Anda di halaman 1dari 13

HUKUMAN GANTUNG DI MALAYSIA

Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik


gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi
jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjatapi
adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman
gantung sampai mati.

Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui


beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati
dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi
diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah
Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamh ini memutuskan
keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan
terhadap kesalahan yang dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua
Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri,
bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan
ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan,
maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara
menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Di Malaysia, bagi seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh


mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan
masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata
seseorang itu menjalani hukumanmati dari tarikh mula jatuh hukum oleh
mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-
tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga
ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.

Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan


hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara
terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila
arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak
Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman
gantung berasaskan 5 fasa tindakan.
TEMPAT GANTUNG DI PENJARA PUDU

KAMU AKAN MATI DI TALI GANTUNG!


SATU KECELAKAAN BAGI KELUARGA
KAMU KERANA ITULAH SAHAJA
HUKUMAN BAGI SESIAPA YANG
MENGEDAR DADAH.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN MELIBATKAN DADAH

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA


RM 20,000/-atau penjara
Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya
20gm keatas tetapi Tidak kurang 2 tahun penjara
39A (1) Memiliki kurang daripada berat tidak kurang 3 kali dan
50gm tidak melebihi 10 kali.
Penjara seumur hidup atau
50gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 6 tahun dan
kurang dari 200gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
Menanam pokok Tidak kira berapa Penjara seumur hidup dan
6B
ganja pokok sebatan tidak kurang 6 kali
39B Mengedar 200gm ke atas MATI
RM20,000/- atau penjara
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya
100gm ke atas Tidak kurang 2 tahun penjara
39A(1) Memiliki tetapi kurang dari dan sebatan tidak kurang 3
250gm kali tetapi tidak lebih 9 kali.
250gm ke atas Penjara seumur hidup atau
39A(2) Memiliki tetapi kurang dari tidak kurang 5 tahun dan
1000gm sebatan tidak kurang 10 kali.
39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ RM20,000/- atau penjara
Monoacetyl 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm tidak melebihi 5 tahun atau
Morphine kedua-duanya
Tidak kurang 2 tahun penjara
2gm ke atas tetapi
39A(1) Memiliki dan sebatan tidak kurang 3
kurang dari 5gm
kali tetapi tidak lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
5gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 5 tahun dan
kurang dari 15gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Memiliki /
RM3,000/- atau penjara tidak
menjual /
Ubat Batuk 9(1) - lebih dari 1 tahun atau
menyimpan /
kedua-duanya
mengedar
Memiliki /
RM10,000/- atau penjara
menjual /
Pil 30(3) - tidak kurang 4 tahun atau
menyimpan /
kedua-duanya
mengedar
RM20,000/- atau penjara
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya
Tidak kurang 2 tahun penjara
5gm ke atas tetapi
39A(1) Memiliki dan sebatan tidak kurang 3
kurang dari 30gm
kali tetapi tidak lebih 9 kali.
Penjara seumur hidup atau
30gm ke atas tetapi
39A(2) Memiliki tidak kurang 5 tahun dan
kurang dari 50gm
sebatan tidak kurang 10 kali.
50gm ke atas atau
39B MENGEDAR MATI
lebih
Akta & Undang-undang Dadah
Fakta Dadah : Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Dadah Berbahaya 1952
(Pindaan 1998)

SEKSYEN 39B KESALAHAN/JENIS DADAH

Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin Memiliki 1000 gm atau lebih


candu masak atau mentah Memiliki 40 gm kokain atau lebih Memiliki 200 gm
atau lebih ganja Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih Memiliki 50 gm atau
lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy

HUKUMAN :

Mati Mandatori

SEKSYEN 39(A)(2) KESALAHAN/JENIS DADAH

Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin Memiliki 250-1000 gm candu Memiliki


50-200 gm ganja Memiliki lebih 15-40 gm kokain Memiliki lebih 750 gm daun
koka Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu
atau pil ecstasy

HUKUMAN :
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan
diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan

SEKSYEN 39(A)(1) KESALAHAN / JENIS DADAH


Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin Memiliki 100-250 gm candu Memiliki 20-
50 gm ganja Memiliki 5-15 gm kokain Memiliki 250-750 gm daun koka
Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil
ecstasy
HUKUMAN :
Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan
sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali-sama-
SEKSYEN 6B KESALAHAN / JENIS DADAH
Menanam atau mengusahakan pokok ganja
HUKUMAN :
Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali

SEKSYEN 6 KESALAHAN / JENIS DADAH


Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok
popi atau biji ganja dari popi

HUKUMAN :
Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00 ATAU kedua-
duanya sekali.

SEKSYEN 9 KESALAHAN / JENIS DADAH


Memiliki kurang 100 gm candu masak
HUKUMAN :
-sama- SEPERTI SEKSYEN 6

SEKSYEN 10 KESALAHAN / JENIS DADAH


Penggunaan sesuatu premis, pemilikan Alat-alat menghisap dadah
HUKUMAN :
-sama- SEPERTI SEKSYEN 6
SEKSYEN 12(2) KESALAHAN / JENIS DADAH
Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin Memiliki lain-lain dadah kurang
daripada Sek.39(A)(1) Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah
pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah
di tempat tersebut
HUKUMAN :
Denda tidak lebih RM100 ribu atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali. Bagi pegawai awam penjara, polis peg. pemulihan dikenakan
tidak lebih 3 sebatan sebagai tambahan.

SEKSYEN 15(A) KESALAHAN / JENIS DADAH


Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan
HUKUMAN :
Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

SEKSYEN 15(B) KESALAHAN / JENIS DADAH


Berada di dalam premis tempat hisap dadah
HUKUMAN :
Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
Hukuman merotan di Malaysia

Hukuman merotan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu
selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas
seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan
yang digunakan:

 Rotan jenis nipis

 Rotan jenis tebal


Kaedah-Kaedah Merotan
Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan.
Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang tidak boleh dinampak
oleh banduan yang tidak terlibat.

Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyeliakan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan
seorang pegawai perubatan dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya
mengelakkan kesilapan merotan banduan yang tidak bersalah. Pengarah Penjara akan membaca
hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca. Beliau juga akan
bertanya pesalah tersebut agarrayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan
sehingga keputusan rayuan diputuskan.

Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apronyang diikat
kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat pada suatu rangka berbentuk
"A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Petugas
merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan

Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang
ditetapkan oleh mahkamah.
Petugas merotan akan bermula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian
dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan
menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah
pemain golfmenghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu
memastikan bahawa hujung rotan digunakan untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan
"Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan
melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung
pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.

Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun
pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh
meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke
makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan
disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.

Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegahan perlu diambil
untuk pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan digunakan untuk kes tersebut, dan selepas
siap digunakan, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki
memakaismock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata kerana takut daging dan darah pesalah HIV
terkenanya.

Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan
dihospitalisasikan sehingga dia menyembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah
terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil kerana kecederaan punggung.
CONTOH GAMBAR SIMULASI MEROTAN

SEBELUM MEROTAN

SEMASA MEROTAN
KESAN DARIPADA DIROTAN KERANA KESALAHAN
BERKAITAN DENGAN DADAH

OLEH ITU INGATLAH


JANGAN SESEKALI TERLIBAT DENGAN DADAH !
JAUHI DADAH HIDUP AKAN BAHAGIA….
KAMI WARGA SKTSM BENCI DADAH!
KAMI WARGA SKTSM BEBAS DADAH!

Anda mungkin juga menyukai