Anda di halaman 1dari 4

 Kuiz Sains Tahun 5.

 Apakah maksud mikroorganisma?


o A. Hidupan yang hidup dalam udara.
o B. Hidupan yang melakukan proses hidup
o C. Hidupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
o D. Hidupan yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit

 Sepotong kek dibiarkan selama satu minggu. Kulat telah tumbuh pada kek itu. Apakah
keadaan yang menyebabkan kulat bertumbuh pada kek itu?
o A. Panas dan kering
o B. Dingin dan kering
o C. Panas dan lembap
o D. Dingin dan lembap

 Seorang pembuat roti mendapati adunan rotinya tidak mengembang. Apakah yang harus dia
lakukan untuk membuatkan adunan itu kembang?
o A. Bakar adunan itu dengan lebih lama
o B. Tambah sedikit air kepada adunan itu
o C. Tingkatkan suhu ketuhar
o D. Campur serbuk yis kepada adunan itu

 Selepas 10 minit adunan roti yang dibakar dalam ketuhar mengembang. Apakah kesimpulan
yang dapat dibuat?
o A. Karbon dioksida masuk ke dalam adunan itu
o B. Yis mengeluarkan karbon dioksida
o C. Yis menyerap karbon dioksida
o D. Yis membiak dengan cepat


o Tapai
o Tempe
o Roti putih

Maklumat di atas menunjukkan beberapa jenis makanan di Malaysia. Antara


mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan untuk membuat makanan itu?

o A. Virus
o B. Bakteria
o C. Kulat
o D. Protozoa

 Antara makanan berikut, yang manakah diperbuat daripada mikroorganisma? I Keju II


Aiskrim III Minuman tin IV Roti
o A. I dan II
o B. I dan IV
o C. II dan III
o D. III dan Iv
 Apakah maksud penyakit berjangkit?
o A. Penyakit yang disebabkan oleh virus
o B. Penyakit yang tidak dapat dirawat
o C. Penyakit yang dapat dijangkitkan kepada orang lain
o D. Penyakit yang dibawa oleh haiwan

 Puan Siti sedang menyediakan makanan di dapur. Antara berikut yang manakah cara yang
berkesan untuk mengelakkan penyebaran bakteria ke atas makanan?
o A. Memakai tudung kepala
o B. Memakai pakaian yang bersih
o C. Menghidangkan makanan dalam pinggan plastik
o D. Membasuh tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan

 Antara penyakit yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mikroorganisma yang
berbahaya?
o A. Kanser peparu
o B. Leukemia
o C. Asma
o D. Selesema

 Mimi menghidap cacar air. Antara cara berikut, yang manakah paling baik untuk
mengelakkan penyakit itu daripada merebak?
o A. Minum air yang sudah dididihkan
o B. Letakkan Mimi dalam kuarantin
o C. Bersihkan badan dengan sabun
o D. Tutup cacar air dengan kain
Kuiz Tahun 3

 1. Antara sifat luaran berikut, yang manakah tidak di miliki oleh ikan?
o A. Ekor
o B. Sisik
o C. Bulu pelepah

 2. Haiwan manakah yang tidak ada bulu pelepah?


o A. Burung hantu
o B. Ayam
o C. Kura-kura

 3. Kelawar dan lalat adalah serupa kerana mempunyai


o A. Sayap
o B. Sisik
o C. Bulu pelepah

 4. Haiwan-haiwan ini mempunyai tandu kecuali


o A. Kerbau
o B. Arnab
o C. Rusa

 5. Antara berikut yang manakah betul?


o A. Burung merpati ada sisik di bahagian badan
o B. Kura-kura ada sisik pada badanya
o C. Singa ada bulu pelepah

 6. Antara berikut yang manakah tumbuhan tidak berbunga?


o A. Pokok durian
o B. Paku pakis
o C. Pokok duku

 7. Antara tumbuhan berikut yang manakah tidak berbuah?


o A. Paku pakis
o B. Pokok mangga
o C. Pokok kelapa

 8. Antara berikut yang manakah tidak mempunyai daun panjang?


o A. Pokok pisang
o B. Pokok bunga raya
o C. Lalang
 9. Antara tumbuhan berikut yang manakah berbatang lembut?
o A. Pokok bunga raya
o B. Pokok ros
o C. Pokok pisang

 10. Pokok mangga dan pokok rambutan adalah serupa kerana mempunyai
o A. Batang berkayu
o B. Daun panjang
o C. Batang lembut