Anda di halaman 1dari 10

C5646-TOPIK 2 1

TOPIK 2

PENGGUNAAN PENDERIAAN JAUH


2.0 PENGENALAN

Data-data penderiaan jauh pada masa ini telah banyak digunakan di dalam
berbagai-bagai bidang seperti pertanian, perhutanan, kejuruteraan, geologi,
kajicuaca, pemetaan, perancangan bandar dan sumber air. Di dalam bab ini
akan dibincangkan bidang-bidang berikut:
a) Pertanian dan perhutanan,
b) Geologi,
c) Sumber air,
d) Kajicuaca,
e) Pemetaan dan
f) Perancangan bandar.

2.1 REMOTE SENSING UNTUK PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Boleh dibahagikan kepada:

a) Pengenalpastian dan perhitungan kawasan terlibat.


b) Anggaran hasil pengeluaran.
c) Pengawasan penyakit.
d) Analisa bencana alam.

Semua bahagian di atas menggunakan data satelit penderiaan jauh.


Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah hasil pembalikan tenaga
elektromagnetik pada julat panjang gelombang nampak, inframerah dan terma
inframerah. Kesemua panjang gelombang ini sangat berguna untuk membuat
analisa kawasan pertanian atau perhutanan melalui kaedah penderiaan jauh.
Oleh itu alat pengesan berbilang spektrum yang mempunyai jalur-jalur tertentu
amat sesuai digunakan kerana rasionalnya merangkumi keperluan sumber alam.
Misalnya, pengesan berbilang spektrum (MSS) satelit SPOT (Systeme
Probatoire d’Observation de la Terre) mengandungi:

Jalur Panjang Gelombang Rasional


1 0.5 – 0.59 µ m Untuk melihat kemuncak pembalikan
(hijau) nampak hijau bagi tumbuh-tumbuhan dan
menentukan perbezaan antara tumbuh-
tumbuhan.
2 0.61 – 0.68 µ m Menentukan perbezaan antara tumbuhan
(merah) dan bukan tumbuhan.
3 0.79 – 0.89 µ m Menentukan kepadatan tumbuhan hijau,
(infra merah) jenis tanaman, jenis tanah dan butiran air.

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 2

2.1.1 Ciri-ciri pembalikan spektrum tumbuh-tumbuhan

a) Spektrum nampak (0.45 – 0.7 µ m)

Rajah 1 menunjukkan bahagian spektrum nampak yang sensitif kepada


kandungan klorofil dalam daun tumbuh-tumbuhan, dimana berlaku proses
penyerapan tenaga elektromagnetik pada panjang gelombang biru (0.4 µ m) dan
merah (0.65 µ m). Secara keseluruhan, keadaan kandungan klorofil pada daun
tumbuh-tumbuhan mengawal pembalikan spektrum dalam gelombang nampak.

Rajah 1

b) Spektrum inframerah (0.7 – 1.3 µ m)

Tiga proses berlaku dalam julat spektrum ini:


i. Pembalikan adalah tinggi, di antara 45% - 50%.
ii. Penyerapan adalah rendah, < 5%.
iii. Perubahan adalah tinggi, di antara 45% - 50%.

Rajah 1 di atas juga menunjukkan julat inframerah dapat menembusi tumbuh-


tumbuhan dengan sepenuhnya. Oleh itu proses tersebut amat bergantung
kepada struktur binaan dalam daun tumbuh-tumbuhan. Contohnya daun yang
tebal mengalami ketiga-tiga proses di atas lebih tinggi berbanding dengan daun
nipis.

c) Spektrum mid inframerah (1.3 – 3.0 µ m)

Di dalam julat spektrum ini, pembalikan bagi tumbuh-tumbuhan adalah


dipengaruhi oleh jalur penyerapan air pada panjang gelombang 1.4µ m, 1.9µ m
dan 2.7 µ m.

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 3

2.1.2 Ciri-ciri pembalikan spektrum tanah

40 Tanah kering

P e m ba l i k a n
30

Tanah lembab
20

10

4 6 8 10 12 14 16 18 20 24 26 x 10-1
Panjang Gelombang
Rajah 2
Geraf pembalikan spektrum bagi tanah (rajah 2) di atas adalah lebih mudah
berbanding dengan tumbuh-tumbuhan. Secara amnya pertambahan bagi
pembalikan adalah berkadar terus dengan pertambahan panjang gelombang. Ia
juga dipengaruhi oleh ciri-ciri tanah, iaitu:

i. Kandungan air,
ii. Kandungan bahan-bahan organik,
iii. Kandungan bahan-bahan mineral, dan
iv. Peratus kandungan pasir, tanah liat dan lumpur.

