Anda di halaman 1dari 2

Konsep Asas dan Pengertian Seni

Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-
expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi
visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek
berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya
seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci
aspek-aspek berkenaan.

Penyataan Diri (self-expression)

Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas.
Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya
berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan
merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-
kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri
kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar
dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka
menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak
terkawal. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca
atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock.
Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan
manifestasi fikiran.

Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)

Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D
secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca,
ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat
3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati
dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Kandungan/Isi/Mesej (Contents/makna)

Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi.
Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D
seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam
lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang
Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan
menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan
rakaman sejarah dan budaya secara tampak.Biasanya mesej atau maksud dalam
sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu
pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau
pengkritik/audien.