungjawab untuk memastikan setiap rakyat mendapat
hak pengadilan yang saksama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Hendaklah kamu menjalankan hukuman antara mereka dengan apa yang diturunkan

(Surah al-Maidah: 49)

9. Menegakkan makruf dan mencegah mungkar

Usaha menegakkan kebaikan dan mencegah keburukan adalah tanggungjawab


setiap individu yang perlu dilakukan secara bersama-sama. Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud:

Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan dan m
perbuatan yang salah (buruk dan keji) dan mereka itulah orang yang berjaya.

(Surah al-Imran: 104)

10. Hak berpolitik dan bernegara

Negara Islam harus memberi hak berpolitik kepada sesiapa sahaja tanpa mengira
agama dan keturunannya. Hak mendapat perlindungan politik dan negara adalah
berdasarkan hakikat bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keadilan dan
keamanan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan jika seorang daripada kaum Musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk m
mendengar keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu) kemudiaan hantarlah dia ke mana-m

(Surah al-Taubah: 6)

11. Hak pendidikan

Setiap manusia mempunyai hak untuk menuntut ilmu. Islam mewajibkan setiap
Muslim, baik lelaki atau perempuan menuntut ilmu pengetahuan. Pemerintah juga wajib
menyediakan kemudahan asas untuk masyarakatnya menuntut ilmu. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w.:

Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimat.

(HR. Ibn Majah, al Baihaqi, Ibn Abd al-Barr)

Islam dan masyarakat majmuk

1. Konsep dan falsafah

Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, bahasa,


kebudayaan dan agama. Negara Islam yang pertama disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w.
di Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk. Tegasnya, komponen utama masyarakat
majmuk dalam negara Islam terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam.

Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bukanlah


sesuatu yang asing bagi Islam. Malah, Allah s.w.t. telah menciptakan kepelbagaian manusia
yang wujud di muka bumi ini seperti firman-Nya yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan d
kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu ialah yang paling ber

(Surah Al-Hujurat: 13)

Maksud ayat di atas jelas menggambarkan pengiktirafan al-Qur’an terhadap


kewujudan masyarakat majmuk. Ini boleh menambahkan kepelbagaian dan rencam hidup
manusia supaya lebih menarik dan indah. Dengan kepelbagaian yang ada, manusia boleh
kenal-mengenal dan menambahkan pengetahuan masing-masing.

Bagaimanapun Islam memberi amaran bahawa kepelbagaian tidak seharusnya


menjadi asas kepada perbezaan layanan keadilan dan taraf kedudukan. Menurut Islam,
semua manusia walau apa jua bangsa atau warna kulit adalah sama. Satu perkara yang
membezakan kedudukan mereka di sisi Allah ialah tahap ketakwaaan.

2. Peranan, hak dan tanggungjawab


Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam mengendalikan masyarakat
majmuk. Hak dan tanggungjawab masyarakat majmuk telah digariskan dalam Piagam
Madinah iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang telah disusun oleh Nabi
Muhammad s.a.w. berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Antara hak dan tanggungjawab
yang tertera dalam Piagam Madinah adalah seperti berikut:

a. Semua masyarakat adalah satu ummah yang bertanggungjawab menjaga


kedaulatan negara.

b. Warganegara Islam dan warganegara bukan Islam bertanggungjawab


mempertahankan keselamatan negara daripada serangan musuh atau penceroboh.

c. Setiap warganegara bebas bergerak dan menetap di Madinah.

d. Setiap warganegara bebas bergiat, memiliki harta dan menuntut ilmu.

e. Masyarakat wajib saling menolong atas kebaikan bersama.

f. Masyarakat tidak boleh membantu musuh atau sekutu untuk melakukan


kemungkaran.

g. Setiap warganegara yang dizalimi mesti dibantu dan berhak mendapat


pembelaan.

h. Kebebasan mengamalkan ajaran agama tanpa paksaan.

i. Semua masyarakat mesti mengamalkan nilai yang baik.

Hak dan tanggungjawab yang dinyatakan di atas adalah beberapa prinsip penting
yang digariskan dalam Perlembagaan Madinah yang tediri daripada 47 Fasal (telah
dijelaskan dalam Unit 2). Masyarakat majmuk yang dibentuk di Madinah telah berjaya
menjamin keadilan dan hak semua warganegara. Islam telah diterima hampir sepertiga
dunia; dari Madinah, Eropah, Afrika, Asia dan negara-negara lain kerana sifat kepelbagaian
yang ada dalam masyarakatnya.

