Anda di halaman 1dari 1

Ayat Tunggal Dengan Perluasan Subjek

Jenis Perluasan Ayat :


1. Perluasan pada frasa nama / subjek
a) Lady Gaga itu penyanyi popular.
Lady Gaga yang pelik itu penyanyi popular.
b) Rumah itu terbakar.
Rumah di hujung kampung terbakar.

2. Perluasan pada predikat


a) Mei Mei mencari diarinya.
Mei Mei mencari diarinya yang berwarna hitam keemasan.
b) Raihan membeli pensel.
Raihan membeli pensel yang dipesan oleh adiknya.

Latihan :
Bina ayat tunggal dengan perluasan subjek berdasarkan contoh yang diberikan.

1. Rohani membaca buku cerita.

2. Abang melayari internet.

3. Siti menunggu bas tiba.

4. Rumah itu milik Datuk Sri Vida.

5. Sayur-sayuran baik untuk kesihatan.