Magnitudnya berubah-ubah dan pembalikan spektrum bagi tanah yang


lembab adalah lebih rendah dari tanah yang kering. Ini disebabkan oleh proses
penyerapan tenaga berlaku lebih tinggi pada tanah lembab.

2.1.3 Ciri-ciri pembalikan spektrum air

40
Air keruh
P e m ba l i k a n

30 Rajah 3

20
Air jernih
10

4 6 8 10 12 14 16 18 20 24 26 x 10-1
Panjang Gelombang
Geraf pembalikan spektrum bagi air (rajah 3) adalah berbeza jika
dibandingkan dengan tumbuh-tumbuhan dan tanah, terutama pada jalur

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 4

inframerah dan mid inframerah. Proses penyerapan tenaga elektromagnetik


amat tinggi pada jalur tersebut. Oleh itu pembalikan tenaga menjadi terlalu
rendah. Walau bagaimanapun butiran air boleh juga dikenali melalui jalur
inframerah.

Dalam spektrum julat nampak pula, didapati pembalikan spektrum bagi air
agak rumit kerana pembalikan tenaga dipengaruhi oleh:
i. permukaan air,
ii. permukaan dasar, dan
iii. bahan-bahan yang terkandung dalam air seperti mendapan dan
tumbuh-tumbuhan air.

Bagi air jernih didapati hanya proses penyerapan berlaku pada panjang
gelombang yang > 0.6 µm. Oleh itu kebanyakan daripada pembalikan tenaga
adalah dihasilkan oleh dasar permukaan. Maklumat-maklumat ini sangat
berguna bagi menentukan corak kedalaman air tersebut. Bagi air yang keruh
pula hasil pembalikan tenaga adalah tinggi jika dibandingkan dengan air jernih.
Ini disebabkan pembalikan tenaga berlaku pada permukaan air, bahan-bahan
yang dikandungnya dan dasar air. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini boleh
digunakan bagi mengukur tingkat kekeruhan air.

2.2 IDENTIFIKASI DAN INVENTORI KAWASAN PERTANIAN /


PERHUTANAN.

Penggunaan teknologi penderiaan jauh dalam bidang pertanian dan


perhutanan amatlah meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Eropah.

Bagi menjalankan kerja-kerja identifikasi dan inventori kawasan pertanian


dan perhutanan, data dari satelit Landsat dan SPOT boleh digunakan. Dengan
menggunakan data-data tersebut beberapa kelebihan dapat diutarakan. Di
antaranya:

a. Kebolehan satelit penderiaan jauh dalam mengumpul


maklumat-maklumat yang ada di permukaan bumi secara
lengkap dan meluas.
b. Dengan bantuan komputer maklumat-maklumat yang diperolehi
dapat dianalisa secara visual dan berkomputer. Ini boleh
mempertingkatkan ketepatan hasil akhir.
c. Peta tematik yang menggambarkan jenis-jenis kawasan
pertanian/perhutanan dan statistik keluasannya dapat juga
dihasilkan.
d. Dibandingkan dengan kaedah konvensional foto udara, masa
dan kos bagi pengeluaran hasil akhir dapat dikurangkan.
e. Hasil pengelasan yang baik dapat diperolehi sekiranya data
satelit berleraian tinggi seperti SPOT dan Tematic Mapper
digunakan berbanding dengan data Landsat MSS.

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 5

f. Sebarang pertambahan atau perubahan pada maklumat-


maklumat di kawasan pertanian/perhutanan dapat dinilai dari
masa kesemasa dengan penggunaan data satelit kawasan
yang sama tetapi berbeza tarikhnya. Pengemaskinian peta
tematik dapat dilakukan.
g. Penerokaan kawasan pertanian/perhutanan yang baru dapat
juga dirancang melalui analisa imej satelit.
h. Penentuan ciri-ciri kawasan dapat dilakukan seperti kawasan
tanaman getah dewasa dengan kawasan getah muda dapat
dipisahkan kerana pembalikan spektrum bagi kedua-dua
kawasan tersebut adalah berbeza.

Ketepatan yang diperolehi dengan kaedah penderiaan jauh bagi


menganalisa kawasan pertanian/perhutanan dipengaruhi oleh faktor-
faktor berikut:

a. Keadaan semasa pengambilan data satelit.


i. Kedudukan alat pengesan pada satelit berbanding
dengan matahari.
ii. Keadaan atmosfera, dan
iii. Jarak antara alat pengesan dengan objek di permukaan
bumi.
b. Ciri-ciri kawasan pertanian/perhutanan.
i. Peringkat penologikal bagi tumbuh-tumbuhan (musim,
ketinggian yang berbeza dsb.)
ii. Kadar pewrtumbuhan yang tidak sekata, dan
iii. Taburan tumbuh-tumbuhan yang telah diserang
penyakit.
c. Kedaan alam sekitar.
i. Bentuk rupabumi kawasan tersebut.
ii. Jenis-jenis tanah dan strukturnya, dan
iii. Keadaan cuaca semasa pengambilan data.
d. Keadaan pengurusan kawasan pertanian/perhutanan.
i. Masa penanaman yang tidak sekata.
ii. Sistem pengairan.
iii. Kadar penggunaan baja dsb.

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 6

2.3 ANGGARAN TERHADAP HASIL PENGELUARAN.

Setelah proses pengelasan bagi sesuatu kawsan pertanian/ perhutanan


dilakukan, anggaran terhadap hasil pengeluarannya dapat ditentukan. Ini
berdasarkan kepada jumlah keluasan yang telah dikira oleh komputer mengikut
kelas-kelasnya.

Statistik purata hasil pengeluaran dalam unit tan/hektar bagi sesuatu jenis
pertanian/perhutanan boleh diperolehi dari perangkaan yang telah ditetapkan
atau melalui soal selidik di lapangan. Dari kedua-dua maklumat statistik di atas,
jumlah hasil pengeluaran bagi satu-satu jenis pertanian/perhutanan dapat dikira
secara anggaran. Sebagai contoh dengan mmenggunakan data satelit Landsat,
kajian telah dijalankan di negara Jepun dalam dua tahun berturut-turut untuk
menganggarkan keluasan kawasan tanaman padi dan hasil pengeluarannya.
Didapati ketepatan perangkaan yang diperolehi pada tahun pertama adalah 90%
dan ditahun kedua 95%. Hanya terdapat perbezaan lebihkurang 10% daripada
perangkaan hasil pengeluaran padi yang sebenar. Ketepatan ini boleh
dipertingkatkan lagi jika data satelit berleraian tinggi seperti SPOT digunakan.

Walau bagaimanapun, faktor masa dan kos yang digunakan melalui kaedah
penderiaan jauh bagi membuat anggaran hasil pengeluaran sesuatu jenis
pertanian/perhutanan masih dianggap ekonomikal jika dibandingkan dengan
kaedah pengukuran yang dilakukan sepenuhnya di lapangan.

2.4 PENENTUAN DAN PENGAWASAN KEPADA PENYAKIT TUMBUH-


TUMBUHAN

Dengan menggunakan data satelit penderiaan jauh, penentuan dan


pengawasan terhadap penyakit tumbuh-tumbuhan juga dilakukan. Pembalikan
spektrum bagi tumbuh-tumbuhan yang mengalami penyakit samada disebabkan
oleh bakteria atau binatang perosak didapati berbeza jika dibandingkan dengan
tumbuh-tumbuhan hijau segar. Dengan ini hasil pengelasan bagi kawasan
tersebut juga dapat dibezakan melalui analisa imej satelit serta lawatan di
lapangan.

2.5 ANALISA KAWASAN PERTANIAN ATAU PERHUTANAN YANG


MENGALAMI KEROSAKAN KERANA BENCANA ALAM

Data satelit penderiaan jauh berleraian tinggi boleh digunakan bagi


membuat penganalisaan kerosakan kawasan pertanian atau perhutanan yang
disebabkan oleh bencana alam. Sebagai contoh kawasan pertanian yang
mengalami kerosakan akibat banjir dapat ditentukan melalui penelitian kepada
pembalikan spektrumnya. Ia dipengaruhi oleh keadaan kandungan air dan
keadaan kerosakan tumbuh-tumbuhan tersebut. Sebagaimana yang diketahui
pengesan berbilang spektrum dari satelit Landsat dan SPOT boleh membezakan
butiran air daripada butiran yang lain.Dengan berpandukan kepada maklumat
yang diperolehi dari data satelit kawasan yang mengalami kerosakan banjir
dapat ditentukan. Disamping itu maklumat di lapangan mengenai kawasan

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 7

tersebut seperti keadaan permukaan bumi, sistem pengairan dan sebagainya


juga diperlukan bagi membantu proses penganalisaan.