Namun begitu, masyarakat beragama Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan
hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:

1. Kewajipan terhadap Allah s.w.t. apabila seseorang itu mengumumkan Islam


sebagai agamanya (tanggungjawab akidah atau agama).

2. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam


sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik).
mmatan wasatan (Umat pertengahan)

Umat Islam adalah umat pertengahan iaitu umat yang seimbang dan sederhana cara
hidupnya. Islam melarang sikap ekstremisme dan melampau batas dalam agama kerana
Islam adalah agama yang berprinsipkan keseimbangan dan kesederhanaan.

Prinsip keseimbangan dan kesederhanaan Islam dapat ditinjau dari pelbagai aspek
iaitu akidah, ibadah, kerohanian dan kebendaan, individu dan masyarakat.

1. Akidah

Dari sudut akidah, Islam menyeru umatnya agar menggunakan akal fikiran, dalil dan
hujah untuk mengukuhkan imannya terhadap Allah s.w.t. Malah, Allah s.w.t. memuliakan
hamba-Nya dengan ilmu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Allah s.w.t. pasti mengangkat darjat orang berilmu daripada kamu dan orang yang d

(Surah al-Mujadalah: 11)

Islam menyeru umatnya mengusai ilmu berasaskan wahyu. Malah Islam


mengimbangi antara peranan wahyu dan ilmu akal. Akidah Islam bukanlah kepercayaan
tahyul dan karut-marut yang berasaskan imaginasi dan anganangan semata-mata.
Selain itu, akidah Islam adalah akidah pertengahan iaitu antara kepercayaan yang
menolak kewujudan Tuhan secara mutlak seperti golongan ateis atau mulhid (tidak percaya
Tuhan) dan kepercayaan yang menerima banyak Tuhan seperti golongan polytheist atau
musyrik. Kedua-dua golongan ini merupakan dua bentuk ekstrimisme melampau yang
ditolak oleh Islam.

Islam menolak kepercayaan golongan ateis dengan mempertahankan bahawa


Tuhan itu ada dan menolak kepercayaan golongan polytheist dengan mempertahankan
bahawa Tuhan itu hanya satu. Dengan itu, konsep tauhid merupakan manifestasi penting
dalam kesederhanaan Islam.

Akidah Islam juga adalah tidak ekstrim kerana ia tidak menolak kewujudan Tuhan
sepenuhnya seperti golongan ateis yang tidak percaya akan adanya Tuhan yang mencipta
langit dan bumi atau mempercayai segalagalanya sebagai objek Tuhan tanpa hujah yang
kukuh. Ilmu adalah asas untuk mengukuhkan akidah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t.
yang
bermaksud:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah mencipta manusia da

(Surah al-Alaq :1-2)

2. Ibadat

Dari segi ibadat pula, umat Islam tidak diseru supaya terus beramal ibadat sehingga
meninggalkan urusan harian dunia. Sikap melampau dalam amal ibadat sepertimana
diamalkan oleh pendeta-pendeta agama lain dilarang sama sekali oleh Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

Demi Allah, akulah manusia yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa ke
Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini dia tidak termasuk dalam golonganku.

(HR. Bukhari dan Muslim)

3. Rohani dan jasmani-dunia dan akhirat


Umat Islam perlu seimbangkan keperluan rohani dan jasmani. Sikap mengutamakan
keperluan rohani dengan mengabaikan keperluan jasmani dilarang dalam Islam. Umat Islam
perlu menjaga kesihatan tubuh badan di samping mendekatkan diri kepada Allah dengan
amal soleh seperti bersolat, memberi zakat dan berpuasa agar rohani iaitu jiwa dan hati
menjadi bersih dan teguh dengan cahaya iman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai mereka yang beriman jangan kamu mengharamkan perkara-perkara yang


kerana Allah tidak menyukai mereka yang melampau batas.

(Surah al-Maidah: 87)

Selain itu, kehidupan di dunia dan di akhirat perlu diseimbangkan dengan sikap umat
Islam yang mengutamakan dunia seperti golongan materialis dan mengutamakan akhirat
semata-mata seperti biarawan dan biarawati tidak dibenarkan sama sekali.

