Anda di halaman 1dari 4

KEM KECEMERLANGAN UPSR

FASA 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN PERDANA,


JALAN PERDANA 3/1,
PANDAN PERDANA
55300 AMPANG SELANGOR
TEL/FAX : 03-92821446 /03-92821439

Pendahuluan

Untuk melengkapkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan, murid-murid bukan sahaja
memerlukan strategi dan teknik menjawab soalan yang betul dan tepat serta sesuai dengan kehendak
sistem pendidikan masa kini tetapi juga haruslah diberi pendedahan dari segenap aspek (Jasmani, emosi,
rohani dan intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, Unit
Kecemerlangan UPSR sekolah merancang untuk mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2018

Matlamat

Memberi pendedahan dari segenap aspek (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dalam meningkatkan
pencapaian murid dalam 5 matapelajaran teras UPSR khususnya.

Objektif

Di akhir program ini, murid-murid akan dapat:

 meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan diri.


 memanfaatkan masa lapang mereka dengan melakukan ulangkaji bersama rakan sebaya.
 melatih diri mengurus serta merancang penggunaan masa dengan betul.

Sasaran

Kem Kecemerlangan UPSR ini mensasarkan penglibatan dari semua murid Tahun 6 bagi tahun 2018,
Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana.
Kaedah perlaksanaan

 Latih tubi
 Kelas bimbingan
 Sesi Kerohanian
 motivasi

Cadangan tarikh dan tempat

Tarikh : 03 Ogos – 06 Ogos 2017 (Isnin – Jumaat)


Masa : Isnin & Selasa ( 1.45 petang – 9.00 malam )
Rabu – Jumaat (1.15 petang – 9.00 malam )
Tempat : SK Pandan perdana.

Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : En Fadzil bin Ariffin (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohamad Shahizan bin Daroji (PK1)
N. Pengerusi : Cik Ku Norazrihan bt Ku Mohd Yusof (HEM)
Penyelaras / Setiausaha : Pn. Nor Azzalina bt Azahar (Unit Kecemerlangan UPSR)
Bendahari : Pn Normazlin bt Mohamed Zi

Jawatankuasa Kecil

Guru B. Melayu : Pn. Normazlin bt Mohd Zi / Pn Fauzalina bt Ahmad


Guru B. Inggeris : Cik Liona a/p Kolandhasamy /Pn Mary Anne
Guru Sains : Cik Ku Norazrihan bt Ku Mohd Yusof
Guru Matematik : Pn. Nor Azzalina bt Azahar /Pn Putri Jasmarina bt Jasmi
Kerohanian : En. Ahmad Sidqi bin Danial / Pn Nurul Fadzilah bt Abu Zarim
Jamuan : Pn Suzane bt Jusoh
Jadual Kem kecemerlangan UPSR (Fasa 1) 2018

Jadual kem adalah seperti di lampiran (tertakluk kepada pindaan masa dan keadaan jika perlu).

MASA / 1.30 -2.00 2.00 - 3.30 3.30-5.00 5.00 -5.30 5.30- 7.00 7.00-8.00 8.00-9.00
TARIKH PTG PTG PTG PTG PTG MLM MLM
MINUM
MKN TGH & BENGKEL PTG & BENGKEL
ISNIN SOLAT BENGKEL BAHASA SOLAT BAHASA PENGURUSAN BENGKEL
ZOHOR MATEMATIK MELAYU ASAR INGGERIS DIRI SAINS
MINUM
MKN TGH & BENGKEL BENGKEL PTG &
SOLAT BAHASA BAHASA SOLAT BENGKEL PENGURUSAN BENGKEL
SELASA ZOHOR MELAYU INGGERIS ASAR SAINS DIRI MATEMATIK
MINUM
MKN TGH & BENGKEL PTG & BENGKEL
SOLAT BAHASA BENGKEL SOLAT BENGKEL PENGURUSAN BAHASA
RABU ZOHOR INGGERIS SAINS ASAR MATEMATIK DIRI MELAYU
MINUM
MKN TGH & PTG & BENGKEL BENGKEL
SOLAT BENGKEL BENGKEL SOLAT BAHASA PENGURUSAN BAHASA
KHAMIS ZOHOR SAINS MATEMATIK ASAR MELAYU DIRI INGGERIS

Kewangan

Anggaran Perbelanjaan:

BIL. PERKARA KOS (RM) X BIL BIL. MURID TOTAL (RM)


HARI
1. MAKAN TENGAHARI RM 5.00 X 5 HARI 42 ORANG RM 1050.00
2. MINUM PETANG RM 2.00 X 5 HARI 42 ORANG RM 420.00
3. MAKAN MALAM RM 5.00 X 5 HARI 25 ORANG RM 1050.00

JUMLAH : RM 2520.00

Anggaran perbelanjaan keseluruhan bagi 5 hari kem adalah sebanyak RM 2520.00 sahaja.
Penutup

Kesimpulannya, program ini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid, motivasi diri,
strategi dan teknik dalam menjawab soalan UPSR selaras dengan potensi diri yang ada pada murid-murid
untuk menuju kecemerlangan serta melahirkan murid-murid yang berkualiti yang seiring dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ ___________________
PN. NOR AZZALINA BT AZAHAR EN. MOHAMAD SHAHIZAN BIN DAROJI
Penyelaras, Guru Penolong kanan 1,
Bengkel Pemantapan UPSR (2018), SK Pandan Perdana.
SK Pandan Perdana

Disahkan oleh,

______________________________
EN FADZIL BIN ARIFFIN
Guru Besar,
SK Pandan Perdana

Anda mungkin juga menyukai