Bagi kawasan pertanian atau perhutanan yang mengalami kebakaran pula


dapat ditentukan melalui satelit penderiaan jauh pada jalur terma inframerah.
Jalur ini boleh memberikan maklumat mengenai haba atau objek yang panas
dengan jelas. Melalui penelitian terhadap gambaran imej yang dipengaruhi oleh
kandungan asap kebakaran dari satelit SPOT boleh juga digunakan bagi
membantu proses penganalisaan.

2.6 GEOLOGI

Data satelit penderiaan jauh boleh membantu ahli-ahli geologi dalam


perkara-perkara berikut:
a. Menghasilkan peta geologi.
b. Menentukan kawasan gelinciran tanah, keretakan dan analisa
butiran linar.
c. Kajian bahan-bahan galian
d. Menentukan bahan-bahan binaan bagi jalan dan bangunan, dll.

Lazimnya dapat dikatakan bahawa ahli-ahli geologi terlibat secara


langsung dengan batu batan yang sejenis atau terdiri dari berbagai-bagai
kandungan bahan mineral. Masalah yang dialami ialah bagi menilai pembalikan
spektrum unsur-unsur geologi. Walau bagaimana pun melalui kajian-kajian yang
dijalankan terhadap sumber-sumber yang mempengaruhi unsur-unsur geologi
seperti kajian secara geobotani (iklim, litupan tumbuhan dan jenis tanah), kadar
hakisan, bentuk struktur butiran geologi dan maklumat-maklumat pembalikan
spektrum, ianya dapat juga ditentukan dengan kaedah penderiaan jauh.

2.6.1 Kajian Secara Geobotani

Dengan kajian ini analisa terhadap tenaga elektromagnetik yang dibalikan


oleh tumbuh-tumbuhan dapat memberikan gambaran unsur-unsur geologi untuk
dikenalpasti. Misalnya hubungan antara tumbuh-tumbuhan dan jenis tanah
adalah berkaitan dengan keadaan geologi kawasan tersebut. Kepadatan
tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut jenis batu-batan. Kandungan bahan-bahan
neutrin (zink dan tembaga) yang terdapat dalam tanah pula menjadi penghalang
kepada proses pertumbuhan tanam-tanaman. Kandungan air dalam tanah juga
mempunyai hubungan kepada struktur butiran geologikal, seperti kawasan
empangan biasanya terdapat pada kesan gelinciran. Oleh itu perkara-perkara di
atas dapat ditentukan dengan kaedah penderiaan jauh.

2.6.2 Kadar Hakisan

Kajian terhadap kadar hakisan dapat dijalankan melalui analisa secara ruang.
Batu-batu jenis sedimentari adalah lebih mudah dikelaskan dengan kaedah
penderiaan jauh berbanding dengan jenis ignius atau metamopik. Pada imej
satelit kesan hakisan yang berbeza-beza pada batu tersebut boleh dikenali.

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 8
Disamping itu liputan kawasannya juga adalah luas. Batu jenis extrusive igneous
dapat dikenal melalui kesan aliran lava. Batu jenis intrusive egneous pula sukar
untuk dikenal memalui imej satelit kecuali ia telah terdedah akibat hakisan yang
mana dikes yang terbentuk dapat dikenalpasti.

2.6.3 Bentuk Struktur Butiran Geologi

Pengenalan bentuk-bentuk struktur butiran geologi dengan penderiaan jauh


adalah bergantung kepada leraian dan skala imej satelit. Bagi menentukan
bentuk dataran benua dan lautan yang luas, dimana ukuran saiznya melebihi
1000 km, data satelit yang sesuai digunakan adalah dari satelit NOAA dan
Meteosat.
Penentuan bagi butiran lain seperti rangkaian gunung-ganang, kawasan
kepulauan, rekahan lurah, kawah gunung berapi, kesan lipatan batu dan
gelinciran yang berukuran antara 10 ~ 100 km, data satelit Landsat, SPOT dan
MOS boleh digunakan.

2.6.4 Ciri-ciri Spektrum

Kajian boleh dibuat bagi mengenal unsur-unsur geologi melalui pembalikan


spektrumnya. Contohnya batu-batu jenis igneus dapat dikenali dengan penelitian
terhadap proses penyerapan tenaga elektromagnetik yang berlaku pada panjang
gelombang 1.4, 1.9 dan 2.2 µm.

Batu-batu jenis sedimentari pula proses penyerapan tenaga berlaku pada


panjang gelombang 1.9 dan 2.3 µm.

2.7 SUMBER AIR

Pengurusan terhadap sumber air merangkumi aspek yang luas seperti hidrologi,
pencemaran air dan kaitan antara hidrologi dengan keadaan alam sekitar.
Penggunaan data satelit dalam bidang tersebut sangatlah menggalakan.

2.7.1 Butiran Air Di Permukaan Bumi

Secara am, data-data satelit dapat digunakan sepenuhnya dalam perkara-


perkara berikut:

a. Inventori lokasi bagi kawasan empangan, tasek dan kolam air. Butiran-
butiran yang tersebut di atas dapat ditentukan dengan mudah melalui analisa
imej satelit, samada dari satelit Landsat atau SPOT. Masalah yang mungkin
timbul ialah jika terdapat tumbuh-tumbuhan dalam air dimana pembalikan
spektrumnya hampir sama dengan pembalikan spektrum tanah yang lembab.
Walau bagaimana pun ia boleh dikenal dengan cara lawatan kelapangan.

b. Menggambarkan corak saliran air; corak saliran air dan kandungannya


pada kawasan pertanian dapat digambarkan dengan jelas oleh satelit SPOT
berbanding dengan gambaran yang ditunjukkan oleh peta berskala kecil.

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 9

c. Perancangan terhadap kawasan yang dijangka mengalami banjir. Dengan


membuat penelitian pada imej satelit leraian tinggi seperti SPOT, maklumat-
maklumat dan gambaran secara kasar bagi kawasan yang dijangka mengalami
banjir dapat diperolehi bagi tujuan sesuatu perancangan supaya masalah
tersebut dapat diatasi.

d. Pengawasan terhadap persisiran pantai atau sungai; Data satelit yang


berlainan tarikhnya boleh digunakan bagi meneliti sebarang perubahan yang
berlaku disepanjang persisiran pantai atu sungai.

e. Menentukan corak kedalaman; Pengelasan yang menggambarkan


perbezaan bagi mewakili kedalaman yang berbeza-beza.

2.7.2 Butiran Terapung Di Permukaan Air

Tumpahan minyak atau tumbuh-tumbuhan air di permukaan air dapat


dikesan melalui penderiaan jauh. Data satelit HCMM dan Meteosat boleh
digunakan untuk mengesan kawasan tumpahan minyak yang luas melalui jalur
terma inframerah. Tumbuh-tumbuhan yang terapung di permukaan air boleh
dirakamkan dari satelit Landsat dan SPOT.

2.8 KAJICUACA

Maklumat-maklumat kajicuaca dapat diperolehi dari satelit Meteosat. Satelit


ini mempunyai ketinggian 36,000 km di atas satah khatulistiwa. Oleh itu ia boleh
memberikan gambaran yang luas dan lengkap mengenai bentuk permukaan
bumi pada sela masa 30 minit. Maklumat-maklumat yang diperolehi amat
berguna kepada ahli kajicuaca bagi membuat analisa ramalan keadaan cuaca.
Maklumat-maklumat tersebut diperolehi dari tiga jalur gelombang, iaitu:

a. Jalur nampak inframerah (0.4 – 1.1µm) – memberi maklumat tentang


pergerakan awan dan kelajuan angin.
b. Jalur mid inframerah (5.7 – 7.1µm) – memberi maklumat tentang
kandungan wap air di angkasa.
c. Jalur terma inframerah (10.5 – 12.5µm) – memberi maklumat tentang suhu
awan dan ketinggiannya.

2.9 PEMETAAN

Dengan adanya data satelit leraian tinggi dari SPOT yang boleh
menggambarkan semua butiran permukaan bumi dengan jelas, lengkap dan
tepat, maka penggunaannya dibidang pemetaan amatlah sesuai. Di antaranya
ialah maklumat-maklumat dari peta topografi yang berskala 1:50,000, 1:25,000
dapat dikemaskini dari masa kesemasa melalui gambaran imej yang telah
dihasilkan oleh satelit SPOT. Banyak butiran-butiran seperti jalan, kawasan
pertanian, kawasan perhutanan, sistem perairan boleh dikemaskini jika terdapat

Mohamad Abdul Rahman


C5646-TOPIK 2 10

sebarang perubahan. Dengan cara ini faktor masa dan kos dapat dikurangkan
jika dibandingkan dengan kaedah konvensional foto udara.

2.10 PERANCANG BANDAR

Penggunaan penderiaan jauh dalam merancang sesuatu bandar boleh


membantu pihak perancang mendapatkan maklumat-maklumat seperti:
a. perihal tanah (tataguna tanah, jenisnya dll)
b. sumber air dari segi pengurusan dan perangkaan.
c. keupayaan sistem pengairan.
d. pengawasan tapak pembinaan.

Mohamad Abdul Rahman

Anda mungkin juga menyukai