Malah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat

(Surah al-Qasas: 77)

4. Individu dan masyarakat

Islam amat mengutamakan keperluan masyarakat dan individu serta menitikberatkan


masalah individu dan masyarakat. Bagi Islam hak individu perlu dipenuhi dan hak
masyarakat tidak boleh diabaikan. Sikap mementingkan kepentingan individu sahaja
sehingga menjejaskan kepentingan masyarakat atau terlalu mengutamakan kepentingan
masyarakat sehingga menjejaskan kepentingan individu ditolak sama sekali dalam Islam.

Islam juga menolak sikap melampau golongan materialis dan kapitalis yang
bersikap ‘ananiyyah’ atau individulistik serta sikap melampau golongan sosialis yang
mementingkan masyarakat. Sebaliknya, Islam menyeru sikap seimbang dalam membantu
keperluan individu dan masyarakat.
Dalam hal ini, Islam mengakui bahawa setiap individu mempunyai keupayaan dan
potensi yang berbeza-beza. Dengan itu setiap manusia akan dianugerahkan dengan kadar
kekayaan yang tidak sama seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Allah melebihkan rezeki sesetengah kamu ke atas sesetengah orang yang lain.

(Surah al-Nahl: 71)

Ummatan khayru (Umat yang terbaik)

Islam menyeru ke arah pembentukan umat yang terbaik sebagaimana firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:

Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kep

(Surah al-Imran: 110)

Masyarakat Islam adalah berbeza daripada masyarakat lain kerana mereka


mempunyai kewajipan untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan menghalang manusia
daripada melakukan perbuatan yang jahat. Di samping solat, puasa, zakat dan haji sebagai
amalan wajib, umat Islam juga diwajibkan untuk mempraktikan amar makruf dan nahi
mungkar.

Malah, Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud:

Dan orang yang beriman sama ada lelaki dan perempuan sebahagian mereka ada
dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah
Bijaksana.

(Surah al-Taubah: 71)

Ayat ini jelas membuktikan bahawa kriteria utama Islam bagi sesuatu masyarakat
dan individu selain solat dan zakat ialah amar makruf dan nahi mungkar.

Tegasnya, umat Islam ialah umat yang terbaik kerana misi dan tanggungjawab
diamanahkan kepada mereka adalah menyeru seluruh manusia ke arah kebaikan dan
mencegah umat manusia daripada perbuatan yang jahat.
Pada pandangan anda, adakah misi amar makruf dan nahi mungkar amat penting
untuk menjadi umat yang terbaik ?

Jawabnya, ya kerana untuk membentuk masyarakat yang aman dan berjaya, kita
tidak hanya boleh mengharapkan sebahagian sahaja daripada ahli masyarakat tersebut
yang mematuhi undang-undang dan nilai-nilai baik, bekerja dengan tekun serta menjalankan
penyelidikan dan pembangunan, manakala satu gologan lain dibiarkan untuk hidup berfoya-
foya, melanggar undang-undang, melakukan jenayah, malas dan tidak proaktif. Oleh itu,
golongan yang kedua ini hendaklah sentiasa didekati dan diseru untuk melakukan kebaikan
dan mereka hendaklah dipantau dan dicegah daripada melakukan kejahatan dan jenayah.
Setelah semua ahli masyarakat memiliki nilai-nilai dan amalan yang baik dan berfaedah
maka masyarakat tersebut akan menjadi aman dan maju seterusnya mereka akan muncul
sebagai umat terbaik. Inilah hakikat sebenar yang menjadikan amar makruf sangat penting
dalam konteks untuk menjadi umat terbaik atau cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di Malaysia, usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar ini telah dijalankan secara
berterusan walaupun ia masih jauh daripada mencukupi. Usaha ini telah dilaksanakan oleh
semua peringkat dan lapisan masyarakat daripada individu, persatuan penduduk,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan. Malah, tindakan Badan
Pencegah Maksiat, Badan Pencegah Rasuah, dan Rakan Cop dalam mencegah
kemungkaran yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita patut dipuji. Selain
itu, terdapat beberapa usaha badan dakwah dan NGO yang terus menjalankan aktiviti
menyeru kebaikan kepada anggota masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai